Kami menyokong pelayar, bukan dinosaur. Sila kemas kini pelayar anda jika anda ingin melihat kandungan laman web ini dengan betul.

Avast Free Antivirus.

Perlindungan yang memenangi anugerah untuk semua

Avast Free Antivirus melindungi komputer anda daripada virus serta perisian hasad, dan juga membantu anda melindungi rangkaian rumah anda daripada penceroboh.
Produk Terbaik
2023
Dinilai Terbaik
2022
Pelayaran dan peng-e-melan selamat
Juga menangkap ancaman baharu yang muncul
Lebih 435 juta pengguna di seluruh dunia
Kami mempunyai lebih 30 tahun pengalaman
Avast Free Antivirus

Dapatkan perlindungan privasi lanjutan yang melangkaui perisian antivirus

Untuk memastikan anda selamat dalam talian, Avast Free Antivirus juga menyertakan:

6 lapisan keselamatan
Jalankan imbasan pintar dengan mudah pada perisian, fail, dan aplikasi untuk mencari kerentanan, serta analisis fail yang mencurigakan dalam awan, dapatkan makluman ancaman, dan banyak lagi.
Mudah untuk dipasang dan digunakan
Pemasangan Avast Free Antivirus hanya mengambil masa yang sekejap dan setelah selesai, aplikasi akan dijalankan dengan senyap di latar belakang, melindungi anda daripada virus dan perisian hasad lain pada masa nyata, 24/7.
Keselamatan rangkaian Wi-Fi
Sambung dengan selamat ke mana-mana rangkaian Wi-Fi, walaupun rangkaian awam yang tidak selamat, serta lihat individu yang menggunakan Wi-Fi rumah anda dan sekat sebarang penceroboh dengan satu klik.
Perlindungan daripada serangan ransomware
Lindungi maklumat anda. Jangan biarkan foto, fail, dan dokumen peribadi anda menjadi mangsa penggodam dengan menggunakan ransomware.

Apakah yang terdapat dalam versi terkini?

Antara muka yang sangat intuitif, perlindungan aplikasi lanjutan, mod pasif baharu untuk menjalankan berbilang produk keselamatan secara selari – dan sesuatu yang istimewa untuk pemain permainan dan peminat filem.

Elakkan daripada menjadi mangsa pemerasan digital
Ransomware telah menjadi perisian hasad yang paling biasa – dan berbahaya – di luar sana. Avast Free Antivirus melindungi peranti anda daripada ransomware yang menyebabkan kerosakan supaya anda tidak menjadi mangsa pemerasan digital.
Mengapa sandaran awam mungkin tidak mencukupi untuk melindungi anda
Sentiasa menyandarkan fail anda dalam awan merupakan satu tabiat yang baik sekiranya berlakunya bencana dan anda menjadi mangsa kepada serangan ransomware. Masalahnya, versi fail anda yang telah disulitkan oleh ransomware juga akan segera disegerakkan ke awan. Oleh itu, melainkan penyelesaian sandaran anda juga menyimpan versi sejarah fail, anda menghadapi masalah.
Baharu
Masa permainan atau filem. Kini tanpa gangguan
Kami telah menukar nama Mod Permainan dan memberikan teknik baharu. Kini dipanggil Mod Jangan Ganggu, mod ini menyekat tetingkap timbul yang menganggu sama ada semasa anda sedang bermain permainan, menonton filem, atau membuat pembentangan dalam skrin penuh.
Memperkenalkan Perisai Tingkah Laku
Kami bukan sekadar menyemak aplikasi anda untuk perisian hasad. Kini, kami memerhatikan kelakuannya untuk memastikan ia tidak menjadi berbahaya.
Avast Free Antivirus

Mudah dipasang, senang digunakan

Antivirus Avast mengimbas untuk mengesan masalah keselamatan dan prestasi serta membantu anda membaikinya dengan serta-merta. Ia juga melindungi anda dalam masa nyata dengan menganalisis fail yang tidak diketahui lama sebelum ia sampai ke peranti anda. Ia juga percuma – jadi, cubalah sekarang.

Muat turun percuma Muat turun percuma Muat turun percuma
daripada Google Play
Muat turun percuma
daripada App Store

Anda mungkin masih tertanya-tanya...

Tutup
Hampir selesai!
Lengkapkan pemasangan dengan mengklik fail yang anda muat turun dan mengikut arahan.
Memulakan muat turun ...
Perhatian: Jika muat turun anda tidak bermula secara automatik, sila klik di sini.
Klik fail ini untuk mula memasang Avast.
Tutup