Lebih banyak lapisan bersamaan dengan keselamatan yang lebih baik
Sekiranya ancaman berjaya melepasi satu lapisan keselamatan, lapisan lain menunggu untuk menangkapnya. Dan kecerdasan buatan berasaskan awan sentiasa mengemas kini semua lapisan ini untuk mengesan ancaman baharu. Klik di bawah untuk melihat penambahan pada perlindungan terbaik untuk anda dan PC anda.
Perlindungan tapak web palsu
Kami membantu anda mengelakkan tapak web berbahaya
Mengelakkan tapak web berniat jahat mungkin merupakan kaedah terbaik untuk mencegah jangkitan. Dan semua produk keselamatan PC kami membantu anda untuk melakukannya.
Perlindungan Muat Turun
Kami menghalang ancaman sebelum sampai ke PC anda
Tapak web yang sah juga boleh digodam, oleh itu, kami mengimbas setiap cebisan data yang dibawa ke komputer anda. Imbasan ini sangat cepat, anda tidak akan menyedari sebarang kelewatan semasa melayari web.
Perisai fail
Ancaman yang sampai sejauh ini diimbas sekali lagi pada PC anda
Sekiranya anda memuat turun perisian hasad, jangan bimbang. Kami tidak akan membiarkannya membahayakan PC anda.
Perisai tingkah laku
Kami memantau semua aplikasi untuk mengesan tingkah laku berniat jahat
Pada situasi yang jarang berlaku, perisian hasad yang sukar hendak dihilangkan mungkin menyelinap melalui pertahanan antivirus yang biasa. Mujurlah, Avast juga gigih dan tidak pernah berhenti memantau tingkah laku berniat jahat.
CyberCapture
Mana-mana perisian hasad yang masih ada akan menghadapi ratusan juta lapisan keselamatan.
Semakin ramai pengguna yang kita ada, kita akan menjadi semakin kuat. Ini kerana setiap daripada ratusan juta pengguna kami bertindak sebagai sensor untuk mengesan bentuk perisian hasad yang terbaharu dan tidak pernah dilihat sebelum ini.
Perisai ransomware
Avast Free Antivirus melindungi daripada ransomware
Antivirus percuma kami kini memastikan dokumen, foto dan fail penting anda yang lain dilindungi oleh keselamatan ransomware lanjutan.
Perisai akses jauh
Premium menghalang serangan akses jarak jauh
Avast Premium Security kini menghalang penggodam daripada mengawal komputer anda dari jauh dan menjejaskan keselamatan anda.