Skrol ke bawah

Memintas kepintaran e-mel pemancingan data

Kebanyakan spam hanya menjengkelkan dan memenuhi peti masuk anda. Tetapi, spam lain boleh berniat jahat, memerangkap anda dengan teknik pemancingan data.

Apakah risikonya?

Spam memenuhi dan menyemakkan e-mel anda, mengganggu e-mel yang benar-benar penting untuk anda. Ia juga boleh digunakan untuk memancing data peribadi atau menarik anda ke laman berniat jahat yang boleh menjangkiti komputer anda.

Bagaimanakah penggodam boleh mencuri data saya?

Penggodam menggunakan spam sebagai cara untuk menarik anda ke laman berniat jahat atau kepada penipuan kewangan. Kami memastikan Antispam menapis dan melabelkan sebarang spam dalam aplikasi e-mel anda, supaya anda tidak perlu membuang masa cuba memastikan peti masuk anda bersih dan selamat.

Menapis spam

Kedua-dua Avast Internet Security dan Avast Premier disertakan dengan Antispam yang dipasang, jadi anda boleh kekal selamat daripada pemancingan data dan tidak perlu membuang masa dengan e-mel remeh.

Adakah Avast Premier atau Avast Internet Security sudah melindungi PC anda? Maka Antispam kami sudah pun mengasing-asingkan e-mel anda dengan mudah. Jika anda rasa ingin menggunakan tetapan lanjutan, buka Avast anda, pergi ke Tetapan, klik pada Perlindungan aktif, cari Antispam dan kemudian klik Suaikan.

Belum memiliki Avast?