Pemulihan Sandaran dan Bencana

Lindungi data pelanggan anda dengan proses sandaran yang selamat dan diautomatikkan yang mudah untuk digunakan dan memulihkan data dalam beberapa minit.

Hubungi kami

Memulihkan dan menyandarkan data pada bila-bila masa

Menyandarkan data secara automatik apabila peranti disambungkan ke Internet. Jika perkara paling buruk berlaku, data pelanggan boleh dipulihkan dalam beberapa minit – memastikan data mereka dan reputasi mereka tetap utuh tidak kira apa yang berlaku.

Apabila perisian tebusan WannaCry melanda awal tahun ini, ia telah menjangkiti lebih daripada 300.000 komputer di seluruh 150 negara. Ia merupakan suatu kejutan global yang menyatakan keselamatan siber itu penting. Sebab itulah kami bekerjasama dengan Infrascale untuk melengkapkan anda dengan amalan yang terbaik untuk perlindungan perisian tebus penuh dan membantu anda untuk mendidik dan melindungi pelanggan anda dengan lebih baik.

Ciri-ciri Sandaran & Pemulihan Bencana

Pemulihan 15 minit Dijamin

Apabila berlaku bencana, pastikan sistem, rangkaian atau pelayan klien anda dapat berjalan dalam masa 15 minit atau kurang dan pastikan perniagaan mereka terus berjalan dalam talian.

Makluman

Polisi di luar pemikiran termasuk peringatan yang memberitahu pentadbir kegagalan sandaran atau sandaran yang menghasilkan ralat.

Laporan

Cipta laporan masa nyata mengenai penggunaan data yang disimpan, penggunaan peranti individu, pelan sandaran, sejarah dan banyak lagi.

Pemulihan Fail

Jika data hilang atau menjadi rosak, data sandaran boleh dilihat dan dipulihkan secara terus dari papan pemuka Managed Workplace.

Perlindungan Pelayan

ShadowProtect® membenarkan anda untuk mencipta imej tunggal, secara terus sistem operasi, aplikasi dan konfigurasi anda untuk melindungi terhadap kegagalan perkakasan.

Penyediaan Polisi Mudah

Menggunakan polisi di luar pemikiran atau menyesuaikan keperluan, seperti berapa erap sandaran berlaku dan jenis dan saiz fail data yang ditangkap.

Pemantauan dan pengurusan jauh dipermudahkan.

Pastikan perniagaan pelanggan anda berjalan dengan lancar dengan endpoint protection yang memenangi anugerah, sandaran komprehensif dan pemulihan bencana, dan pengurusan rangkaian yang lengkap yang disampaikan melalui platform RMM Managed Workplace. Mulakan percubaan percuma atau tonton demo hari ini.

Sekilas Pandang

Sandaran Awan Managed Workplace Sekilas Pandang

Adalah penting untuk memastikan maklumat disandarkan, tapi dengan kekangan masa, sukar untuk mengingati untuk melakukannya dengan kerap. Ketahui bagaimana Sandaran Awan boleh membantu.

Muat turun
Lembaran Data

Lembaran Data Sandaran dan Pemulihan Bencana Avast Business

Kami faham bahawa data anda penting. Kami juga memahami bahawa data anda berada pada peranti yang berbeza. Ketahui cara melindungi semua data pada semua peranti dengan satu penyelesaian.

Muat Turun
Sekilas Pandang

ShadowProtect Managed Workplace Sekilas Pandang

Pelayan penting untuk perniagaan, jadi apabila ia gagal, adalah kritikal bahawa mereka dipulihkan dengan cepat. Gunakan ShadowProtect® untuk menyandarkan pelayan Windows® dan memulihkannya dengan cepat untuk memastikan perniagaan pelanngan anda berjalan.

Muat Turun