Lebih ringan, lebih berkuasa – dan benar-benar percuma
Dilengkapi dengan rangkaian pengesan ancaman yang terbesar, perlindungan virus pembelajaran mesin dan keselamatan rangkaian rumah yang tidak akan memperlahankan PC anda.
Avast diiktiraf oleh institut antiperisian hasad yang paling penting.
Diperakui memberikan 100% perlindungan terhadap ancaman hari 0.
Avast Free Antivirus mengimbas untuk keselamatan dan masalah prestasi serta memberitahu anda cara membetulkannya dengan serta-merta.
Ia melindungi anda secara masa nyata dengan menganalisis fail yang tidak diketahui sebelum anda mencapainya. Jadi bertenang: Dengan Avast, anda menjalankan antivirus yang paling dipercayai sekali.
Antara muka yang sangat intuitif, perlindungan aplikasi lanjutan, mod pasif baharu untuk menjalankan berbilang produk keselamatan secara selari – dan sesuatu yang istimewa untuk pemain permainan dan peminat filem.
Ransomware telah menjadi perisian hasad yang paling biasa – dan berbahaya – di luar sana. Avast Free Antivirus melindungi peranti anda daripada ransomware yang menyebabkan kerosakan supaya anda tidak menjadi mangsa pemerasan digital.
Kami telah menukar nama Mod Permainan dan memberikan teknik baharu. Kini dipanggil Mod Jangan Ganggu, ia menyekat tetingkap timbul yang mengganggu sama ada anda sedang bermain permainan, menonton filem atau membuat pembentangan dalam skrin penuh.
Kami bukan sekadar menyemak aplikasi anda untuk perisian hasad. Kini, kami memerhatikan kelakuannya untuk memastikan ia tidak menjadi berbahaya.
Di samping ciri terkini kami, ia meliputi pengesanan ancaman pintar dan perlindungan masa nyata penting yang sangat ringan pada PC anda, sehingga anda tidak sedar ia sedang berjalan.
Kesan dan sekat virus, perisian berbahaya, perisian intip, ransomware dan pemancingan data. Kami menggunakan analisis pintar untuk menghentikan ancaman sebelum ia menjejaskan anda.
Hantar fail yang mencurigakan secara automatik untuk dianalisis di awan dan hantarkan penawarnya kepada semua pengguna Avast jika ia merupakan ancaman.
Kesan kelemahan secara automatik dalam Wi-Fi rumah anda dan orang asing yang menggunakan rangkaian anda.
Cari semua kelemahan yang membolehkan perisian berbahaya menyelinap masuk, daripada tetapan yang tidak selamat dan kata laluan hingga ke tambahan yang mencurigakan dan perisian lapuk.
Tetapi, jangan terima kata-kata kami sahaja.
Kami tidak mendesak. Anda hanya perlukan PC dengan Windows 10, 8.1, 8 atau 7*, 1 GB RAM dan 2 GB ruang cakera keras. Itu sahaja.
* Kedua-dua versi 32- dan 64-bit, tidak termasuk edisi Starter dan RT.
Serasi dengan Windows 10
Klik fail ini untuk mula
memasang Avast
Ikut 3 langkah mudah ini untuk melengkapkan pemasangan Avast anda
Perhatian: Jika muat turun anda tidak bermula secara automatik, sila klik di sini.
Klik fail yang dimuat turun di
sudut kanan sebelah atas skrin anda.
Klik "Ya" pada tetingkap dialog sistem untuk meluluskan permulaan pemasangan Avast anda.
Klik butang dalam tetingkap pemasang
untuk memulakan pemasangan.
Perlukan bantuan? Sila hubungi 855-745-3255