Kami menyokong pelayar, bukan dinosaur. Sila kemas kini pelayar anda jika anda ingin melihat kandungan laman web ini dengan betul.
Skip to main content

Butiran langganan

Maklumat penting mengenai langganan anda

Apa itu langganan

Langganan ialah komitmen daripada Avast kepada anda, pelanggan kami, bahawa kami akan sentiasa berusaha untuk melindungi, mengoptimum dan menyambungkan anda secara maya sebagai pertukaran untuk yuran tahunan yang kami bilkan ke kad bank atau akaun PayPal anda. Yuran langganan anda membolehkan Avast menyokong anda dengan perkhidmatan yang anda pilih untuk langgan sehingga anda membatalkan langganan anda. Jika langganan anda telah tamat tempoh, kami boleh membantu anda di sini.

Tempoh pilihan yang anda bayar diukur dalam bulan dan mungkin satu bulan, satu tahun atau beberapa tahun lamanya, bergantung pada langganan perkhidmatan yang anda pilih daripada Avast. Pada akhir tempoh yang dipilih iaitu telah anda bayar, Avast akan secara automatik mengecaj butiran pembayaran yang anda simpan untuk anda bagi memastikan perkhidmatan yang berterusan dan tiada gangguan.

Terma untuk pembaharuan automatik dan penentuan harga

Yuran untuk tempoh langganan seterusnya akan dicaj pada harga semasa yang diterbitkan ketika itu. Yuran akan dicaj ke butiran pembayaran yang anda simpan sehingga 35 hari sebelum ulang tahun langganan Avast anda. Yuran ini tertakluk pada perubahan. Untuk langganan tahunan, kami akan memaklumkan anda sehingga 65 hari lebih awal daripada ulang tahun langganan anda bagi mengingatkan anda tentang ulang tahun serta yuran langganan yang akan dibilkan untuk tempoh berikutnya.

Produk Avast dijual sebagai langganan berterusan, istilah yang digunakan untuk menghuraikan sokongan tanpa gangguan yang kami berikan kepada anda melalui perisian kami selama tempoh langganan anda. Ini bermaksud bahawa langganan anda adalah berterusan tanpa gangguan kecuali anda membatalkannya secara manual sebelum tarikh pengebilan seterusnya atau sekiranya kami tidak dapat mengecaj butiran pembayaran yang anda simpan apabila perlu dibayar. Kami mengamalkan konsep langganan berterusan ini untuk memastikan perkhidmatan anda tidak pernah terganggu dan anda terus mendapat manfaat daripada tawaran perkhidmatan kami.

Avast menawarkan banyak perkhidmatan berbeza kepada anda yang anda boleh langgan secara tahunan dan kami sering memberikan diskaun tahun pertama bagi langganan tersebut untuk lebih memudahkan anda mendaftar dengan kami dan menikmati perkhidmatan kami yang terkemuka di pasaran. Ini bermaksud bahawa tempoh pembayaran pertama anda mungkin diberikan diskaun berbanding tempoh berikutnya, perbezaan harga yang kami jelaskan kepada anda semasa anda kali pertama memilih untuk melanggan perkhidmatan kami. Sebelum ulang tahun langganan anda, kami menyampaikan yuran tempoh pembayaran seterusnya melalui peringatan pengebilan.

Kemas kini, pembatalan dan bayaran balik langganan

Avast hanya menghantar bil melalui kaedah pembayaran yang anda simpan dan tiada cara pengebilan lain untuk perkhidmatan Avast yang sedang berjalan. Ini bermaksud bahawa anda bertanggungjawab untuk bersetuju menyimpan kaedah pembayaran anda sendiri semasa pembelian pertama dan mengekalkan ia dikemas kini bagi memastikan bahawa perkhidmatan anda kekal tidak diganggu sepanjang tempoh langganan dan perhubungan dengan kami. Anda boleh membatalkan langganan anda melalui Akaun Avast yang dipautkan ke alamat e-mel yang anda berikan semasa pembelian langganan. Sila lawati di sini untuk maklumat dan arahan lanjut tentang cara melakukannya.
Anda boleh memohon bayaran balik dengan menghubungi Sokongan Pelanggan Avast di sini dalam masa 30 hari daripada langganan asal anda atau ulang tahun langganan anda. Untuk lebih banyak maklumat umum berkenaan Langganan dan Pembaharuan, baca di sini.

Tanggungjawab pelanggan

Walaupun kami sangat mengambil serius soal komitmen kami kepada anda, kami juga bergantung kepada anda untuk mendaftar atau memuat turun, memasang dan mengemas kini perisian kami dengan kerap. Ini penting kerana kami terus menambah baik dan mengembangkan perkhidmatan yang telah anda langgan dan kami berharap anda terus mendapat manfaat daripada usaha kami bagi pihak anda. Penambahbaikan dan pengembangan yang berterusan ini kekal tertakluk pada EULA Avast, yang boleh anda dapati di sini untuk bacaan anda.

Tutup
Hampir selesai!
Lengkapkan pemasangan dengan mengklik fail yang anda muat turun dan mengikut arahan.
Memulakan muat turun ...
Perhatian: Jika muat turun anda tidak bermula secara automatik, sila klik di sini.
Klik fail ini untuk mula memasang Avast.
Tutup