Kami menyokong pelayar, bukan dinosaur. Sila kemas kini pelayar anda jika anda ingin melihat kandungan laman web ini dengan betul.

Bayangkan dunia yang lebih dipercayai iaitu anda mempunyai kawalan penuh ke atas identiti digital anda. Inilah masa hadapan yang sedang kami bina

~ Charles Walton
Naib Presiden Kanan & Pengurus Besar

Charles Walton

Tahukah anda di mana identiti digital anda wujud?

Kebanyakan daripada kita akan menghadapi kesukaran untuk menyenaraikan semua tempat penyimpanan data peribadi kami dalam talian. Secara purata, kami mengurus lebih 150 akaun dan kata laluan, dengan segala-galanya daripada maklumat kewangan hingga rekod kesihatan sensitif yang wujud dalam pangkalan data yang tidak terkira banyaknya di seluruh dunia. Pencerobohan data telah menjadi semakin biasa dan mahal, dan akibatnya penipuan identiti semakin meningkat.

Ini perlu diubah.

Identiti digital anda. Di tangan anda sendiri

Avast membayangkan masa hadapan iaitu kami mempunyai kawalan ke atas data kami dan boleh menavigasi dunia digital kami dengan yakin. Pada masa hadapan, pembuktian diri kita adalah seringkas dunia fizikal; iaitu kita boleh mengesahkan dan mempercayai individu di hujung talian panggilan telefon atau interaksi digital; dan kita tahu bahawa data kita akan sentiasa selamat, peribadi dan dilindungi.

Komitmen kami kepada anda

Dunia dalam talian hari ini memerlukan kita berkongsi maklumat peribadi kita dengan tapak web, aplikasi dan perkhidmatan digital yang tidak terkira banyaknya. Semakin banyak kita terlibat, semakin tinggi kemungkinan kita untuk mengakses dan menerokai pengalaman dalam talian yang baharu. Tetapi untuk berbuat demikian, kami kerap berkongsi maklumat peribadi kami dengan sedikit kawalan terhadap cara atau tempat ia digunakan. Kami kekurangan rangka kerja kepercayaan digital untuk interaksi kita.

Avast percaya semua orang berhak untuk menggunakan Internet dengan keyakinan bahawa data mereka adalah selamat, peribadi dan berada di bawah kawalan mereka. Dibina menggunakan prinsip Privasi mengikut Reka Bentuk, perkhidmatan kepercayaan digital kami melindungi maklumat peribadi anda dengan cara yang tiada sesiapa, walau kami sekalipun, yang boleh melihat atau menggunakannya tanpa persetujuan anda. Dengan menyediakan alat untuk membantu orang ramai menyedari kebebasan digital mereka, kami memperkasa diri mereka untuk membuat keputusan sendiri tentang sesuatu yang mereka kongsi dalam talian dan dengan siapa mereka kongsikannya.

Prinsip kepercayaan digital Avast

Prinsip ini membimbing keputusan kami semasa kami membina dan mereka bentuk perkhidmatan yang meletakkan anda sebagai terasnya. Ia hak anda untuk mempunyai kawalan penuh ke atas identiti digital anda. Penyelesaian kami dilaksanakan dalam prinsip Privasi Mengikut Reka Bentuk untuk memastikan bahawa anda, dan hanya anda yang boleh mengakses data identiti anda.
Berpaksikan pengguna
Anda mempunyai kawalan sepenuhnya ke atas data identiti anda. Tiada sesiapa yang perlu mengorbankan privasi mereka untuk mendapatkan akses kepada perkhidmatan dalam talian.
Ringkas
Menggunakan data anda dalam talian sepatutnya ringkas dan intuitif. Penyelesaian kami akan dibina agar sesuai dengan cara kehidupan anda.
Ekosistem agnostik
Perkhidmatan kami adalah bebas dan agnostik. Segala-galanya yang kami bina akan berfungsi pada sebarang kombinasi peranti, ekosistem dan platform.
Percuma untuk pengguna
Kami percaya semua orang harus mempunyai akses percuma kepada alat yang memperkasa diri mereka untuk mengawal data dan identiti mereka.
Inklusif dan boleh diakses
Penyelesaian yang sedang kami bangunkan adalah untuk semua orang, termasuk 1 bilion pengguna yang buat masa ini tidak dikenali dengan identiti yang sah.
Boleh saling operasi
Penyelesaian yang sedang kami bina mesti berfungsi dengan lancar walau di mana anda berada di peringkat global dan terpakai pada semua jenis kes penggunaan.
Terbuka dan standard
Kami bekerjasama dengan rakan kongsi teknologi yang terbaik di seluruh dunia dan mereka bentuk untuk membuka standard industri bagi membina penyelesaian yang berskala besar.
Mudah alih
Anda harus mampu berkongsi data anda dengan sesiapa sahaja, di mana-mana sahaja – mengikut kemahuan anda. Ia tidak sepatutnya dikunci dalam beberapa silo atau pangkalan data terpusat.
Dapat Ditentusahkan
Ia tidak mencukupi yang data kami adalah peribadi dan selamat. Untuk mendayakan kebebasan digital sebenar, ia juga mesti dipercayai, disahkan dan kalis ubah suai.

Mengubah cara kita hidup, bekerja dan bermain

Bayangkan pengalaman membeli-belah yang lebih laju dan selamat, iaitu anda akan membayar perkhidmatan menggunakan identiti anda sendiri yang dapat ditentusahkan dengan segera. Penyelesaian identiti digital mempunyai kuasa untuk mengubah kehidupan harian kami – menjadikan interaksi dalam talian kami lebih mudah, peribadi dan selamat.

Daripada membeli-belah hingga melancong, memohon akaun bank, membeli rumah, mengesahkan status pelajar atau pencen anda, dan banyak lagi. Bukan sahaja anda akan dapat membuktikan diri anda dengan segera, pada semua perkhidmatan – anda juga akan dapat mengesahkan dan mempercayai kesahan perkhidmatan tersebut.

Mari bercakap tentang cara penyelesaian identiti digital boleh mengubah perniagaan anda

Isikan borang di bawah dan kami akan menghubungi anda melalui e-mel dengan secepat mungkin.

Soalan Lazim kepercayaan digital Avast

Tutup

Hampir selesai!

Lengkapkan pemasangan dengan mengklik fail yang anda muat turun dan mengikut arahan.

Memulakan muat turun ...
Perhatian: Jika muat turun anda tidak bermula secara automatik, sila klik di sini.
Klik fail ini untuk mula memasang Avast.