Jimat 20% – tempoh yang terhad sahaja!
Lebih daripada sekadar antivirus, suite Avast Ultimate termasuk segalanya yang anda perlukan untuk memastikan semua komputer, telefon, dan tablet anda selamat, peribadi dan berfungsi dengan sebaiknya.
Avast Ultimate adalah segalanya yang anda perlukan untuk menjaga semua peranti anda dalam satu suite premium yang mudah. Dapatkan antivirus kami yang paling maju untuk menyekat semua perisian hasad, termasuk ransomware, VPN untuk privasi penuh dalam talian, alat pembersihan dan penalaan terbaik kami dan pengurus kata laluan.
Premium Security
SecureLine
VPN
Cleanup
Premium
Passwords
Premium
Perlindungan kami yang paling maju adalah pertahanan anda yang paling ringan dan kuat untuk menentang virus, ransomware, perisian intip, ancaman zero-second, kelemahan rangkaian Wi-Fi rumah dan bermacam-macam lagi. Lindungi semua telefon, komputer dan tablet anda dengan Avast Premium Security.
Pastikan segala yang anda lakukan dalam talian diperibadikan sepenuhnya dengan penyulitan gred bank VPN kami – melayari, bank, menghantar mesej dan membeli tanpa perlu risau tentang penggodam atau sesiapa sahaja yang melihat apa yang anda lakukan dalam talian atau mencuri data anda.
Hapuskan sarap dengan mudah untuk komputer atau telefon yang lebih bersih, pantas dan efisyen. Anda juga akan mendapat gambaran keseluruhan ringkas mengenai kesihatan peranti anda, penjagaan penyelenggaraan satu klik, penyingkiran perisian remeh dan banyak lagi.
*Produk ini tidak tersedia untuk iPhone atau iPad.
Urus akaun anda dengan satu kata laluan induk untuk log masuk yang lebih pantas dan selamat. Isikan butiran log masuk anda secara automatik dengan selamat dan segerakkannya pada peranti anda, dari telefon pintar hingga ke PC atau Mac anda*. Sekiranya kami menemui kebocoran kata laluan, anda akan diberitahu dengan serta-merta.
*Tersedia pada PC, Mac, Android dan iOS, tetapi ciri Premium adalah eksklusif untuk PC.
PC dengan Windows 10, 8.1, 8 atau 7 (kedua-dua versi 32 dan 64-bit, tidak termasuk edisi Starter dan RT), 1 GB RAM dan 2 GB ruang cakera keras.
Mac yang menjalankan macOS 10.10 (Mavericks) atau lebih baharu.
Telefon atau tablet Android yang menjalankan sistem pengendalian Google Android 5 (Lollipop, API 21) atau lebih tinggi.
iPhone, atau iPad yang menjalankan iOS 10.0 atau lebih tinggi.
Dan sambungan Internet untuk keselamatan dan kemas kini program automatik.
Lawati Pusat Sokongan kami untuk mendapatkan lebih banyak Soalan Lazim
Ringkas, mudah, dan komprehensif – pada jumlah yang kurang berbanding dengan harga yang diperlukan untuk membeli setiap aplikasi premium secara berasingan. Kami sudah kira.