Skrol ke bawah

Jadikan diri anda tidak boleh dilihat oleh penggodam

Tembok api menghentikan penggodam daripada mengakses komputer anda melalui Wi-Fi dan Internet.

Apakah risikonya?

Penggodam boleh menggunakan virus Trojan dan perisian pengelogan kunci untuk mengakses komputer anda dan mendapatkan data peribadi anda seperti log masuk, kata laluan dan butiran perbankan. Mereka juga boleh memanfaatkan kuasa komputer anda untuk menjalankan aktiviti haram tanpa pengetahuan anda (ya, PC anda boleh menjadi sebahagian daripada kumpulan samseng - pelik, tetapi benar).

Bagaimanakah penggodam boleh mencuri data saya?

Penggodam boleh menggunakan sebarang sambungan Internet atau rangkaian Wi-Fi sebagai pintu masuk ke dalam komputer anda. Setelah mereka masuk, mereka boleh menjangkiti PC anda dengan virus atau perisian yang menjejak kekunci yang anda tekan - cara yang mudah untuk mendapatkan butiran kad kredit anda dan banyak lagi. Tembok api menyekat semua sambungan tanpa kebenaran ke komputer anda dan juga membolehkan anda memilih program yang boleh mengakses Internet, jadi anda tidak akan disambungkan tanpa pengetahuan anda.

Sekat akses tidak dikehendaki ke PC anda

Avast Premier dan Internet Security kedua-duanya disertakan dengan Tembok Api, memberikan anda kawalan penuh ke atas trafik masuk dan keluar dari PC anda.

Adakah Avast Premier atau Avast Internet Security sudah melindungi PC anda? Bagus – Tembok api anda dihidupkan secara lalai. Jika anda ingin mengubah suai tetapannya, buka sahaja Avast anda, pergi ke Alatan dan pilih Tembok Api.

Belum memiliki Avast?