Avast Endpoint Protection Plus

Keselamatan lengkap untuk komputer korporat.

Dengan Avast Endpoint Protection Plus, anda boleh menghalang penggodam daripada melihat peranti rangkaian anda. Selain itu, Avast akan memastikan peranti anda selamat walaupun apabila anda tiada dalam rangkaian perniagaan anda.

- +

Peranti

Semua harga adalah tanpa VAT

Termasuk Naik Taraf Jaminan wang dikembalikan 30 hari Muat Turun Percubaan 30 Hari

Ciri

Perlindungan
stesen kerja
Perlindungan Pelayan Fail disertakan dalam Suite
Perlindungan Pelayan E-mel disertakan dalam Suite Plus
Antispam
Tembok Api
Pengurusan
Jauh

Diperakui, pantas dan tidak membebankan sumber sistem

Dibina pada enjin antivirus kami yang diperakui dan pernah memenangi anugerah, Avast Endpoint Protection bukan sahaja menyediakan perlindungan yang kukuh malah pengurusan/pengemaskinian pusat berdasarkan Web, pemasangan dari jauh, amaran keselamatan waktu nyata, pengimbasan automatik berjadual dan banyak lagi.

Tembok api terbina dalam dan antispam untuk melindungi data sensitif anda

Semua perlindungan penting yang perniagaan anda perlukan kini tersedia dalam satu pakej yang mudah untuk digunakan – termasuk perlindungan tembok api dan antispam yang kukuh untuk memastikan rangkaian anda selamat dan cekap.

Manfaat daripada perlindungan waktu nyata

Pangkalan data anda akan berterusan dikemas kini dengan definisi terkini pada waktu nyata melalui sambungan ke Avast Virus Lab, dan tidak perlu menunggu kemas kini pangkalan data tradisional.

Jimatkan masa dan kos dengan pengurusan jauh

Pasang dan kemas kini dari jauh, untuk menjimatkan masa dan kos yang dikaitkan dengan pengerahan tradisional di titik hujung individu. Untuk lebih fleksibiliti, kami menawarkan dua pilihan konsol pengurusan – Small Office Administration ringkas kami untuk rangkaian asas atau Enterprise Administration teguh kami untuk rangkaian yang kompleks.

Maksimumkan produktiviti

Jadualkan imbasan, kemas kini dan tugas apabila pekerja tidak perlu menggunakan PC mereka untuk memastikan bahawa masa kerja tidak diperlahankan akibat penyelenggaraan. Mengekalkan keselamatan perniagaan anda tidak pernah lebih intuitif, tidak merisaukan dan berkesan.

Teknologi

Endpoint Protection Plus
Pengurusan Jauh
Small Office Administration
Pengurusan Jauh
Enterprise Administration

Baru Antara Muka Pengguna (UI)

Avast UI telah direka bentuk semula untuk mengikuti gaya navigasi moden.

Baru Bantuan Jauh Baru

Ciri Bantuan Jauh membolehkan pengguna Avast saling menyambung dan berkongsi desktop. Ini mungkin berguna untuk sokongan teknikal serta untuk tujuan pentadbiran umum.

Improved Serasi dengan Windows 10

Avast versi 8 meneruskan sokongan kami terhadap platform Windows yang terkini.

Dipertingkat Antivirus dan enjin antiperisian pengintip

Enjin pengimbasan yang pernah memenangi anugerah ini melindungi daripada virus, perisian pengintip dan agen berniat jahat lain, kini dengan algoritma baru yang berdasarkan pembelajaran mesin, yang boleh memproses data virus baru dalam milisaat.

Dipertingkat Menstrim, kemas kini pangkalan data virus waktu nyata

Setiap tandatangan virus didatangkan kepada anda dalam waktu nyata melalui sambungan ke awan Avast Virus Lab dan tidak lagi perlu menunggu kemas kini pangkalan data virus tradisional. Pangkalan data anda akan berterusan dikemas kini dengan definisi terkini.

Dipertingkat Sistem reputasi fail

Kini dengan lebih daripada satu bilion fail unik dalam awan kami, Avast FileRep membolehkan anda mengetahui sama ada fail adalah selamat sebelum anda membukanya – ditentukan mengikut bahagian berdasarkan jumlah individu yang mempunyai fail dan tarikh fail. Teknologi tersebut turut digunakan secara dalaman, untuk membantu enjin imbasan membuat keputusan yang lebih pintar.

Dipertingkat Tembok Api Senyap

Tembok api kami menghentikan penggodam, menggunakan analisis heuristik dan tingkah laku serta senarai putih aplikasi selamat. Ia menawarkan pengelogan dipertingkat untuk butiran/statistik yang lebih baik dan menyokong kedua-dua rangkaian IPv4 (standard) dan IPv6 baru.

Dipertingkat Antispam

Penapis spam dan memancing data yang menyeluruh, yang juga berfungsi sebagai pemalam MS Outlook dan proksi POP3/IMAP4 generik untuk klien e-mel lain – kini dengan kefungsian pelaporan yang lebih baik.

Dipertingkat Perisai Kelakuan

Perisai Kelakuan kami menentukan – dengan lebih ketepatan – sama ada sebarang proses yang berjalan memaparkan sebarang tingkah laku luar biasa.

Dipertingkat Avast Sandbox

Menyediakan lapisan keselamatan tambahan untuk anda menjalankan aplikasi anda dalam persekitaran maya – oleh itu mana-mana serangan akan ditahan dan bukannya menyerang PC sebenar anda.

Konsol berdasarkan web

Papan pemuka yang mudah digunakan menyenaraikan semua masalah terkini dan penyelesaian yang disyorkan.

Antara muka pengguna grafik (GUI) yang mudah dinavigasi

Menawarkan tetingkap pusat mesra pengguna untuk semua fungsi program.

Pemasangan dan kemas kini dari jauh

Menjimatkan masa dan kos yang dikaitkan dengan pengerahan tradisional di titik hujung individu.

Pemulihan automatik bagi PC baru/tidak dilindungi (atau ‘tipu’)

Memaklumkan anda apabila PC berkemungkinan tidak dilindungi/berbahaya menyambung ke rangkaian syarikat anda.

Pelaporan menyeluruh

Pemilihan fleksibel tentang perkara penting yang perlu dilaporkan dan kekerapannya.

Dibina agar ringkas

Mudah untuk diguna, walaupun oleh mereka yang bukan pakar IT.

Keupayaan untuk menjadualkan/menjalankan tugas mengimbas

Jadualkan imbasan agar berjalan pada waktu malam atau apabila anda tidak perlu menggunakan PC anda.

Amaran waktu nyata

Sekiranya berlaku jangkitan atau terdapat aktiviti tidak dibenarkan yang lain, konsol pusat serta-merta menerima amaran waktu nyata.

Syot skrin

Hierarki

Avast Enterprise Administration mengekalkan peranti yang diuruskan dalam struktur pepohon, yang boleh berpandukan geografi atau struktur organisasi rangkaian, sebagai contoh. Ini turut membolehkan penguntukan hak dan dasar akses pentadbiran yang wajar. Pepohon boleh dibina secara automatik atau diimport dari fail teks.

Penemuan/Pengerahan jauh

Avast Enterprise Administration membolehkan pengerahan tanpa pemantauan dari jauh bagi perisian antivirus Avast, walaupun merentasi berbilang domain. Untuk mengurangkan potensi pelanggaran sekuriti, ia turut membolehkan penemuan mesin baru atau 'tipu' pada rangkaian syarikat.

Pelaporan

Avast Enterprise Administration menawarkan pelbagai laporan grafik dan jadual, yang boleh dijana atau pun dilihat secara terus dalam Konsol Pentadbiran, atau dieksport dan disimpan dalam pelbagai format (cth. PDF, HTML, DOC). Pelaporan boleh dijadualkan setiap hari, setiap minggu atau pada bila-bila masa yang paling sesuai.

Amaran

Avast Enterprise Administration memaklumkan, melalui pelbagai kaedah amran boleh disesuaikan, tentang aktiviti pada rangkaian anda. Sediakan pemberitahuan melalui e-mel (menggunakan SMTP atau MAPI), mesej pop muncul rangkaian Windows atau pun agar ia dihantar ke pencetak rangkaian.

Kemas Kini Automatik

Avast Enterprise Administration mengemas kini secara berperingkat, dengan hanya data baru yang dimuat turun, untuk mengurangkan masa pemindahan dan keperluan lebar jalur. Sebarang bilangan pelayan cermin boleh disediakan untuk berfungsi dalam hierarki.

Keselamatan

Avast Enterprise Administration mematuhi dasar keselamatan syarikat dengan membenarkan hak akses tertentu kepada pengguna dan/atau kumpulan pengguna. Setiap item (cth. tugas, komputer, acara, kumpulan komputer) mempunyai senarai kawalan akses, dengan kebolehlihatan ditetapkan oleh pentadbir utama. Semua komunikasi ke konsol disulitkan dengan protokol SSL dan dikenal pasti melalui sijil digital.

Sokongan untuk pengguna komputer riba

Avast Enterprise Administration menyokong peranti mudah alih, dengan pengguna yang menyambung secara rawaknya ke rangkaian syarikat dan sering cuba memintas sekatan yang ditetapkan oleh pentadbir. Dimulakan oleh klien POP, kemas kini dimuat turun secara automatik dan dikenakan apabila peranti menyambung ke rangkaian syarikat – walaupun jika melalui VPN atau melalui Internet.

Syot skrin

Keperluan sistem

Endpoint Protection Plus
Pengurusan Jauh
Small Office Administration
Pengurusan Jauh
Enterprise Administration

Sistem Pengendalian Klien:

  • ikon baruMicrosoft Windows 8 dan 8.1 (mana-mana Edisi dengan Pek Perkhidmatan terkini, 32-bit atau 64-bit)
  • Microsoft Windows 7 (mana-mana Edisi dengan Pek Perkhidmatan terkini, 32-bit atau 64-bit)
  • Microsoft Windows XP (mana-mana edisi dengan Pek Perkhidmatan 2 atau lebih baru, 32-bit atau 64-bit)
  • Microsoft Windows Vista (mana-mana edisi dengan Pek Perkhidmatan terkini, 32-bit atau 64-bit, kecuali Starter Edition)

Keperluan Perkakasan minimum:

  • 256 MB RAM atau lebih, 512 MB atau lebih jika menjalankan Microsoft Windows Server 2008 atau lebih baru (bergantung pada keperluan OS dan perisian pihak ketiga lain yang dipasang).
  • Pemproses serasi Intel Pentium III atau lebih baru (bergantung pada keperluan OS dan perisian pihak ketiga lain yang dipasang)
  • 500MB ruang cakera keras kosong

 

Perhatian: Avast Endpoint Protection Plus tidak disokong (tidak serasi, tidak boleh dipasang dan tidak boleh berjalan) pada DOS, Microsoft Windows 3.x, Microsoft Windows NT 3.x, Microsoft Windows NT 4.0, Microsoft Windows 95, Microsoft Windows 98, Microsoft Windows ME, Microsoft Windows 2000 atau mana-mana OS lain yang tidak dinyatakan sebagai disokong.

Sistem Pengendalian Klien:

  • ikon baruMicrosoft Windows 8 dan 8.1
  • Microsoft Windows 7 (mana-mana Edisi dengan Pek Perkhidmatan terkini, 32-bit atau 64-bit)
  • Microsoft Windows XP (mana-mana edisi dengan Pek Perkhidmatan 2 atau lebih baru, 32-bit atau 64-bit)
  • Microsoft Windows Vista (mana-mana edisi dengan Pek Perkhidmatan terkini, 32-bit atau 64-bit, kecuali Starter Edition)

Sistem Pengendalian Pelayan:

  • Microsoft Windows Server 2003 dan 2003 R2 (mana-mana edisi dengan Pek Perkhidmatan terkini, 32-bit atau 64-bit, termasuk Small Business Server)
  • Microsoft Windows Server 2008 dan 2008 R2 (mana-mana edisi dengan Pek Perkhidmatan terkini, 32-bit atau 64-bit, termasuk Small Business Server, kecuali Server Core)
  • Microsoft Windows Small Business Server 2011 (mana-mana edisi dengan Pek Perkhidmatan terkini, x64bit)
  • ikon baruMicrosoft Windows Server 2012 dan Server 2012 R2 (mana-mana edisi dengan Pek Perkhidmatan terkini, x64bit, termasuk Small Business Server/Essentials, kecuali Server Core)
  • Microsoft SharePoint Server 2003/2007/2010/2013

Keperluan Perkakasan minimum:

Pemproses serasi Intel Pentium III atau lebih baru (bergantung pada keperluan versi OS terpakai dan perisian pihak ketiga lain yang dipasang)

512MB RAM atau lebih (bergantung pada keperluan versi OS terpakai dan perisian pihak ketiga lain yang dipasang)

900MB ruang cakera keras kosong

Resolusi skrin standard optimum tidak kurang daripada 1024 x 768 piksel.

Keperluan lain:

Pelayar web didayakan Silverlight 5 (Internet Explorer 6.x dan lebih baru atau alternatif yang serasi).

Sambungan Internet (untuk memuat turun dan mendaftar perisian, dan untuk kemas kini Mirror dari pelayan kemas kini Avast).

Rangkaian domain atau keahlian kumpulan kerja Windows

Perhatian: Keperluan pihak ketiga lain akan dipasang semasa persediaan (oleh pemasang) jika tiada. Ini ialah Microsoft .NET Framework 4, Microsoft Silverlight 5 dan sandaran lain seperti Microsoft Windows Installer dsb.

Sistem Pengendalian Klien:

  • ikon baruMicrosoft Windows 8 dan 8.1
  • Microsoft Windows 7 (mana-mana Edisi dengan Pek Perkhidmatan terkini, 32-bit atau 64-bit)
  • Microsoft Windows XP (mana-mana edisi dengan Pek Perkhidmatan 2 atau lebih baru, 32-bit atau 64-bit)
  • Microsoft Windows Vista (mana-mana edisi dengan Pek Perkhidmatan terkini, 32-bit atau 64-bit, kecuali Starter Edition)

Sistem Pengendalian Pelayan:

  • Microsoft Windows Server 2003 (mana-mana edisi dengan Pek Perkhidmatan terkini, 32-bit atau 64-bit, termasuk Small Business Server)
  • Microsoft Windows Server 2003 R2 (mana-mana edisi dengan Pek Perkhidmatan terkini, 32-bit atau 64-bit, termasuk Small Business Server)
  • Microsoft Windows Server 2008 (mana-mana edisi dengan Pek Perkhidmatan terkini, 32-bit atau 64-bit, termasuk Small Business Server, kecuali Server Core)
  • Microsoft Windows Server 2008 R2 (mana-mana edisi dengan Pek Perkhidmatan terkini, 32-bit atau 64-bit, termasuk Small Business Server, kecuali Server Core)
  • Microsoft Windows Small Business Server 2011 (mana-mana edisi dengan Pek Perkhidmatan terkini, x64bit)
  • ikon baruMicrosoft Windows Server 2012 dan Server 2012 R2 (mana-mana edisi dengan Pek Perkhidmatan terkini, x64bit, termasuk Small Business Server/Essentials, kecuali Server Core)

Keperluan Perkakasan minimum:

Pemproses serasi Intel Pentium III atau lebih baru (bergantung pada keperluan versi OS terpakai dan perisian pihak ketiga lain yang dipasang)

512MB RAM atau lebih (bergantung pada keperluan versi OS terpakai dan perisian pihak ketiga lain yang dipasang)

900MB ruang cakera keras kosong

Resolusi skrin standard optimum tidak kurang daripada 1024 x 768 piksel.

Keperluan lain:

Free Microsoft SQL Server 2008 R2 Express (dibekalkan sebagai pilihan komponen boleh dengan Avast Enterprise Administration) atau Microsoft SQL Server 2008 R2 penuh (diperlukan untuk perkhidmatan replikasi untuk menyokong berbilang Avast Enterprise Administration Servers)

Internet Explorer 6.x atau lebih baru.

Sambungan Internet (untuk memuat turun dan mendaftar produk dan untuk kemas kini Mirror dari pelayan kemas kini Avast).

Rangkaian domain atau keahlian kumpulan kerja Windows

Bandingkan semua penyelesaian perniagaan Avast

Perlindungan
Titik Akhir
Endpoint
Protection Plus
Endpoint
Protection
Suite
Endpoint
Protection
Suite Plus
Keselamatan
Pelayan Fail
Keselamatan
Pelayan E-mel
Endpoint Protection
Antivirus Pintar ya ya ya ya
Tembok Api Desktop ya ya
Antispam ya ya
Pengurusan Jauh
Pentadbiran Pejabat Kecil ya ya ya ya
Pentadbiran Perusahaan ya ya ya ya
Perlindungan Pelayan
Pelayan Fail ya ya ya
Sharepoint ya ya ya
SBS Server ya ya ya ya
Pelayan Exchange ya ya
Antispam ya ya
MAKLUMAT LANJUT Beli sekarang MAKLUMAT LANJUT MAKLUMAT LANJUT MAKLUMAT LANJUT MAKLUMAT LANJUT

Anugerah & Pensijilan

Hanya ada beberapa autoriti terkemuka yang sering menganugerahkan/memperakui perisian Avast:

Penyelesaian Avast Endpoint Protection kami memperolehi Pensijilan OPSWAT, tanda aras industri untuk saling kendali aplikasi perisian sekuriti titik hujung.

AV-Comparatives firma pengujian bebas telah beberapa kali menganugerahkan Avast kedudukan "Lanjutan +" tertingginya.

Ulasan kami

"Jika anda mahukan yang berbaloi, maka Avast Endpoint Protection boleh menjadi pilihan yang terbaik."

Masih belum membuat keputusan?

Muat turun percubaan 30 hari

Jadual penentuan harga

Harga unit

tanpa VAT