Managed Antivirus

Dapatkan penyelesaian antivirus yang memenangi anugerah untuk memastikan perniagaan, data anda, dan pengguna anda selamat dari ancaman perisian tebusan, virus, dan ancaman perisian hasad terkini.

Hubungi Kami

Lindungi semua pelanggan anda dengan satu klik.

Pasang dan uruskan perisian antivirus kami merentasi beberapa klien dengan satu arahan. Dari papan pemuka yang mudah dibaca, lihat apa yang sedang dan tidak dilindungi, selesaikan isu secara automatik, pasangkan semula perisian keselamatan dengan cepat, dan arahkan sistem imbasan untuk memastikan pelanggan anda sentiasa mempunyai perlindungan yang terkini.

Ketahui cara memanfaatkan penyelesaian keselamatan dalam talian untuk menambah nilai yang besar kepada pelanggan anda dan mengembangkan portfolio perkhidmatan anda.

Ciri-ciri Antivirus Terurus

Papan Pemuka

Lihat tahap perlindungan pelanggan anda dari satu papan pemuka dan ambil tindakan segera apabila terdapat isu.

Konfigurasi

Gunakan pelan perkhidmatan standard atau tersuai dengan mudah pada stesen kerja dan pelayan untuk mendapatkan lebih kawalan.

Laporan

Hasilkan laporan terperinci untuk menasihati klien, menunjukkan pematuhan dengan keperluan dan menunjukkan nilai perkhidmatan anda.

Perlindungan pada Seluruh Tapak

Automatikkan perlindungan dan keluarkan, kemas kini, pasang semula serta alih keluar produk yang kompetitif dengan mudah menggunakan satu klik.

Keselamatan Dalam Talian

Pastikan klien anda selamat dalam talian menggunakan pelbagai ciri perlindungan data dan identiti.

Analisis Lanjutan

400 juta sensor yang memberikan maklumat terkini kepada rangkaian pengesanan ancaman kami untuk perlindungan hari sifar yang tiada tandingannya.

Pemantauan dan pengurusan jauh dipermudahkan.

Pastikan perniagaan pelanggan anda berjalan dengan lancar dengan endpoint protection yang memenangi anugerah, antivirus terurus, dan pengurusan rangkaian yang lengkap yang disampaikan melalui platform RMM Managed Workplace. Mulakan percubaan percuma atau tonton demo hari ini.

Webinar

Mengapa Endpoint Sasaran yang Diminati oleh Perisian Tebusan?

Serangan perisian tebusan memberi tumpuan pada endpoint yang menempatkan sejumlah besar data dan harta intelektual. Ketahui cara untuk membangunkan penyelesaian sandaran yang melindungi peranti pelanggan anda jika perkara terburuk berlaku.

Tonton Sekarang
Infografik

Kemandirian Perisian Tebusan: Jigsaw

Jigsaw adalah salah satu bentuk yang paling kejam untuk perisian tebusan. Ketahui bagaimana untuk melihat serangan Jigsaw dan lima langkah yang anda boleh ambil untuk melindungi pelanggan anda.

Muat turun PDF
Webinar

Penilaian Ancaman 2017

Terokai lanskap perisian tebusan yang cepat berubah, teknik pemancingan data baharu, serangan penafian perkhidmatan, dan banyak lagi. Ketahui tindakan apa yang perlu diambil sekarang untuk melindungi data dan persekitaran pelanggan anda.

Tonton Sekarang