Avast for Business

Avast for Business menyediakan keselamatan titik akhir berasaskan awan melalui konsol pengurusan web yang mudah untuk digunakan.

Lihat produk kami

Perlindungan titik akhir perniagaan kini lebih mudah

Dengan Avast for Business, anda dapat menambah perlindungan yang kritikal pada setiap PC, Mac dan pelayan dengan lebih mudah. Pengurusan awan yang fleksibel menyediakan cara yang paling mudah untuk melindungi perniagaan.

  • Akses segera kepada konsol berasaskan pelayar dengan kawalan penuh terhadap tingkah laku antivirus pada peranti titik akhir
  • Pengurusan terpusat bagi berbilang peranti - boleh diakses di mana-mana
  • Gambaran keseluruhan lengkap bagi status semasa untuk keseluruhan persekitaran dengan amaran segera
  • Akses segera kepada sokongan dengan sembang dalam produk
  • Kemas kini yang automatik dan lancar
  • Mengurangkan kos dan masa dengan beralih ke awan
  • Memanfaatkan pemayaan bagi memastikan maklumat sulit dilindungi
  • Melindungi berbilang peranti - PC, Mac dan pelayan
  • Kemas kini kepada versi terkini secara automatik atau manual
  • Menambah perlindungan tembok api tambahan untuk titik akhir jauh
  • Menyediakan perlindungan pelayan yang lengkap
  • Melindungi pelanggan e-mel anda

Tiga tahap perlindungan

Tiga tahap perlindungan

Endpoint Protection Suite Endpoint Protection Suite Plus
Avast for Business
Basic Antivirus
DAFTAR SEKARANG
Avast for Business
Endpoint Security
Beli Sekarang
Avast for Business
Premium Endpoint
Security
Beli Sekarang
Konsol pengurusan terpusat Mengurus ancaman dan perlindungan data di seluruh rangkaian anda ya ya ya
Pengurusan peranti Mengurus peranti secara jauh dari satu lokasi ya ya ya
Antivirus dan antiperisian merbahaya untuk stesen kerja Melindungi PC Windows dan Mac ya ya ya
Rescue Disk Membolehkan anda mencipta versi Keselamatan Avast boleh but ya ya ya
Antivirus dan antiperisian merbahaya untuk pelayan fail Melindungi pelayan fail Microsoft ya ya
Keselamatan untuk pelayan SBS Melindungi pelayan perniagaan kecil ya ya
Keselamatan untuk pelayan Sharepoint Melindungi pelayan Windows Sharepoint ya ya
Pemasangan MSI Membolehkan pengerahan yang mudah dan fleksibel ya ya
Sokongan teknikal Sokongan teknikal secara langsung untuk pengerahan, konfigurasi, migrasi dan bantuan keutamaan $2/peranti
secara manual
ya ya
Antivirus dan antiperisian merbahaya untuk pelayan e-mel Melindungi pelayan e-mel anda daripada penggodam, perisian merbahaya dan spam ya
Pemusnah Data Menghindari penyalahgunaan data sensitif anda dengan memadam fail secara kekal ya
Tembok api dipertingkat Menghalang akses yang tidak dibenarkan ke komputer syarikat daripada penggodam ya
Antispam Perlindungan daripada e-mel pemancingan data dan spam ya
Harga bermula daripada DAFTAR SEKARANG $ 39.99 Lesen 1 tempat, 1 tahun Beli Sekarang Percubaan 30 hari percuma $ 49.99 Lesen 1 tempat, 1 tahun Beli Sekarang Percubaan 30 hari percuma
* Pembelian Avast for Business disokong oleh jaminan wang dikembalikan 30 hari.

Keperluan sistem

Keperluan minimum Windows XP (dengan SP2) perlu dipasang. Windows Vista, 7, 8, 8.1 dan juga 10 disokong sepenuhnya (kecuali jika peranti anda menjalankan edisi Starter atau RT) di kedua-dua varian 32- dan 64-bit. Pemproses Pentium 3 yang berusia 10 tahun masih memadai, dengan 128 MB RAM dan 1 GB ruang pemacu keras. Sekarang, bayangkan prestasi yang cemerlang dengan perkakasan baharu anda!

Jika anda menggunakan Mac yang menjalankan OSX, ia akan berfungsi. Anda memerlukan 128 MB RAM dan 750MB ruang cakera. Selainnya, anda boleh menjalankan mana-mana versi stabil OSX (walaupun Yosemite), dan kami akan tetap melindungi anda.

Ia akan berfungsi dengan sebarang sistem operasi yang disenaraikan di bawah:

  • Microsoft Windows Server 2003 dan 2003 R2 (mana-mana edisi dengan Pek Perkhidmatan terkini, 32-bit atau 64-bit, termasuk Small Business Server)
  • Microsoft Windows Server 2008 dan 2008 R2 (sebarang edisi dengan Pek Perkhidmatan terkini, 32-bit atau 64-bit, termasuk Small Business Server, kecuali Server Core)
  • Microsoft Windows Small Business Server 2011 (sebarang edisi dengan Pek Perkhidmatan terkini, x64bit)
  • Microsoft Windows Server 2012 dan Server 2012 R2 (sebarang edisi dengan Pek Perkhidmatan terkini, x64bit, termasuk Small Business Server/Essentials, kecuali Server Core)
  • Microsoft SharePoint Server 2003/2007/2010/2013
  • Microsoft Exchange Server 2003/2007/2010/2013. Avast Antispam tersedia untuk Microsoft Exchange Server 2007/2010/2013

512 MB atau lebih jika menjalankan Microsoft Windows Server 2008 atau lebih tinggi (bergantung pada keperluan OS dan lain-lain perisian pihak ketiga yang dipasang)

Pemproses serasi Intel Pentium III atau lebih baharu (bergantung pada keperluan OS dan perisian pihak ketiga lain yang dipasang)

1GB ruang cakera keras kosong

Cara untuk bermula

Lawati halaman pendaftaran dan cipta akaun syarikat.

Muat turun perisian keselamatan Avast dan pasangkannya pada rangkaian syarikat anda.

Lawati konsol pentadbiran dan aktifkan peranti.

Nikmati perlindungan kelas perniagaan yang mudah diuruskan.

Mula Sekarang

Kami mendapati bahawa Avast ialah produk yang sesuai untuk klien bersaiz kecil dan sederhana. Ia sangat mudah untuk diuruskan.

~ Shawn Davis, Presiden, Championship Networks

Produk tersebut adalah sangat intuitif. Mereka yang tidak mempunyai sebarang pengalaman sebelum ini boleh bermula dengan ini dan menggunakannya.

~ Kyle Barker, Penganalisis Teknikal, Championship Networks

Produk Awan anda adalah sesuatu yang tidak diduga! Terima kasih untuk produk yang hebat ini!

~ Mike Griffin, Pentadbir IT Greenwood/Asher and Associates, Greenwoodsearch

Pertama sekali - terima kasih untuk produk yang menakjubkan ini!

~ Robin Beismann , Pakar / Pentadbir IT, Nightwire

Menyukai ciri sembang, saya berputus asa dengan AVG apabila saya tidak boleh menghubungi siapa-siapa.

~ Dave Zmeyr, Pengarah Urusan, Dave Zmeyr (USP)

Terima kasih sekali lagi atas bantuan anda - saya sangat suka produk perniagaan anda dan hala tuju anda!! :)

~ Bruce Catto, Pengurus IT Kumpulan, Craig Group Ltd

Terima kasih untuk produk yang hebat!!!

~ Steven Graham, Perunding Teknikal, Lightning Bird Logistics

Saya berasa amat teruja untuk menggunakan ini pada 1900 mac kami. Kami sebenarnya sekolah umum.

~ Kevin Schmiedlin, Juruteknik Bidang IT, Dallas Center - Grimes CSD