Cara memasang dan mengaktifkan Avast SecureLine VPN

Bergantung pada lesen yang anda beli, anda boleh menggunakan Avast SecureLine VPN untuk melindungi privasi anda pada satu atau beberapa peranti Windows, Mac, Android atau iOS. Ikut sahaja arahan di bawah untuk memasang dan mengaktifkan pada mana-mana peranti ini.

Petua: Untuk melihat semua lesen Avast anda dalam satu lokasi yang mudah, cuma log masuk ke Akaun Avast anda pada bila-bila masa. Selagi anda menggunakan alamat e-mel yang sama untuk membeli produk, semua lesen anda akan ada di sana.
Windows
Mac
Android
iPhone/iPad

Memandangkan Avast SecureLine VPN sudah menjadi sebahagian daripada antivirus, anda hanya perlu mengaktifkannya. Begini caranya:

1 Muat turun lesen SecureLine VPN anda daripada e-mel yang diterima selepas pembelian.

2 Klik dua kali lesen yang dimuat turun untuk mengaktifkannya.

3 Buka Avast antivirus, pergi ke Privasi › SecureLine VPN dan klik Go Private (atau Connect dalam versi lebih lama).

4 Anda sudah sedia! Nikmati privasi dalam talian anda yang baharu.

Jangan lupa untuk mengklik butang GO PRIVATE pada bila-bila masa anda ingin melayari secara peribadi.

Go private

Anda perlu memuat turun dan mengaktifkan Avast SecureLine VPN kendiri kami. Begini caranya:

1 Klik di sini untuk memuat turun Avast SecureLine VPN untuk Windows.

2 Pasang aplikasi.

3 Muat turun lesen SecureLine VPN anda daripada e-mel yang diterima selepas pembelian.

4 Klik dua kali lesen yang dimuat turun untuk mengaktifkannya.

5 Buka SecureLine VPN dan klik Connect.

6 Anda sudah sedia! Nikmati privasi dalam talian anda yang baharu.

Jangan lupa untuk mengklik butang CONNECT pada bila-bila masa anda ingin melayari secara peribadi.

Connect

1 Klik di sini untuk memuat turun Avast SecureLine VPN untuk Mac.

2 Pasang aplikasi.

3 Buka Avast SecureLine VPN serta tekan ⌘cmd dan kekunci, (koma) secara serentak.

4 Masukkan kod pengaktifan ini:

5 Klik Activate

6 Klik Connect.

7 Anda sudah sedia! Nikmati privasi dalam talian anda yang baharu.

Jangan lupa untuk mengklik butang CONNECT pada bila-bila masa anda ingin melayari secara peribadi.

Connect

1 Buka aplikasi Gedung Play pada peranti anda.

2 Cari dan pasang Avast SecureLine VPN.

3 Selepas dipasang, buka aplikasi dan semak tutorial pengenalan. Klik pada Already purchased.

4 Ketik Use voucher.

5 Masukkan kod pengaktifan ini:

6 Ketik Continue.

7 Anda sudah sedia! Nikmati privasi dalam talian anda yang baharu.

Jangan lupa untuk mengetik butang CONNECT pada bila-bila masa anda ingin melayari secara peribadi.

Connect

1 Buka aplikasi App Store pada peranti anda.

2 Cari dan pasang Avast SecureLine VPN.

3 Selepas dipasang, buka aplikasi dan semak tutorial pengenalan. Klik pada Already purchased.

4 Ketik Enter Avast subscription code

5 Masukkan kod pengaktifan ini di sebelah bawah skrin:

6 Ketik OK

7 Pasang profil VPN.

8 Anda sudah sedia! Nikmati privasi dalam talian anda yang baharu.

Jangan lupa untuk mengetik butang CONNECT pada bila-bila masa anda ingin melayari secara peribadi.

Connect