Kami menyokong pelayar, bukan dinosaur. Sila kemas kini pelayar anda jika anda ingin melihat kandungan laman web ini dengan betul.

Avast Cleanup Premium untuk Mac

Setiap Mac perlu dibersihkan. Setiap hari

Jadikan Mac anda berprestasi seperti baru:
Bersihkan sarap untuk mendapatkan lebih ruang storan.
Nikmati prestasi Mac yang lebih pantas.
Bersihkan pelayar anda untuk lebih privasi.
Jaminan wang dikembalikan 30 hari
Juga tersedia untuk PC dan Android

Berjalan dengan ruang yang sedikit?
Keluarkan sampah digital

Apabila ruang cakera semakin berkurangan, jangan hapuskan fail anda yang berharga. Avast Cleanup Premium untuk Mac mengimbas cakera keras anda untuk mengesan fail sarap yang tersembunyi, mencari pendua yang tidak pernah anda ketahui dan memastikan Mac anda berjalan dengan lancar.

Hapuskan Aplikasi Membazir.
Bebas jejak.

Penyahpasang kami yang serba baharu mengesan semua saki-baki data dan menyahpasangnya secara menyeluruh. Kami mengesan aplikasi yang sudah lama tidak digunakan dan aplikasi yang banyak menggunakan ruang pada cakera anda.

Penghapusan menyeluruh

Walaupun selepas anda menyahpasang aplikasi, aplikasi ini boleh meninggalkan data. Penyahpasang Aplikasi kami mengalih keluar semua data aplikasi yang membazir dengan selamat, termasuk:

Keutamaan: Fail yang mengandungi tetapan aplikasi yang tidak diingini.
Data sementara: Fail yang aplikasi perlukan semasa berjalan.
Keadaan simpanan: Data yang diperlukan untuk ciri "Resume" macOS anda.
Bekas: Fail teras aplikasi anda.

Besar & lama

Aplikasi yang tidak digunakan boleh menyebabkan kitaran pemproses yang membazir, menghabiskan memori dan memenuhkan cakera keras anda. Penyahpasang Aplikasi kami mengimbas MacBook atau iMac anda untuk mengesan aplikasi lama dan aplikasi yang banyak menggunakan ruang – dan membolehkan anda menghapuskannya dengan selamat tanpa meninggalkan saki-baki fail!

Ribuan fail sarap. Dihapuskan dengan satu klik

Dalam kedalaman pemacu keras anda yang tersembunyi, macOS dan aplikasi anda mencipta ribuan fail sementara dan data cache yang diperlukan untuk berfungsi – kemudian lupa hendak menghapuskannya. Di sinilah Avast Cleanup Premium untuk Mac menjalankan tugasnya. Kami melakukan imbasan mendalam pada Mac anda dan menghapuskan fail yang tidak diperlukan lagi.

Perkara yang kami bersihkan:

Laporan ranap dan fail sarap
MacOS dan aplikasi pihak ke-3 mencipta fail sementara yang tidak begitu kritikal secara automatik tetapi membazirkan banyak ruang cakera. Fail ini termasuk saki-baki data daripada aplikasi yang mungkin telah dinyahpasang lama dahulu atau program seperti Xcode atau Safari.
Cache pelayar
Pelayar Safari®, Chrome® dan Firefox® menyimpan fail sementara dan kuki yang tidak kritikal dalam folder cache. Memadamkan cache ini bukan sahaja dapat mengosongkan ruang pemacu tetapi dapat membantu melindungi privasi anda.
Fail log
Aplikasi mencipta log untuk merekodkan operasi biasa atau sebab aplikasi menjadi ranap. Dalam kebanyakan kes, anda tidak memerlukannya, maka mengapa perlu menyimpannya?
Sampah
Membuang fail tidak menghapuskannya. Hapuskan fail yang telah dilupakan dalam tong kitar semula macOS anda.
Muat Turun
Masih ingat satu foto anda di sekolah menengah dengan potongan rambut yang buruk yang anda muat turun daripada Facebook orang lain 4 tahun lalu? Ya, foto itu masih ada…
Sarap Pemacu Luaran
Fail sistem yang ditambahkan oleh macOS pada fail luaran yang diformatkan untuk sistem pengendalian lain. Fail ini boleh dihapuskan dengan selamat untuk mengosongkan ruang.

Bersihkan pustaka foto anda

Imbas seluruh galeri foto anda untuk mencari dan membersihkan:

Foto serupa
Kami mencari semua foto yang kelihatan (atau hampir) serupa, memilih foto yang kami rasa paling baik dan memudahkan pemadaman foto lain.
Foto teruk
Kami akan mencari sebarang foto dalam galeri yang kurang (atau terlebih) dedahan dan kabur supaya anda boleh menghapuskannya dengan cepat berbanding anda mencarinya secara manual.

Anda yang menentukan bahan yang hendak disimpan dan yang hendak dihapuskan.

Perangi klon dan menang setiap kali

Bekerja dengan dokumen, foto, video atau muat turun yang banyak? Maka, anda mesti sudah tahu semuanya tentang fail pendua yang sukar dicari yang berserak di seluruh cakera anda. Kawal Mac anda: cari semua fail pendua anda dan hapuskan fail yang tidak diperlukan.

Pembersih Pelayar

Pelayar anda boleh merekodkan butiran aktiviti dalam talian dan data peribadi anda yang ditemui dalam kuki, sejarah pelayaran. log masuk atau cache. Tetapkan pembersihan automatik sejarah pelayaran Mac anda dijalankan sekerap yang anda pilih dan ingat – semakin banyak anda membersihkan pelayar anda, semakin peribadi dan selamat data anda nanti.

Anda berpendapat Mac bebas serakan? Fikirkan semula

Kajian kami menunjukkan bahawa purata pengguna mempunyai:

Kini mengandungi alat untuk meningkatkan PC & Android anda

Avast Cleanup untuk PC

Senjata canggih kami untuk menyelenggara, meningkatkan kelajuan, membersihkan dan menyelesaikan masalah komputer riba atau desktop PC Windows anda. Mengandungi teknologi yang dipatenkan untuk mengembalikan PC anda seperti Hari Pertama.

Avast Cleanup untuk Android

Mengesan saki-baki data, aplikasi yang menyusutkan bateri yang tersembunyi dan membantu anda mengatur telefon anda. Kami juga mengesan foto yang kabur dan buruk untuk anda hapuskan! Dapatkan lebih kelajuan, ruang dan kawalan dalam beberapa ketikan.

Soalan Lazim

Keperluan sistem

Kami tidak mendesak. Anda hanya perlukan Mac yang menjalankan macOS 10.12 (Sierra) atau lebih baharu dengan sekurang-kurangnya 68 MB ruang cakera.
Sambungan Internet juga diperlukan untuk kemas kini automatik.
Avast Cleanup Premium untuk Mac

Bersihkan Mac anda dengan menyeluruh. Setiap hari

Jadikan Mac anda berprestasi seperti baru:
Bersihkan sarap untuk mendapatkan lebih ruang storan.
Nikmati prestasi Mac yang lebih pantas.
Bersihkan pelayar anda untuk lebih privasi.
Jaminan wang dikembalikan 30 hari
Tutup

Hampir selesai!

Lengkapkan pemasangan dengan mengklik fail yang anda muat turun di bawah dan mengikut arahan.

Memulakan muat turun ...
Perhatian: Jika muat turun anda tidak bermula secara automatik, sila klik di sini.
Klik fail ini untuk mula memasang Avast.
Klik fail ini untuk mula memasang Avast