Avast Photo Space ialah penyelesaian percuma dan selamat untuk galeri foto yang penuh sesak.
Jangan biarkan memori terhad telefon anda menyebabkan anda tidak dapat menyimpan detik-detik paling berharga dalam hidup anda - dengan Avast Photo Space, anda boleh menyimpan dan berkongsi sebanyak mana gambar yang boleh anda ambil.
Dengan Photo Space, anda boleh mengoptimumkan fotograf anda untuk mengurangkan jumlah ruang yang diambil pada telefon di samping memastikannya mudah dikongsi dan dinikmati. Oleh itu, anda boleh memuatkan sehingga 7GB foto dalam ruang 1GB!
Kami juga menghantarkan salinan foto asal yang tidak dioptimumkan ke perkhidmatan awan pilihan anda. Langkah ini menjimatkan data dan memudahkan anda untuk menunjukkan gambar-gambar anda kepada rakan-rakan dan keluarga pada semua peranti.
Avast Photo Space turut disertakan dengan aplikasi kameranya sendiri, jadi anda boleh memindahkan, mengoptimumkan dan menyegerakkan secara automatik foto anda ke awan, menjimatkan masa dan data anda.