Avast Threat Intelligence

Dapatkan kebolehlihatan masa nyata tentang sebarang ancaman keselamatan global kepada organisasi anda dengan Avast Threat Intelligence.

Threat Intelligence Rakan Kongsi

Menangani ancaman keselamatan yang sering berubah merupakan cabaran sebenar bagi syarikat pada masa kini. Dapatkan perlindungan masa nyata dan pengawasan keselamatan yang anda perlukan untuk menghalang dan menguruskan ancaman siber secara besar-besaran, dan semuanya di satu tempat, dengan penyelesaian Avast Threat Intelligence — dibina pada rangkaian pengesanan ancaman yang terbesar dan paling maju di dunia.

Akaun Pengguna

435J+

pengguna

Data diperoleh daripada lebih 435J pengguna Avast di seluruh dunia.

Akaun Pengguna

300B+

url

Lebih 300B URL disemak dan lebih 200J fail diimbas untuk mengesan ancaman setiap bulan.

serangan

1.5B

serangan

Avast menyekat 1.5B serangan setiap bulan.

Sebab anda memerlukan Avast Threat Intelligence

Rangkaian pengesanan ancaman terbesar di dunia
Rangkaian pengesanan ancaman terbesar di dunia
Dengan enam kali lebih ramai pengguna PC berbanding pesaing terdekat, akses Avast kepada sejumlah besar data keselamatan bermaksud kami mempunyai rangkaian pengesanan ancaman global yang terbesar dan paling maju.
Infrastruktur pengesanan ancaman yang canggih
Infrastruktur pengesanan ancaman yang canggih
Kami menggabungkan data yang luas dengan seni bina pencegahan dan pengesanan ancaman lanjutan berbilang lapisan untuk mengenal pasti ancaman dan memaklumkan seluruh rangkaian dalam beberapa saat.
Pasukan pemenang anugerah yang khusus dalam AI/ML
Pasukan pemenang anugerah yang khusus dalam AI/ML
Avast Threat Intelligence menggunakan teknologi dipatenkan yang dibina oleh pasukan penyelidikan pemenang anugerah kami, menggunakan teknologi tahap baru untuk memberi anda kebolehpercayaan dan cerapan yang tiada bandingannya.

Akses suapan data ancaman yang kuat dan API Avast

suapan data

Suapan data

Suapan Pemancingan Data

Terima senarai URL pemancingan data yang boleh anda sekat atau gunakan untuk memberikan amaran kepada pengguna atau peranti yang dihalakan ke tapak web tersebut.

Suapan Senarai Sekat

Lihat IP atau URL yang harus disekat atau diberi amaran. IP atau URL ini mewakili C&C, get laluan pengekstrakan data, penipuan sokongan teknikal, tarahan web, penipuan, kit eksploitasi dan IoC pengiklanan hasad.

Suapan Prevalens CVE

Dapatkan ringkasan eksploitasi CVE yang diperhatikan daripada perisian hasad yang dikumpulkan oleh Avast.

API berdasarkan permintaan

API berdasarkan permintaan

API Reputasi Fail

Lihat reputasi fail daripada cincangan yang diserahkan.

API Maklumat URL

Ketahui pengkategorian URL, termasuk sama ada URL tersebut hasad, pemancingan data atau tidak.

Bina keselamatan yang kukuh pada risikan ancaman lanjutan Avast

Kurangkan serangan yang disasarkan
Kurangkan serangan yang disasarkan
Bangunkan keselamatan proaktif dan halang serangan sebelum serangan berlaku. Data risikan ancaman Avast disahkan untuk mengurangkan positif palsu dan memastikan data ketepatan tinggi yang boleh anda harapkan.
Percepat tindak balas kejadian
Percepat tindak balas kejadian
Kesan dan bertindak balas terhadap ancaman dengan lebih cepat menggunakan data ancaman Avast yang kontekstual dan boleh diambil tindakan — yang menunjukkan perisian hasad, penipuan pemancingan data, penipuan dan banyak lagi pada fail, IP, domain dan URL tertentu — semuanya dalam masa nyata.
Buat keputusan termaklum
Buat keputusan termaklum
Gunakan pilihan integrasi fleksibel Avast untuk mendapatkan nilai maksimum daripada risikan ancaman anda. Tingkatkan strategi keselamatan organisasi anda dengan kebolehlihatan penuh terhadap risiko yang berkaitan dengan ancaman siber.

Sesuaikan penyelesaian risikan ancaman anda berdasarkan keperluan anda

Penyedia Perkhidmatan Keselamatan Terurus
Penyedia Perkhidmatan Keselamatan Terurus
Tingkatkan keutamaan pemburuan ancaman dan kelemahan untuk masa penyelesaian yang lebih pantas dengan memperkasakan pasukan Pusat Operasi Keselamatan (SOC) dengan data ancaman masa nyata yang boleh diambil tindakan.
Platform Risikan Ancaman
Platform Risikan Ancaman
Pelbagaikan sumber data anda untuk melengkapkan pelanggan dengan data terperinci yang berkualiti tinggi dan paling tepat — supaya mereka sentiasa dapat membuat keputusan termaklum berkenaan ancaman.
Agensi kerajaan
Agensi kerajaan
Ramalkan, halang dan berikan tindak balas dengan cepat terhadap ancaman siber termasuk penggodaman dan pengintipan tahap negara, untuk melindungi maklumat yang sangat sensitif dan infrastruktur yang penting.
Perisian keselamatan
Perisian keselamatan
Tawarkan perlindungan dalam talian yang lebih hebat kepada pengguna dengan menyepadukan risikan ancaman Avast yang komprehensif untuk memperkukuhkan infrastruktur keselamatan anda yang sedia ada.

Mari teruskan perbualan

Hubungi kami untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara Risikan Ancaman lanjutan Avast dapat meningkatkan keselamatan organisasi anda.

Soalan Lazim risikan ancaman

Risikan ancaman ialah pengetahuan berasaskan bukti tentang ancaman atau bahaya sedia ada atau baru muncul terhadap aset. Risikan ini digunakan untuk memaklumkan tindak balas organisasi terhadap ancaman tersebut.

Organisasi menghadapi cabaran sukar untuk bertindak balas terhadap serangan siber yang sentiasa berkembang untuk menjaga keselamatan aset mereka. Risikan ancaman memperkasakan penganalisis keselamatan dengan maklumat mengikut konteks yang diperlukan untuk pemburuan dan keutamaan ancaman yang lebih baik—mengurangkan masa tindak balas. Risikan ancaman juga memberikan cerapan yang diperlukan kepada syarikat untuk membuat keputusan strategik yang lebih termaklum, membangunkan postur keselamatan proaktif yang menghalang serangan.

Terdapat dua cara utama untuk menggunakan risikan ancaman; melalui suapan data atau API. Suapan ancaman menyampaikan maklumat ancaman yang diperlukan kepada pangkalan data risikan ancaman secara tetap dan ditentukan. Antara Muka Pengaturcaraan Aplikasi (API) memanfaatkan risikan ancaman yang dihoskan dalam persekitaran awan yang selamat dengan membuat pertanyaan berdasarkan permintaan.

Risikan ancaman dimanfaatkan oleh syarikat dalam semua sektor; termasuk perkhidmatan kewangan, e-dagang, perindustrian, telekomunikasi, kerajaan dan banyak lagi. Penyedia Perkhidmatan Keselamatan Terurus (MSSP), penyedia perisian keselamatan dan pengeluar perkakasan keselamatan sering memanfaatkan risikan ancaman untuk meningkatkan perkhidmatan teras mereka.

Kes penggunaan risikan ancaman berkembang dalam keadaan yang semakin pelbagai dengan aplikasi menjangkau operasi keselamatan biasa untuk penipuan dan pengurusan risiko, pemasaran serta sumber manusia. Ini termasuk pengesanan pemancingan data, keutamaan kelemahan, penambahan analisis risikan ancaman dan banyak lagi.

Lawati Pusat Sokongan kami untuk mendapatkan lebih banyak Soalan Lazim.

Avast recommends using the FREE Chrome™ internet browser.