Avast Cleanup Premium
PC TuneUp yang unggul. Tingkatkan kelajuan dan bersihkan PC anda, kemas kini aplikasi anda dan baiki masalah yang mengganggu

Tingkatkan kelajuan, tala dan lonjakkan prestasi PC anda

Matikan aplikasi
Mengalih keluar bloatware dan program yang telah dilupakan
Menyahfragmen dan mengoptimumkan cakera keras anda
Apakah yang memperlahankan saya?
Lebih banyak program yang anda pasang dan gunakan, PC anda akan menjadi lebih perlahan untuk tiga punca utama.
Tingkatkan kelajuan dengan Mod Tidur
Proses penalaan kami mengesan proses yang menjejaskan prestasi dan menghentikannya untuk anda tanpa menyahpasang program atau mengganggu PC anda
Masa untuk tidur
Bangun
… dan kembali tidur
Lebih banyak program yang ditidurkan, akan kurang program yang berjalan di latar belakang dan komputer anda akan menjadi lebih pantas.
Pembuangan program sarap dan bloatware

Mengenal pasti bloatware dan program yang telah lama dilupakan
PC anda boleh diperlahankan oleh program yang sudah lama tidak digunakan atau yang tidak pernah anda mahukan – versi percubaan, bar alat yang tidak diingini atau perisian yang diprapasang. Ini satu pembaziran ruang dan kelajuan serta mungkin juga risiko keselamatan. Ciri Pembersihan Perisian kami yang baharu menyingkirkan semuanya buat selama-lamanya.
Bersihkan semuanya
Tidak perlu lagi meneka program yang tidak diperlukan dengan sistem pengesanan reputasi dan program yang tidak diperlukan kami yang berasaskan awan. Jika anda takut untuk menyahpasang, kami boleh meletakkan fail itu dalam kuarantin buat sementara waktu sehingga anda membuat keputusan.
Nyahfragmen & jaga cakera keras anda

Peningkatan yang unggul untuk HDD anda
Nyahfragmen ialah faktor utama dalam prestasi PC: Ini ialah proses menyusun semula fail pada cakera keras untuk akses yang lebih pantas. Anda akan menikmati masa permulaan yang lebih pantas, kurang memuat dan prestasi yang lebih pantas secara keseluruhan.
Menjaga SSD anda
PC yang lebih baharu dilengkapi dengan storan berasaskan kilat yang amat pantas (Pemacu Keadaan Pepejal, SSD) yang tidak perlu dinyahfragmen. Defrag kami mengesan SSD dan memanjangkan kesihatannya.

Berikan PC anda pembersihan yang sewajarnya

Membersihkan pelayar anda
Singkirkan pemalam dan bar alat yang tidak dikehendaki
Mengosongkan ruang
Buang serakan harian
Anda menggunakan PC setiap hari, ia menjadi berserak dengan saki-baki fail daripada Windows, program anda atau daripada pelayaran web. Kami ada penawarnya.

Baiki masalah PC anda

Penyelenggaraan automatik
Membersihkan daftaran
Membersihkan pelayar
Membaiki ralat cakera keras
Penyelenggaraan Automatik
PC anda mengumpulkan terlalu banyak data yang membazir setiap hari. Tetapi kami melindungi anda. Penyelenggaraan Automatik kami mengalih keluar fail sarap ini dengan kerap untuk anda. Secara automatik.
Disk Doctor
Dari semasa ke semasa, struktur fail dan folder cakera keras anda mungkin menjadi rosak, menyebabkan kehilangan data dan ranap sistem. Disk Doctor kami menghalang ralat dan merawat cakera anda sepanjang masa. Ini perkara yang kami periksa dan baiki:

Kemas kini program anda secara automatik

Untuk mengelakkan risiko keselamatan
Untuk membaiki pepijat
Untuk mendapatkan ciri terkini
Mengapakah saya perlukan kemas kini perisian?
Kemas kini perisian boleh menjadi amat penting untuk memastikan PC anda dapat berjalan dengan lancar dan selamat. Berikut ialah sebab anda tidak harus mengabaikannya.
Pengoptimum dan kit alat penalaan PC yang paling menyeluruh
Avast Cleanup mengandungi semua yang anda perlukan untuk menala PC anda:
Mod Tidur
Pembersih Pintasan
Penyelenggaraan Automatik
Pembersih Cakera
Pembersih Daftaran
Pembersih Pelayar
Menala Papan Pemuka dan Pusat Tindakan
Pembuangan Bloatware
Kemas kini automatik
Disk Defrag dan Optimumkan
Disk Doctor
Mari bercakap tentang nombor
Keluaran Avast Cleanup 2019 kami telah melebihi jangkaan dalam ujian dalaman kami. Ini adalah bilangan rasmi yang menarik untuk semua penggemar data seperti anda. (Kertas putih lengkap akan datang!)
89s Sebelum
18s Selepas
7,990mata Sebelum
10 421mata Selepas
80GB Sebelum
151GB Selepas
*Keputusan daripada makmal ujian kami adalah sebagai petunjuk sahaja. Keputusan anda mungkin berbeza.
Kini mengandungi alat untuk meningkatkan Mac & Android anda

Avast Cleanup untuk Mac
Anda berpendapat Mac bersih? Fikir sekali lagi. Cleanup untuk Mac kami membantu anda mengesan fail sarap yang tersembunyi, fail besar mahupun foto yang kabur atau pendua. BAHARU untuk 2020: Penyahpasang aplikasi kami membuang aplikasi & saki-baki fail dalam beberapa klik.

Avast Cleanup untuk Android
Mengesan saki-baki data, aplikasi yang menyusutkan bateri yang tersembunyi dan membantu anda mengatur telefon anda. Kami juga mengesan foto yang kabur dan buruk untuk anda hapuskan! Dapatkan lebih kelajuan, ruang dan kawalan dalam beberapa ketikan.
Soalan Lazim
Walaupun Avast Cleanup Premium boleh digunakan bersama dengan antivirus untuk memastikan prestasi PC anda berada pada tahap terbaik, Cleanup sebenarnya tidak melindungi peranti anda daripada virus, ransomware atau perisian hasad lain. Sebaliknya, Avast Cleanup Premium mencari fail tidak berbahaya yang mencuri ruang yang tidak melakukan apa-apa untuk PC anda dan menghapuskannya. Walaupun ini dapat meningkatkan prestasi PC anda, "fail sarap" ini tidak berniat jahat secara aktif, dan oleh itu tidak dianggap sebagai perisian hasad.
Sekiranya anda mencari antivirus, kami mengesyorkan Avast Free Antivirus sebagai alat keselamatan yang kuat dan ringan yang akan memastikan anda selamat tanpa memperlahankan PC anda.
Namun, kami yakin dengan dakwaan kami. Kami mendapat kedudukan tinggi berdasarkan ulasan daripada sebilangan tapak web bebas, seperti Fossbytes dan DigitalGuyde, dan kami menikmati penilaian tinggi daripada orang lain seperti anda di tapak web ulasan pengguna seperti G2. Avast Cleanup Premium adalah salah satu pembersih PC yang paling dipercayai, kerana ia dijalankan dan dikendalikan oleh salah satu syarikat keselamatan siber tertua dan paling dipercayai di dunia. Dan ciri kami yang pelbagai, seperti alat pembuangan bloatware kami dan reka bentuk yang mudah digunakan memastikan bahawa kami akan dapat membantu anda dengan semua keperluan pembersihan PC anda.
Ini disebabkan ia direka oleh Avast, salah satu nama yang tertua dan paling dipercayai di dunia keselamatan siber. Kami telah menggunakan semua pengetahuan dan pengalaman teknikal kami untuk memastikan bahawa produk ini bukan sahaja tidak berbahaya, tetapi tidak akan menghapuskan sebarang fail yang anda suka atau masih gunakan. Kami juga memastikan perisian ini sentiasa dikemas kini untuk memastikan ia berjalan pada tahap yang terbaik dan dapat memberikan perlindungan kepada sistem anda.
Avast Cleanup Premium meningkatkan prestasi PC dalam beberapa cara: pertama, ia mencari dan memusnahkan fail sarap yang mengambil ruang di PC anda. Kedua, ia boleh menidurkan proses yang tidak digunakan supaya proses ini tidak mencuri kuasa pemprosesan PC anda, oleh itu, akan meningkatkan kelajuan PC anda. Ketiga, ia akan melakukan nyahfragmen kepada cakera keras anda, yang akan menghalang ranap sistem dan pembekuan. Keempat, peisian ini meningkatkan kelajuan but PC anda, oleh itu, anda boleh memulakan dengan lebih pantas. Dan akhir sekali, pembersih pelayar terbina dalam Avast Cleanup Premium memastikan bahawa pelayaran anda tidak diperlahankan oleh kuki atau cache yang berlebihan.
Sekiranya anda mencari cara lain untuk melajukan PC anda, kami boleh membantu juga.
Anda hanya perlu pergi ke halaman percubaan percuma Avast Cleanup Premium kami dan muat turun produk. Kami akan meminta maklumat pembayaran anda sebelum muat turun dimulakan, tetapi anda tidak akan dikenakan sebarang bayaran selama 30 hari. Selepas 30 hari, jika anda tidak membatalkan percubaan, anda akan dikenakan bayaran secara automatik untuk Avast Cleanup Premium selama setahun.