Skrol ke bawah

Tampal lubang-lubang dalam keselamatan rangkaian anda

Sebaik sahaja penggodam mendapat akses kepada rangkaian anda, mereka mendapat akses kepada semua data anda.
Avast Keselamatan Rangkaian Rumah bantu menghapuskan ancaman ini.

Apakah risikonya?

Tidak kira sama ada wayarles atau disambungkan dengan kabel, penghala dan peranti lain pada rangkaian anda merupakan sasaran yang mudah untuk penggodam. Penggodam boleh menjejaskan penghala anda dengan mudah untuk mendapatkan akses kepada data peribadi anda, kamera web atau hanya untuk menggunakan jalur lebar internet anda secara percuma, sementara anda yang membayarnya.

Bagaimanakah penggodam boleh mencuri data saya?

Perisian penghala usang penuh dengan titik kelemahan yang boleh dieksploitasi dengan mudah oleh penggodam. Malah, terdapat panduan yang mudah didapati secara dalam talian yang akan menunjukkan kepada sesiapa tentang cara untuk menggodam ke dalam komputer anda dan mencuri data anda menggunakan kerentanan ini dalam rangkaian anda.

Semak perlindungan rangkaian anda secara percuma

Semua produk keselamatan Avast disertakan dengan Keselamatan Rangkaian Rumah. Hanya klik untuk mengimbas dan Keselamatan Rangkaian Rumah akan memberitahu anda sama ada terdapat masalah dan juga cara untuk membetulkannya.

Adakah ada menggunakan Avast? 230 juta orang di seluruh dunia menggunakannya. Jika anda salah seorang daripada pengguna, pergi sahaja ke Imbas › Imbas untuk mengesan ancaman rangkaian dan klik butang untuk menjalankan ujian.

Belum memiliki Avast?