Skrol ke bawah

Lindungi diri anda daripada rampasan DNS

Rampasan DNS menghalakan anda semula daripada laman yang anda ingin lawati, ke laman web yang kelihatan serupa dengannya. Mengapa? Supaya penggodam boleh mencuri maklumat log masuk anda. DNS Selamat memastikan laman yang anda lawati adalah laman sebenar.

Apakah risikonya?

Anda pergi ke laman perbankan anda yang biasa dan log masuk seperti biasa. Atau, anda fikir begitu. Jika DNS telah dirampas, anda sebenarnya telah dihantar ke laman peniru yang kelihatan sama seperti laman perbankan anda. Laman ini boleh merekodkan butiran log masuk anda, memudahkan pencuri untuk mengakses akaun anda.

Bagaimanakah penggodam boleh mencuri data saya?

Dengan mencipta laman peniru, penggodam menipu anda untuk memberikan mereka butiran log masuk anda. Dan anda tidak mengetahuinya. Kami telah menyelesaikan masalah ini dengan menggunakan rangkaian pelayan DNS selamat kami sendiri yang menyulitkan trafik antara mereka dan PC anda yang dilindungi Avast.

Lindungi diri anda daripada laman palsu

Semua produk keselamatan Avast berbayar disertakan dengan DNS Selamat yang terpasang, jadi anda tahu bahawa laman yang anda lawati ialah laman web yang sebenar.

Adakah anda sudah menjalankan produk Avast berbayar? Bagus. Pergi sahaja ke Tetapan, cari “Perlindungan aktif” dan semak bahawa DNS Selamat anda dihidupkan. Mudah.

Belum memiliki Avast?