Kami boleh membantu anda memantau maklumat dalam talian sensitif untuk kemungkinan pencerobohan dan kebocoran data, walaupun di web tertutup. Selain itu, anda mendapat sokongan pakar kami pada bila-bila masa anda memerlukannya.
Bantu untuk melindungi maklumat peribadi dan ketahui perkara yang perlu dilakukan jika privasi anda diserang:
Lindungi privasi anda dengan memilih untuk menarik diri daripada pengiklanan disasarkan. Ciri Tarik Diri Daripada Iklan kami menghentikan pengiklan daripada menjejaki anda, mengumpulkan data anda dan membina profil berdasarkan aktiviti anda.
Papan pemuka BreachGuard menunjukkan markah privasi anda supaya anda dapat memahami dengan mudah tahap privasi anda dan mengambil tindakan untuk memperbaikinya.
Langganan ialah komitmen daripada Avast kepada anda, pelanggan kami, bahawa kami akan sentiasa berusaha untuk melindungi, mengoptimum dan menyambungkan anda secara maya sebagai pertukaran untuk yuran tahunan yang kami bilkan ke kad bank atau akaun PayPal anda. Yuran langganan anda membolehkan Avast menyokong anda dengan perkhidmatan yang anda pilih untuk langgan sehingga andaĀ membatalkan langganan anda. Jika langganan anda telah tamat tempoh, kami boleh membantu andaĀ di sini.
Tempoh pilihan yang anda bayar diukur dalam bulan dan mungkin satu bulan, satu tahun atau beberapa tahun lamanya, bergantung pada langganan perkhidmatan yang anda pilih daripada Avast. Pada hujung tempoh dipilih yang anda telah bayar,Ā Avast akan secara automatik mengecaj butiran pembayaran yang anda simpanĀ untuk anda bagi memastikan perkhidmatan berterusan dan tanpa gangguan.
Yuran untuk tempoh langganan seterusnya akan dicaj pada harga semasa yang diterbitkan ketika itu. Yuran akan dicaj ke butiran pembayaran yang anda simpan sehingga 35 hari sebelum ulang tahun langganan Avast anda. Yuran ini tertakluk pada perubahan. Untuk langganan tahunan, kami akan memaklumkan anda sehingga 65 hari lebih awal daripada ulang tahun langganan anda bagi mengingatkan anda tentang ulang tahun serta yuran langganan yang akan dibilkan untuk tempoh berikutnya.
Produk Avast dijual sebagai langganan berterusan, istilah yang digunakan untuk menghuraikan sokongan tanpa gangguan yang kami berikan kepada anda melalui perisian kami selama tempoh langganan anda. Ini bermaksud bahawa langganan anda adalah berterusan tanpa gangguan kecuali anda membatalkannya secara manual sebelum tarikh pengebilan seterusnya atau sekiranya kami tidak dapat mengecaj butiran pembayaran yang anda simpan apabila perlu dibayar. Kami mengamalkan konsep langganan berterusan ini untuk memastikan perkhidmatan anda tidak pernah terganggu dan anda terus mendapat manfaat daripada tawaran perkhidmatan kami.
Avast menawarkanĀ banyak perkhidmatan yang berbeza kepada andaĀ yang boleh dilanggan secara tahunan dan kami sering memberikan diskaun tahun pertama bagi langganan tersebut untuk lebih memudahkan anda mendaftar dengan kami dan menikmati perkhidmatan kami yang terkemuka di pasaran. Ini bermaksud bahawa tempoh pembayaran pertama anda mungkin diberikan diskaun berbanding tempoh berikutnya, perbezaan harga yang kami jelaskan kepada anda semasa anda kali pertama memilih untuk melanggan perkhidmatan kami. Sebelum ulang tahun langganan anda, kami menyampaikan yuran tempoh pembayaran seterusnya melalui peringatan pengebilan.
Avast hanya menghantar bil melalui kaedah pembayaran yang anda simpan dan tiada cara pengebilan lain untuk perkhidmatan Avast yang sedang berjalan. Ini bermaksud bahawa anda bertanggungjawab untuk bersetuju menyimpan kaedah pembayaran anda sendiri semasa pembelian pertama dan mengekalkan ia dikemas kini bagi memastikan bahawa perkhidmatan anda kekal tidak diganggu sepanjang tempoh langganan dan perhubungan dengan kami. Anda boleh membatalkan langganan anda melalui Akaun Avast yang dipautkan ke alamat e-mel yang anda berikan semasa pembelian langganan. Sila lawatiĀ di siniĀ untuk maklumat dan arahan lanjut tentang cara melakukannya.
Anda boleh memohon bayaran balik dengan menghubungi Sokongan Pelanggan AvastĀ di siniĀ dalam masa 30 hari daripada langganan asal anda atau ulang tahun langganan anda. Untuk lebih banyak maklumat umum berkenaan Langganan dan Pembaharuan, bacaĀ di sini.
Walaupun kami sangat mengambil serius soal komitmen kami kepada anda, kami juga bergantung kepada anda untuk mendaftar atau memuat turun, memasang dan mengemas kini perisian kami dengan kerap. Ini penting kerana kami terus menambah baik dan mengembangkan perkhidmatan yang telah anda langgan dan kami berharap anda terus mendapat manfaat daripada usaha kami bagi pihak anda. Penambahbaikan dan pengembangan yang berterusan ini kekal tertakluk pada EULA Avast, yang boleh anda dapatiĀ di siniĀ untuk dibaca.