Kami menyokong pelayar, bukan dinosaur. Sila kemas kini pelayar anda jika anda ingin melihat kandungan laman web ini dengan betul.

Apakah endpoint dan mengapa penting untuk melindunginya untuk memastikan keselamatan perniagaan anda?

Lihat Produk Endpoint Protection

Apakah keselamatan titik akhir?

Keselamatan titik akhir ialah istilah luas yang boleh merujuk kepada beberapa langkah keselamatan, tetapi secara amnya terdapat di bawah payung keselamatan rangkaian. Langkah-langkah Keselamatan titik akhir adalah cara untuk melindungi rangkaian perniagaan sewaktu ia diakses oleh peranti jarak jauh, tanpa wayar, atau mudah alih seperti komputer riba, tablet, dan telefon bimbit. Dengan hampir 100 juta pelanggaran siber untuk 2018 sahaja, keselamat siber terlalu penting untuk diabaikan.

Apakah peranti endpoint?

Mana-mana peranti yang boleh menyambung ke rangkaian perniagaan pusat dianggap sebagai endpoint. Peranti endpoint adalah titik kemasukan yang berpotensi untuk ancaman keselamatan siber dan memerlukan perlindungan yang kuat kerana ia selalunya yang paling lemah dalam keselamatan rangkaian.

Apakah pengurusan keselamatan titik akhir?

Satu set peraturan yang mentakrifkan tahap keselamatan yang mesti dipatuhi oleh setiap peranti yang disambungkan ke rangkaian. Peraturan ini mungkin termasuk menggunakan sistem operasi yang diluluskan (OS), memasang rangkaian peribadi maya (VPN), atau menjalankan perisian antivirus terkini. Jika peranti yang menyambung ke rangkaian tidak mempunyai tahap perlindungan yang diinginkan, ia mungkin perlu disambungkan melalui rangkaian tetamu dan mempunyai akses rangkaian terhad.

Apakah perisian keselamatan titik akhir?

Program-program yang memastikan peranti anda dlilindungi. Perisian Endpoint protection mungkin berasaskan awan dan bertindak sebagai SaaS (Perisian sebagai Perkhidmatan). Perisian keselamatan titik akhir juga boleh dipasang pada setiap peranti secara berasingan sebagai aplikasi kendiri.

Jumlah Keselamatan titik akhir

61% SMB yang menghadapi serangan siber tahun ini

400 perniagaan dusasarkan setiap hari di seluruh dunia

62% organisasi global tidak bersedia untuk serangan siber yang sofistikated

230.000 bentuk perisian hasad baharu muncul setiap hari

Apakah yang boleh diklasifikasikan sebagai peranti endpoint?

Komputer dan komputer riba

Mana-mana komputer atau komputer riba yang disambungkan ke rangkaian perniagaan anda boleh digunakan untuk menyebarkan perisian hasad. Pastikan untuk mempertimbangkan komputer pejabat dan yang digunakan oleh pekerja di bawah dasar bawa-peranti-sendiri (BYOD), serta mana-mana PC luaran yang menyambung ke rangkaian pejabat melalui VPN.

Telefon bimbit

Telefon bimbit memerlukan perhatian khusus. Adalah berisiko untuk menyambungkan peranti peribadi ke rangkaian pejabat sebelum memasang antivirus mudah alih yang mempunyai kemas kini perisian terkini. Kakitangan yang menggunakan peranti peribadi mereka juga perlu menerima latihan sebagai sebahagian daripada dasar BYOD.

Peralatan pejabat

Bukan sahaja peranti mudah alih dan komputer yang berisiko. Pencetak, mesin faks, peranti pintar atau mana-mana peralatan yang bersambung ke rangkaian anda mungkin berpotensi mudah diserang dan perlu dilindungi.

Pelayan

Pelayan merupakan salah satu jenis endpoint yang lebih tradisional. Adalah amat penting untuk melindunginya kerana ia menyimpan atau memproses data perniagaan, e-mel dan dokumen perniagaan anda. Maklumat sensitif ini memerlukan lapisan keselamatan yang dikhususkan.

Adakah keselamatan titik akhir saya mencukupi?

Lihat senarai di bawah bagi kelemahan yang berpotensi dan tanya diri anda jika anda melakukan yang secukupnya untuk memastikan endpoint perniagaan anda terjamin daripada ancaman:

Sistem pengendalian

Adakah semua peranti dalam perniagaan anda menggunakan Windows XP atau kemudian dan adakah pelayannya versi 2003 atau lebih baharu? Versi lama mungkin belum menerima tampalan atau kemas kini untuk melindungi terhadap kecacatan keselamatan yang lebih baharu, yang bermaksud peranti anda akan menghadapi risiko yang lebih besar daripada perisian hasad.

Bilangan peranti

Adakah anda dapat mengawal semua peranti yang mengakses rangkaian anda? Anda sepatutnya dapat mengakses dan mengakses semua perkakasan mereka dengan kerap,

Program yang dikemas kini

Adakah semua aplikasi anda terkini dan bolehkah anda mengemas kini program dan perisian pada semua peranti yang disambungkan ke rangkaian anda? Versi perisian lama boleh mempunyai lubang keselamatan, kelemahan dan pepijat yang boleh dieksploitasi oleh penggodam. Ini sering diperbaiki dengan tampalan, sebab itulah anda sentiasa perlu mengemas kini semua perisian perniagaan anda.

Dasar pratakrif

Adakah anda mempunyai dasar keselamatan universal yang dipratakrif yang termasuk proses pelanggaran, kata laluan minimum, dan semakan sekuriti yang dikendalikan secara berpusat? Kawalan dan peraturan manual dan ad-hoc tidak mencukupi untuk memastikan keselamatan maksimum untuk perniagaan anda.

Memastikan telah dikemas kini

Adakah anda mengetahui perkembangan terkini keselamatan siber? Anda tidak perlu menjadi seorang pakar, tetapi keselamatan siber terus berkembang, bermakna sentiasa akan ada pembangunan baharu untuk dipelajari, sama ada untuk mempunyai pemahaman yang lebih baik tentang jenayah siber, atau sedia maklum tentang langkah-langkah keselamatan yang dipertingkatkan.

Soalan Lazim

Keperluan sistem

Apakah perbezaan di antara keselamatan rangkaian dan keselamatan titik akhir?

Seperti namanya, keselamatan titik akhir adalah mengenai memastikan proses, data perniagaan, dan maklumat sensitif yang disimpan terjamin atau diluluskan melalui peranti yang disambungkan ke rangkaian anda. Hanya setelah anda memastikan endpoint tersebut terjamin, yang merupakan bahagian yang paling mudah diserang bagi perniagaan anda, anda perlu berusaha untuk >melindungi rangkaian anda secara keseluruhan agar penjenayah siber dan perisian hasad tidak dapat masuk.

Adakah antivirus sama dengan keselamatan titik akhir?

Antivirus ialah istilah payung. Ia adalah satu program yang terdiri daripada pelbagai ciri yang masing-masing melindungi bahagian yang berbeza daripada peranti endpoint anda (e-mel, pelayar, fail dll.) Walau bagaimanapun, tidak semua produk antivirus mempunyai segala-galanya untuk melindungi sepenuhnya peranti anda. Oleh itu, perlindungan lebih lanjut diperlukan. Ini mungkin bermaksud menyediakan perlindungan pelayan tertentu, mengemas kini sistem operasi secara manual dan tugas tambahan lain.

Adakah keselamatan titik akhir berbeza untuk perniagaan dan pengguna?

Asas keselamatan titik akhir adalah sama untuk semua pengguna dan perniagaan. Tetapi, jenis dan struktur data yang dilindungi adalah berbeza. Perniagaan menyimpan bukan sahaja data mereka sendiri, tetapi juga maklumat sensitif mengenai pelanggan, pekerja dan perniagaan itu sendiri.

  • Sistem operasi Windows:
  • Produk Avast Business disokong oleh Perisian Avast s.r.o. pada edisi-edisi berikut: Windows 7 (Service Pack 1), Windows 8, Windows 8.1, Windows 10 – Windows 10 Pro, Windows 10 Education dan Windows 10 Enterprise. Produk Avast Business disokong pada cawangan perkhidmatan Windows 10 yang berikut – Cawangan Semasa (CB), Cawangan Semasa untuk Perniagaan (CBB), Cawangan Perkhidmatan Jangka Panjang (LTSB) dan akan disokong untuk sepanjang hayat aplikasi.
  • Sistem pengendalian Mac::
  • MacOS 10.9 (Mavericks atau lebih baharu dengan sekurang-kurangnya 500 MB ruang cakera kosong.)
  • Pelayan:
  • Windows Server 2016 (versi 64 bit)
  • Windows Server 2012 (versi 64 bit)
  • Windows Server 2008 R2 (versi 64 bit dengan Pek Khidmat terkini, kecuali Server Core Edition)
  • Microsoft Exchange Server 2016 (versi 64 bit)
  • Microsoft Exchange Server 2013 (versi 64 bit)
  • Microsoft Exchange Server 2010 Pek Khidmat 2 (versi 64 bit)
  • Perkakasan:
  • Intel Pentium 4 / AMD Athlon 64 CPU yang menyokong arahan SSE2, 256 MB+ RAM dan 2 GB ruang cakera keras.