Avast Endpoint Protection Suite

Antivirus untuk PC & pelayan. Digabungkan.

Perlindungan klien dan pelayan yang berkesan memerlukan keserasian sepenuhnya bagi penyelesaian pilihan anda. Dapatkan antivirus yang anda boleh gunakan untuk melindungi kedua-duanya, termasuk pelayan SharePoint anda.

- +

Peranti

Semua harga adalah tanpa VAT

Termasuk Naik Taraf Jaminan wang dikembalikan 30 hari Muat Turun Percubaan 30 Hari
Dapatkan tahun ketiga secara percuma*
*Tawaran tamat 31 Julai.

Ciri

Perlindungan
stesen kerja
Perlindungan Pelayan Fail
Perlindungan Pelayan E-mel disertakan dalam Suite Plus
Antispam disertakan dalam Suite Plus
Tembok api disertakan dalam Suite Plus
Pengurusan
Jauh

Perlindungan antivirus yang diperakui, ringan dan pantas

Dibina pada enjin antivirus kami yang diperakui dan pernah memenangi anugerah, Avast Endpoint Protection Suite bukan sahaja menyediakan perlindungan yang kukuh malah pengurusan/pengemaskinian pusat berdasarkan Web, pemasangan dari jauh, amaran keselamatan waktu nyata, pengimbasan automatik berjadual dan banyak lagi.

Perlindungan lanjutan untuk pelayan fail

Perlindungan pelayan berprestasi tinggi mengimbas semua trafik yang pelayan anda boleh kendalikan untuk melindungi daripada jangkitan. Serasi dengan semua OS major, seperti Windows 2012/2008/R2, 2003 Server, pemalam SharePoint Server kami bergabung dengan SharePoint 2013/2010/2007/2003 Servers melalui antara muka antivirus milik Microsoft untuk perlindungan pelayan fail maksimum.

Manfaat daripada perlindungan waktu nyata

Pangkalan data virus anda akan dikemas kini secara berterusan dengan definisi terkini dalam waktu nyata melalui sambungan ke Avast Virus Lab, maka rangkaian anda akan mempunyai tandatangan ancaman ‘sifar’ baru sebaik sahaja kami melakukannya.

Jimatkan masa dan kos dengan pengurusan jauh

Pasang dan kemas kini dari jauh, untuk menjimatkan masa dan kos yang dikaitkan dengan pengerahan tradisional di titik hujung individu. Untuk lebih fleksibiliti, kami menawarkan dua pilihan konsol pengurusan – Small Office Administration ringkas kami untuk rangkaian asas atau Enterprise Administration teguh kami untuk rangkaian yang kompleks.

Maksimumkan produktiviti

Jadualkan imbasan, kemas kini dan tugas apabila pekerja tidak perlu menggunakan PC mereka untuk memastikan bahawa masa kerja tidak diperlahankan akibat penyelenggaraan. Mengekalkan keselamatan perniagaan anda tidak pernah lebih intuitif, tidak merisaukan dan berkesan.

Teknologi

Endpoint Protection Suite
Pengurusan Jauh
Small Office Administration
Pengurusan Jauh
Enterprise Administration

Dipertingkat Antara muka pengguna (UI)

Avast UI telah direka bentuk semula untuk mengikuti gaya navigasi moden. Pengguna baru akan mendapati ia mudah untuk digunakan, manakala mereka yang gek masih dapat mengakses ciri boleh disesuaikan lanjutan.

Dipertingkat Bantuan Jauh

Ciri Bantuan Jauh membolehkan pengguna Avast saling menyambung dan berkongsi desktop. Ini mungkin berguna untuk sokongan teknikal serta untuk tujuan pentadbiran umum.

Improved Serasi dengan Windows 10

Avast versi 8 meneruskan sokongan kami terhadap platform Windows yang terkini.

Dipertingkat Antivirus dan enjin antiperisian pengintip

Enjin pengimbasan yang pernah memenangi anugerah ini melindungi daripada virus, perisian pengintip dan agen berniat jahat lain, kini dengan algoritma baru yang berdasarkan pembelajaran mesin, yang boleh memproses data virus baru dalam milisaat dan bukannya dalam jam.

Dipertingkat Menstrim, kemas kini pangkalan data virus waktu nyata

Setiap tandatangan virus didatangkan kepada anda dalam waktu nyata melalui sambungan ke awan Avast Virus Lab dan tidak lagi perlu menunggu kemas kini pangkalan data virus tradisional. Pangkalan data anda akan berterusan dikemas kini dengan definisi terkini.

Dipertingkat Sistem reputasi fail

Kini dengan lebih daripada satu bilion fail unik dalam awan kami, Avast FileRep membolehkan anda mengetahui sama ada fail adalah selamat sebelum anda membukanya – ditentukan mengikut bahagian berdasarkan jumlah individu yang mempunyai fail dan tarikh fail. Teknologi tersebut turut digunakan secara dalaman, untuk membantu enjin imbasan membuat keputusan yang lebih pintar.

Dipertingkat Perisai Kelakuan

Perisai Kelakuan kami kini menggunakan logik yang lebih sofistikated untuk menentukan – dengan lebih ketepatan – sama ada sebarang proses yang berjalan memaparkan sebarang tingkah laku luar biasa.

Dipertingkat Avast Sandbox

Menyediakan lapisan keselamatan tambahan untuk anda menjalankan aplikasi anda dalam persekitaran maya – oleh itu mana-mana serangan akan ditahan dan bukannya menyerang PC sebenar anda.

Perlindungan bersepadu untuk pelayan Fail

Termasuk pengimbasan berprestasi tinggi, kebolehskalaan superior dan sokongan untuk penggugusan (walaupun dalam mod aktif-aktif) dan bersepadu secara sempurna dengan MS SharePoint melalui API Pengimbasan Virus Microsoft.

Pemalam Pelayan SharePoint

Menyepadukan secara ketat dengan SharePoint 2003/2007/2010/2013 Servers melalui antara muka antivirus Microsoft.

Penggunaan sumber rendah

Tidak membebankan sumber sistem.

Konsol berdasarkan web

Papan pemuka yang mudah digunakan menyenaraikan semua masalah terkini dan penyelesaian yang disyorkan.

Antara muka pengguna grafik (GUI) yang mudah dinavigasi

Menawarkan tetingkap pusat mesra pengguna untuk semua fungsi program.

Pemasangan dan kemas kini dari jauh

Menjimatkan masa dan kos yang dikaitkan dengan pengerahan tradisional di titik hujung individu.

Pemulihan automatik bagi PC baru/tidak dilindungi (atau ‘tipu’)

Memaklumkan anda apabila PC berkemungkinan tidak dilindungi/berbahaya menyambung ke rangkaian syarikat anda.

Pelaporan menyeluruh

Pemilihan fleksibel tentang perkara penting yang perlu dilaporkan dan kekerapannya.

Dibina agar ringkas

Mudah untuk diguna, walaupun oleh mereka yang bukan pakar IT.

Keupayaan untuk menjadualkan/menjalankan tugas mengimbas

Jadualkan imbasan agar berjalan pada waktu malam atau apabila anda tidak perlu menggunakan PC anda.

Amaran waktu nyata

Sekiranya berlaku jangkitan atau terdapat aktiviti tidak dibenarkan yang lain, konsol pusat serta-merta menerima amaran waktu nyata.

Syot skrin

Hierarki

Avast Enterprise Administration mengekalkan peranti yang diuruskan dalam struktur pepohon, yang boleh berpandukan geografi atau struktur organisasi rangkaian, sebagai contoh. Ini turut membolehkan penguntukan hak dan dasar akses pentadbiran yang wajar. Pepohon boleh dibina secara automatik atau diimport dari fail teks.

Penemuan/Pengerahan jauh

Avast Enterprise Administration membolehkan pengerahan tanpa pemantauan dari jauh bagi perisian antivirus Avast, walaupun merentasi berbilang domain. Untuk mengurangkan potensi pelanggaran sekuriti, ia turut membolehkan penemuan mesin baru atau 'tipu' pada rangkaian syarikat.

Pelaporan

Avast Enterprise Administration menawarkan pelbagai laporan grafik dan jadual, yang boleh dijana atau pun dilihat secara terus dalam Konsol Pentadbiran, atau dieksport dan disimpan dalam pelbagai format (cth. PDF, HTML, DOC). Pelaporan boleh dijadualkan setiap hari, setiap minggu atau pada bila-bila masa yang paling sesuai.

Amaran

Avast Enterprise Administration memaklumkan, melalui pelbagai kaedah amran boleh disesuaikan, tentang aktiviti pada rangkaian anda. Sediakan pemberitahuan melalui e-mel (menggunakan SMTP atau MAPI), mesej pop muncul rangkaian Windows atau pun agar ia dihantar ke pencetak rangkaian.

Kemas Kini Automatik

Avast Enterprise Administration mengemas kini secara berperingkat, dengan hanya data baru yang dimuat turun, untuk mengurangkan masa pemindahan dan keperluan lebar jalur. Sebarang bilangan pelayan cermin boleh disediakan untuk berfungsi dalam hierarki.

Keselamatan

Avast Enterprise Administration mematuhi dasar keselamatan syarikat dengan membenarkan hak akses tertentu kepada pengguna dan/atau kumpulan pengguna. Setiap item (cth. tugas, komputer, acara, kumpulan komputer) mempunyai senarai kawalan akses, dengan kebolehlihatan ditetapkan oleh pentadbir utama. Semua komunikasi ke konsol disulitkan dengan protokol SSL dan dikenal pasti melalui sijil digital.

Sokongan untuk pengguna komputer riba

Avast Enterprise Administration menyokong peranti mudah alih, dengan pengguna yang menyambung secara rawaknya ke rangkaian syarikat dan sering cuba memintas sekatan yang ditetapkan oleh pentadbir. Dimulakan oleh klien POP, kemas kini dimuat turun secara automatik dan dikenakan apabila peranti menyambung ke rangkaian syarikat – walaupun jika melalui VPN atau melalui Internet.

Syot skrin

Keperluan sistem

Endpoint Protection Suite
Pengurusan Jauh
Small Office Administration
Pengurusan Jauh
Enterprise Administration

Sistem Pengendalian Klien:

  • ikon baruMicrosoft Windows 8 dan 8.1 (mana-mana Edisi dengan Pek Perkhidmatan terkini, 32-bit atau 64-bit)
  • Microsoft Windows 7 (mana-mana Edisi dengan Pek Perkhidmatan terkini, 32-bit atau 64-bit)
  • Microsoft Windows XP (mana-mana edisi dengan Pek Perkhidmatan 2 atau lebih baru, 32-bit atau 64-bit)
  • Microsoft Windows Vista (mana-mana edisi dengan Pek Perkhidmatan terkini, 32-bit atau 64-bit, kecuali Starter Edition)

Sistem Pengendalian Pelayan:

  • Microsoft Windows Server 2003 dan 2003 R2 (mana-mana edisi dengan Pek Perkhidmatan terkini, 32-bit atau 64-bit, termasuk Small Business Server)
  • Microsoft Windows Server 2008 dan 2008 R2 (mana-mana edisi dengan Pek Perkhidmatan terkini, 32-bit atau 64-bit, termasuk Small Business Server, kecuali Server Core)
  • Microsoft Windows Small Business Server 2011 (mana-mana edisi dengan Pek Perkhidmatan terkini, x64bit)
  • ikon baruMicrosoft Windows Server 2012 dan Server 2012 R2 (mana-mana edisi dengan Pek Perkhidmatan terkini, x64bit, termasuk Small Business Server/Essentials, kecuali Server Core)
  • Microsoft SharePoint Server 2003/2007/2010/2013

Keperluan Perkakasan minimum:

  • 256 MB RAM atau lebih, 512 MB atau lebih jika menjalankan Microsoft Windows Server 2008 atau lebih baru (bergantung pada keperluan OS dan perisian pihak ketiga lain yang dipasang).
  • Pemproses serasi Intel Pentium III atau lebih baru (bergantung pada keperluan OS dan perisian pihak ketiga lain yang dipasang)
  • 500MB ruang cakera keras kosong

Perhatian: Avast Endpoint Protection Suite tidak disokong (tidak serasi, tidak boleh dipasang dan tidak boleh berjalan) pada DOS, Microsoft Windows 3.x, Microsoft Windows NT 3.x, Microsoft Windows NT 4.0, Microsoft Windows 95, Microsoft Windows 98, Microsoft Windows ME, Microsoft Windows 2000 atau mana-mana OS lain yang tidak dinyatakan sebagai disokong.

Sistem Pengendalian Klien:

  • ikon baruMicrosoft Windows 8 dan 8.1
  • Microsoft Windows 7 (mana-mana Edisi dengan Pek Perkhidmatan terkini, 32-bit atau 64-bit)
  • Microsoft Windows XP (mana-mana edisi dengan Pek Perkhidmatan 2 atau lebih baru, 32-bit atau 64-bit)
  • Microsoft Windows Vista (mana-mana edisi dengan Pek Perkhidmatan terkini, 32-bit atau 64-bit, kecuali Starter Edition)

Sistem Pengendalian Pelayan:

  • Microsoft Windows Server 2003 dan 2003 R2 (mana-mana edisi dengan Pek Perkhidmatan terkini, 32-bit atau 64-bit, termasuk Small Business Server)
  • Microsoft Windows Server 2008 dan 2008 R2 (mana-mana edisi dengan Pek Perkhidmatan terkini, 32-bit atau 64-bit, termasuk Small Business Server, kecuali Server Core)
  • Microsoft Windows Small Business Server 2011 (mana-mana edisi dengan Pek Perkhidmatan terkini, x64bit)
  • ikon baruMicrosoft Windows Server 2012 dan Server 2012 R2 (mana-mana edisi dengan Pek Perkhidmatan terkini, x64bit, termasuk Small Business Server/Essentials, kecuali Server Core)
  • Microsoft SharePoint Server 2003/2007/2010/2013

Keperluan Perkakasan minimum:

Pemproses serasi Intel Pentium III atau lebih baru (bergantung pada keperluan versi OS terpakai dan perisian pihak ketiga lain yang dipasang)

512MB RAM atau lebih (bergantung pada keperluan versi OS terpakai dan perisian pihak ketiga lain yang dipasang)

900MB ruang cakera keras kosong

Resolusi skrin standard optimum tidak kurang daripada 1024 x 768 piksel.

Keperluan lain:

Pelayar web didayakan Silverlight 5 (Internet Explorer 6.x dan lebih baru atau alternatif yang serasi).

Sambungan Internet (untuk memuat turun dan mendaftar perisian, dan untuk kemas kini Mirror dari pelayan kemas kini Avast).

Rangkaian domain atau keahlian kumpulan kerja Windows

Perhatian: Keperluan pihak ketiga lain akan dipasang semasa persediaan (oleh pemasang) jika tiada. Ini ialah Microsoft .NET Framework 4, Microsoft Silverlight 5 dan sandaran lain seperti Microsoft Windows Installer dsb.

Sistem Pengendalian Klien:

  • ikon baruMicrosoft Windows 8 dan 8.1
  • Microsoft Windows 7 (mana-mana Edisi dengan Pek Perkhidmatan terkini, 32-bit atau 64-bit)
  • Microsoft Windows XP (mana-mana edisi dengan Pek Perkhidmatan 2 atau lebih baru, 32-bit atau 64-bit)
  • Microsoft Windows Vista (mana-mana edisi dengan Pek Perkhidmatan terkini, 32-bit atau 64-bit, kecuali Starter Edition)

Sistem Pengendalian Pelayan:

  • Microsoft Windows Server 2003 (mana-mana edisi dengan Pek Perkhidmatan terkini, 32-bit atau 64-bit, termasuk Small Business Server)
  • Microsoft Windows Server 2003 R2 (mana-mana edisi dengan Pek Perkhidmatan terkini, 32-bit atau 64-bit, termasuk Small Business Server)
  • Microsoft Windows Server 2008 (mana-mana edisi dengan Pek Perkhidmatan terkini, 32-bit atau 64-bit, termasuk Small Business Server, kecuali Server Core)
  • Microsoft Windows Server 2008 R2 (mana-mana edisi dengan Pek Perkhidmatan terkini, 32-bit atau 64-bit, termasuk Small Business Server, kecuali Server Core)
  • Microsoft Windows Small Business Server 2011 (mana-mana edisi dengan Pek Perkhidmatan terkini, x64bit)
  • ikon baruMicrosoft Windows Server 2012 dan Server 2012 R2 (mana-mana edisi dengan Pek Perkhidmatan terkini, x64bit, termasuk Small Business Server/Essentials, kecuali Server Core)

Keperluan Perkakasan minimum:

Pemproses serasi Intel Pentium III atau lebih baru (bergantung pada keperluan versi OS terpakai dan perisian pihak ketiga lain yang dipasang)

512MB RAM atau lebih (bergantung pada keperluan versi OS terpakai dan perisian pihak ketiga lain yang dipasang)

900MB ruang cakera keras kosong

Resolusi skrin standard optimum tidak kurang daripada 1024 x 768 piksel.

Keperluan lain:

Free Microsoft SQL Server 2008 R2 Express (dibekalkan sebagai pilihan komponen boleh dengan Avast Enterprise Administration) atau Microsoft SQL Server 2008 R2 penuh (diperlukan untuk perkhidmatan replikasi untuk menyokong berbilang Avast Enterprise Administration Servers)

Internet Explorer 6.x atau lebih baru.

Sambungan Internet (untuk memuat turun dan mendaftar produk dan untuk kemas kini Mirror dari pelayan kemas kini Avast).

Rangkaian domain atau keahlian kumpulan kerja Windows

Model pelesenan kami

Avast Endpoint Protection Suite dilesenkan mengikut setiap nod, bermakna jika anda membeli lesen untuk 20 peranti, anda boleh menggunakannya pada mana-mana gabungan 20 peranti – sama ada ia pelayan atau PC titik hujung.

Contoh

Jika anda membeli lesen 20 peranti, ia boleh digunakan pada:

  • 20 titik hujung PC dan 0 pelayan
  • 19 titik hujung PC dan 1 pelayan
  • 10 titik hujung PC dan 10 pelayan
  • ...dsb.

Memerlukan bantuan lagi untuk membeli? Hubungi kami

Anugerah & Pensijilan

Hanya ada beberapa autoriti terkemuka yang sering menganugerahkan/memperakui perisian Avast:

Penyelesaian Avast Endpoint Protection kami memperolehi Pensijilan OPSWAT, tanda aras industri untuk saling kendali aplikasi perisian sekuriti titik hujung.

AV-Comparatives firma pengujian bebas telah beberapa kali menganugerahkan Avast kedudukan "Lanjutan +" tertingginya.

Ulasan kami

"Apabila anda mendapatkan semua sumber perniagaan anda, termasuklah pelayan dan semua pengguna titik hujung, anda memerlukan sistem yang boleh mengendalikan ancaman canggih terkini dan tidak memerlukan pasukan profesional IT yang lain: Avast Endpoint Protection Suite."

"Berbilang tahap perlindungan antiperisian merbahaya digabungkan dengan rangkaian pengesanan ancaman berdasarkan komuniti dan pelayan pengurusan berpusat menjadikan Avast alternatif yang menarik untuk perlindungan virus tahap perniagaan."

Bandingkan semua penyelesaian perniagaan Avast

Perlindungan
Titik Akhir
Endpoint
Protection Plus
Endpoint
Protection
Suite
Endpoint
Protection
Suite Plus
Keselamatan
Pelayan Fail
Keselamatan
Pelayan E-mel
Endpoint Protection
Antivirus Pintar ya ya ya ya
Tembok Api Desktop ya ya
Antispam ya ya
Pengurusan Jauh
Pentadbiran Pejabat Kecil ya ya ya ya
Pentadbiran Perusahaan ya ya ya ya
Perlindungan Pelayan
Pelayan Fail ya ya ya
Sharepoint ya ya ya
SBS Server ya ya ya ya
Pelayan Exchange ya ya
Antispam ya ya
MAKLUMAT LANJUT MAKLUMAT LANJUT Beli sekarang MAKLUMAT LANJUT MAKLUMAT LANJUT MAKLUMAT LANJUT

Masih belum membuat keputusan?

Muat turun percubaan 30 hari

Jadual penentuan harga

Harga unit

tanpa VAT