Avast Free Antivirus untuk Windows 10
Lebih 435 juta pengguna di seluruh dunia mempercayai Avast. Dapatkan perlindungan terhadap virus dan perisian hasad kami yang percuma dan memenangi anugerah untuk Windows 10 sekarang.
Pada Mac? Muat turun ini
Pengguna Android? Klik di sini Muat turun ini
Menggunakan Windows 8.1? Muat turun ini
Menggunakan Windows 8? Muat turun ini
Menggunakan Windows 7? Muat turun ini
Menggunakan Windows XP? Muat turun ini
Menggunakan Windows Vista? Muat turun ini
Produk Keselamatan Luar Biasa
2021
Pilihan Editor PCMag
Dapatkan 10 antivirus Windows yang terbaik
Perlindungan yang melebihi daripada jangkaan
Windows 10 menyediakan perlindungan yang sangat asas. Avast Antivirus melindungi bukan sahaja PC anda, tetapi juga seluruh rangkaian rumah anda – dan ia disertakan dengan ciri-ciri lanjutan seperti
Pengemas Kini Perisian, Mod Jangan Ganggu dan banyak lagi.
Rakan kongsi rasmi Microsoft
Anda akan dilindungi daripada sebarang ancaman melalui gabungan Avast dan Microsoft ini. Apabila Microsoft menyokong Avast Antivirus pada semua mesin Windows 10, ia menghantar satu mesej yang jelas: kami dihormati kerana usaha yang kami lakukan. Itulah sebabnya pakar industri seperti PC Magazine dan PC Advisor juga memberi penilaian yang tinggi kepada kami.
Tidak melambatkan anda
Kami bangga dipanggil "Antivirus dengan impak terendah pada prestasi PC" oleh AV-Comparatives. Sama ada anda menggunakan PC anda untuk bermain atau bekerja, Avast memberikan perlindungan yang terbesar dalam pakej yang sekecil mungkin
Antivirus percuma yang memenangi anugerah untuk Windows 10
Avast telah memperoleh banyak anugerah, tetapi ganjaran yang terbaik ialah kesetiaan 435 juta pengguna kami. Kami gembira dapat berkhidmat kepada komuniti yang terbesar bagi mana-mana syarikat antivirus di dunia – kami teruja untuk terus melindungi anda apabila anda menaik taraf PC kepada Windows 10.
Perlindungan di seluruh dunia dan sepanjang masa
Kami bangga dapat melindungi jutaan PC Windows 10. Tetapi, anda tidak perlu mendengar kata-kata kami sahaja untuk membuktikannya. Lihatlah jumlah PC yang kami lindungi pada minggu ini sahaja:
Avast telah menghalang serangan virus pada PC Windows 10 pada minggu lepas.
Avast telah menghalang serangan virus pada PC Windows 10 di Amerika Syarikat pada minggu lepas sahaja.
PC Windows 10 di Amerika Syarikat berada pada kedudukan ketiga dalam senarai PC yang paling banyak diserang di dunia.
Bilangan serangan ke atas PC Windows 10 yang dihalang dalam tempoh 30 minggu yang lalu
Sudah memiliki Avast? Kami melindungi anda
Jika anda merancang untuk menaik taraf daripada versi Windows lama, seperti XP, Vista, 7, 8 atau 8.1, kami bersedia untuk memastikan PC Windows 10 baharu anda bebas daripada virus. Hanya pastikan anda menjalankan Avast versi terkini sebelum menaik taraf mesin anda dan apabila pemindahan kepada Windows 10 selesai, kami bersedia untuk melindungi PC anda dan semua kandungannya. Proses yang sama terpakai jika anda menaik taraf kepada Windows 11.
Keperluan Sistem
Syaratnya mudah sahaja untuk Avast melindungi mesin anda. Anda hanya memerlukan PC dengan 256 MB+ RAM dan 1.5 GB ruang cakera keras. Jika PC Windows 10 anda ada ciri tersebut (kemungkinan besar ada), anda bersedia untuk menggunakan Avast.
Orang ramai telah bersuara
Sangat bagus! Ia menyelamatkan saya daripada virus spion yang mencuri kata laluan saya!
Saya rasa terjamin dan mendapat ketenangan fikiran kerana mengetahui saya selamat. Terima kasih.
Hebat! Dalam masa kurang dari 30 hari menggunakan Avast, saya dapat rasakan hubungan kami akan berpanjangan! Tidak kelewatan, tiada perisian hasad dan tiada kelemahan secara umumnya, bagus!
Saya sudah menggunakan Avast sejak 2009… sejak itu saya tidak pernah menukar antivirus lain. Jangan percayakan cakap saya, cubalah & lihat sendiri…
Ini antivirus terbaik yang pernah dicipta!
Kami sudah menggunakan Avast lebih dari 10 tahun sekarang. Sangat mengagumkan anda boleh mendapatkan sesuatu yang sebaik ini secara percuma.
Sudah tentu antivirus & produk antiperisian hasad terbaik yang ada di pasaran. Saya mengesyorkannya kepada keluarga dan rakan saya!
Ini antivirus terbaik. Saya amat mengesyorkannya.
Program antivirus yang cemerlang. Saya sudah menggunakan program ini selama 5–6 tahun tanpa sebarang masalah.
Pujian untuk ciri terbaik yang Avast berikan. Antivirus kegemaran saya sepanjang masa.
Produk terbaik. Tidak pernah dijangkiti virus sejak saya menggunakannya beberapa tahun lalu.
Antivirus percuma terbaik, tanpa keraguan. Saya menggunakannya sejak 2006 hingga sekarang tanpa sebarang masalah atau dijangkiti virus pada komputer saya.
Antivirus terbaik untuk Windows 10.
Antivirus kegemaran saya kerana keselamatan tingginya dan tidak kelewatan. Terima kasih.
Anda mungkin masih tertanya-tanya…
Avast memberikan
antivirus percuma yang terbaik untuk Windows 10 dan melindungi anda daripada semua jenis perisian hasad. Untuk mendapatkan privasi dalam talian yang lengkap, gunakan
VPN untuk Windows 10 kami.
Keselamatan terbina dalam Windows 10 adalah keselamatan asas dan sering kali tidak mencukupi untuk melindungi anda daripada segala ancaman yang ada dalam talian. Namun begitu, Avast Free Antivirus dapat melakukan tugas itu dengan lebih baik dan boleh memberikan perlindungan penuh untuk PC anda tanpa menjejaskan prestasinya. Selain itu, kami menawarkan ciri yang tidak dimiliki oleh perlindungan terbina dalam anda, seperti pembuangan ransomware dan pengimbasan kit akar lanjutan.
Tidak. Penggodam dan pengatur cara perisian hasad sangat mengetahui tentang perisian antivirus terbina dalam, seperti Windows Defender dan mereka bentuk program mereka untuk berfungsi dengan perisian antivirus sedemikian. Selain itu, perisian terbina dalam kurang kerap dikemas kini berbanding perisian antivirus khusus, jadi ia tidak dapat melindungi anda daripada ancaman dalam talian yang terkini. Walaupun ia akan menawarkan perlindungan daripada bahaya tertentu, batasan Windows Defender bermaksud anda memerlukan Avast untuk mendapatkan perlindungan penuh yang terbaik.
Tidak sama sekali. Antivirus Windows Avast yang dinilai tertinggi direka bentuk daripada asas untuk menjadi perisian yang ringan dan mudah diakses, serta untuk melindungi PC anda tanpa menjejaskan prestasi komputer anda walau sedikit pun. Hanya pasang dan nikmati PC yang bebas daripada perisian hasad dan ancaman lain.
Lawati
Pusat Sokongan kami untuk mendapatkan lebih banyak Soalan Lazim