Kami menyokong pelayar, bukan dinosaur. Sila kemas kini pelayar anda jika anda ingin melihat kandungan laman web ini dengan betul.

Satu VPN untuk semua peranti anda

Sembunyikan identiti dan lokasi anda dengan Avast SecureLine VPN.

Perlindungan berterusan tersedia Jaminan wang dikembalikan 30 hari

Anda boleh menggunakan rangkaian peribadi maya (VPN) berbilang peranti kami pada lima peranti peribadi maksimum, termasuk PC, Mac, iPhone, iPad, atau telefon pintar atau tablet Android.

Sebab anda perlukan VPN

Kekal awanama

Sejarah pelayaran dan mesej anda boleh dijejaki oleh sesiapa sahaja, mahupun kerajaan. VPN kami akan menyembunyikan aktiviti anda.

Sambung dengan selamat

Penggodam dan pengintip melepak di Wi-Fi awam untuk mencuri data anda. Kami menyulitkan sambungan anda untuk memastikan anda selamat.

Akses sebarang kandungan

Ucapkan selamat tinggal kepada penapisan! Dengan VPN kami, anda boleh menikmati kandungan yang anda mahu, tanpa mengambil kira lokasi anda.

Layari lebih pantas

Menggunakan rangkaian peribadi maya boleh memperlahankan anda. Itu sebabnya kami menawarkan pelbagai pelayan pantas untuk dipilih.

Siapa tahu hanya dengan satu klik dapat memberikan kesan yang hebat?

Perlindungan privasi sumber terbuka

OpenVPN dan OpenSSL terbina dalam: protokol perlindungan privasi yang paling dipercayai, digunakan secara meluas dan telus.

Tiada log

Kami tidak dapat melihat aplikasi yang anda gunakan, tapak web yang anda lawati serta kandungan yang anda akses.

Penyulitan AES 256 bit

Semua data anda yang masuk dan keluar disulitkan serta tidak dapat dilihat oleh pengintip.

IP kongsi tunggal

Hilangkan diri dalam kesesakan pengguna Avast SecureLine VPN yang lain.

Melindungi sebarang Wi-Fi atau rangkaian

Bersambung dengan selamat ke mana-mana hotspot: kedai kopi, lapangan terbang, perpustakaan, taman – mahupun penambatan telefon orang yang tidak dikenali.

Perlindungan kebocoran DNS

Memastikan IP sebenar anda tidak didedahkan melalui IPv4 dan menyekat permintaan IPv6.

Keupayaan strim & permainan

Filem definisi tinggi, gaya permainan sensitif kelewatan atau fail bersaiz amat besar? Jangan bimbang. Kami boleh kendalikannya.

Akses kandungan di serata dunia

Atasi penapisan dan akses sebarang perkhidmatan atau media, tidak mengira tempat tinggal.

Sokongan P2P

Pilih pelayan yang menyokong perangkaian Perangkai Padan. Kongsi secara peribadi.

54 lokasi di lebih 34 buah negara

Di mana sahaja anda tinggal, ke mana sahaja anda ingin pergi, kami ada cara untuk membawa anda ke sana.

Ketahui lebih lanjutSembunyikan

Hentikan pengintip dan pengintai dalam talian

Tidak perlu bimbang majikan, kerajaan atau ISP anda mengintip aktiviti dalam talian anda. Satu klik – dan mereka tidak dapat melihat apa-apa.

Sembunyikan aktiviti dalam talian anda

Tidak mengelog tapak web yang dilawati atau penggunaan aplikasi

Perlindungan kebocoran DNS

Tutup

Apa itu VPN?

Rangkaian Persendirian Maya (VPN) menyulitkan sambungan Internet anda, oleh itu anda boleh merahsiakan aktiviti dalam talian anda dan menghalang pihak ketiga seperti ISP, majikan, kerajaan atau penggodam daripada melihat apa yang anda lakukan dalam talian. Anda juga boleh mengakses kandungan kegemaran anda dari mana-mana lokasi kerana VPN juga membantu anda mengatasi sebarang sekatan kandungan.

What is a VPN

Siapa yang menjejak anda dalam talian?

Penyedia Perkhidmatan Internet boleh:
  • Melihat semua yang anda lakukan dalam talian
  • Menjual sejarah perubatan, kewangan dan sejarah pelayaran anda
Majikan boleh:
  • Mengintip aktiviti dalam talian anda
  • Mengehadkan peluang kerjaya anda sekiranya anda melanggar dasar syarikat
Penggodam boleh:
  • Curi identiti anda
  • Godam akaun anda
Kerajaan boleh:
  • Tapis perkara yang anda lihat
  • Intip anda

Temui banyak lagi

Jadikan sebarang sambungan selamat

Lindungi diri anda daripada ancaman rangkaian yang lebih luas, penggodam dan penipu dengan hanya satu klik. Anda bukan bersendirian dalam rangkaian itu. Kami menggunakan penyulitan gred bank untuk menyalurkan komunikasi anda dengan selamat menerusi sebarang rangkaian – walaupun tidak jelas.

Penyulitan gred bank

Berdasarkan pada teknologi sumber terbuka untuk Windows dan Android

Keserasian dan prestasi terbaik yang diluluskan Apple

Perlindungan melalui Wi-Fi awam dan rangkaian yang tidak selamat

Tutup

VPN juga melindungi anda daripada ancaman rangkaian

Dengan penyulitan gred bank, data anda sentiasa dilindungi dan selamat daripada penipu dalam talian serta ancaman rangkaian.

Lindungi diri anda daripada penipuan dalam talian yang biasa

Elakkan penghiduan paket
  • Anda disambungkan kepada rangkaian terbuka yang tidak dilindungi dan log masuk ke dalam akaun anda. Tetapi anda bukan bersendirian dalam rangkaian itu.
  • Anda mendapat kuki, mereka juga mendapat kuki.
  • Mereka kini mempunyai akses kepada akaun anda.
Kesan hotspot palsu
  • Anda bersambung kepada Wi-Fi di kedai kopi kegemaran anda bukan?
  • Anda pasti itu rangkaian mereka? Adakah kedai itu mempunyai Wi-Fi?
  • Mungkin kedai itu tiada Wi-Fi dan anda kini menyalurkan data anda ke dalam komputer penyerang.
Berhati-hati dengan muslihat kembar jahat
  • Peranti anda gemar bersambung secara automatik kepada rangkaian yang diketahui dan menjimatkan masa anda.
  • Itu perkara yang cukup berisiko untuk dilakukan.
  • Sungguh mudah mencipta rangkaian kembar yang akan menipu telefon, komputer – mahupun anda.
Hentikan serangan orang tengah
  • Tanpa diketahui oleh anda, seseorang memasukkan diri mereka di antara anda dan Internet.
  • Mereka dapat mengubah apa yang anda lihat di tapak kegemaran anda, mengubah hala anda ke tapak web palsu, mengambil alih komunikasi anda serta mencuri akaun dan kata laluan anda.

Temui banyak lagi

Akses kandungan yang anda gemari dari mana sahaja anda berada

Elakkan sekatan kandungan dan nikmati rancangan, strim, serta tapak web kegemaran anda, dari mana sahaja anda berada di dunia.

Akses tapak kegemaran anda

Strim rancangan kegemaran anda

Sokongan perangkai padan

Atasi diskriminasi harga

Tutup

Ini Internet anda, dapatkannya kembali

Alamat IP anda tidak hanya digunakan untuk menjejak anda dalam talian, tetapi juga digunakan untuk menyekat anda daripada perkhidmatan tertentu. Avast SecureLine VPN menghalang intipan dan membolehkan anda mengakses kandungan yang anda gemari, tanpa nama, dari mana sahaja anda berada.

Temui banyak lagi

Lokasi pelayan SecureLine

  • Australia1 BANDAR

    AustraliaMelbourne

  • Austria1 BANDAR

    AustriaVienna

  • Belgium1 BANDAR

    BelgiumBrussels

  • Brazil1 BANDAR

    BrazilSao Paulo

  • Kanada2 BANDAR

    KanadaMontreal
    Toronto

  • Republik Czech1 BANDAR

    Republik CzechPrague

  • Denmark1 BANDAR

    DenmarkCopenhagen

  • Finland1 BANDAR

    FinlandHelsinki

  • Perancis1 BANDAR

    PerancisParis

  • Jerman2 BANDAR

    JermanBerlin
    Frankfurt

  • Hungary1 BANDAR

    HungaryBudapest

  • Israel1 BANDAR

    IsraelPetah Tikva

  • Itali1 BANDAR

    ItaliMilan

  • Jepun1 BANDAR

    JepunTokyo

  • Luxembourg1 BANDAR

    LuxembourgLuxembourg

  • Malaysia1 BANDAR

    MalaysiaJohor Bahru

  • Mexico1 BANDAR

    MexicoMexico City

  • Belanda1 BANDAR

    BelandaAmsterdam

  • New Zealand1 BANDAR

    New ZealandAuckland

  • Norway1 BANDAR

    NorwayOslo

  • Poland1 BANDAR

    PolandWarsaw

  • Portugal1 BANDAR

    PortugalLeiria

  • Rusia2 BANDAR

    RusiaMoscow
    St. Petersburg

  • Singapura1 BANDAR

    SingapuraSingapura

  • Afrika Selatan1 BANDAR

    Afrika SelatanJohannesburg

  • Korea Selatan1 BANDAR

    Korea SelatanSeoul

  • Sepanyol2 BANDAR

    SepanyolBarcelona
    Madrid

  • Sweden1 BANDAR

    SwedenStockholm

  • Switzerland1 BANDAR

    SwitzerlandZurich

  • Taiwan1 BANDAR

    TaiwanTaipei

  • Turki1 BANDAR

    TurkiIstanbul

  • United Kingdom3 BANDAR

    United KingdomGlasgow
    London
    Wonderland

  • Amerika Syarikat16 BANDAR

    Amerika Syarikat Atlanta
    Boston
    Chicago
    Dallas
    Gotham City
    Honolulu
    Jacksonville
    Las Vegas
    Los Angeles
    Miami
    New York
    Phoenix
    Salt Lake City
    San Francisco
    Seattle
    Washington DC

Lakukan semuanya dengan amat pantas

Tidak ada gunanya mempunyai sambungan Internet peribadi yang selamat sekiranya tidak dapat dimuat. Kami sentiasa meningkatkan kelajuan dan prestasi pelayan kami, supaya anda sentiasa menikmati pengalaman dalam talian yang anda harapkan.

Strim, permainan atau muat turun fail bersaiz besar

Sehingga 10 peranti

Kelajuan sehingga 2 Gbit/s

Tiada had lebar jalur

Tutup

Kelajuan bertemu kapasiti

Sambungkan dengan selamat dengan keyakinan bahawa kelajuan dan prestasi anda tidak akan terjejas – dengan rangkaian pelayan kami, kami dapat menangani hampir semua kapasiti.

Temui banyak lagi

Privasi sepenuhnya untuk semua peranti anda

Perlindungan berterusan tersedia Jaminan wang dikembalikan 30 hari

Anda boleh menggunakan rangkaian peribadi maya (VPN) berbilang peranti kami pada lima peranti peribadi maksimum, termasuk PC, Mac, iPhone, iPad, atau telefon pintar atau tablet Android.

Chrome browser logo

Avast mengesyorkan anda menggunakan
pelayar Internet Chrome™ PERCUMA.