Kami menyokong pelayar, bukan dinosaur. Sila kemas kini pelayar anda jika anda ingin melihat kandungan laman web ini dengan betul.
Skip to main content

Muat turun perisian antivirus percuma – bergantung pada lebih 30 tahun pengalaman keselamatan siber

Kekal dilindungi daripada virus dan perisian hasad dengan perisian Avast Free Antivirus. Avast mempertahankan keselamatan dan privasi ratusan juta pengguna di seluruh dunia.
Juga tersedia untuk Mac, Android dan iOS
Juga tersedia untuk PC, Android dan iOS
Juga tersedia untuk PC, Mac dan iOS
Juga tersedia untuk PC, Mac dan Android
Perlindungan Terbaik 2022
Dinilai Terbaik 2022
Pelayaran web dan interaksi e-mel yang lebih selamat
Keselamatan rangkaian Wi-Fi rumah
Mudah dipasang, senang digunakan
Lebih 30 tahun pengalaman keselamatan siber
Avast Free Antivirus
Perlindungan virus untuk sebarang peranti
Lebih 30 tahun pengalaman telah membantu kami mencipta perisian antivirus yang mudah digunakan yang menampilkan salah satu rangkaian pengesanan ancaman yang paling maju dalam industri, perlindungan virus pembelajaran mesin, dan keselamatan rangkaian rumah yang tidak akan memperlahankan PC, Mac, Android, atau iPhone anda.

6 lapisan keselamatan antivirus

Kadang-kadang perlindungan terbina dalam sistem pengendalian anda tidak mencukupi. Menambah perisian antivirus percuma Avast membolehkan anda menjalankan Imbasan Pintar automatik pada perisian, fail, dan aplikasi untuk mencari retak tempat perisian hasad boleh menyelinap masuk, serta menghantar fail mencurigakan untuk dianalisis dalam awan, mendapatkan makluman ancaman, dan banyak lagi.
Imbasan Pintar
Mengimbas peranti anda untuk mencari kerentanan yang sukar ditemui di tempat tersembunyi.
CyberCapture
Menghantar fail yang mencurigakan secara automatik untuk analisis dalam Awan, kemudian memberikan penawar kepada pengguna Avast jika perlu.
Perisai Tingkah Laku
Memaklumkan anda dengan serta-merta jika mana-mana aplikasi anda mula berkelakuan mencurigakan.
Perisai Fail
Mengimbas sebarang fail yang ditambah ke atau dibuka pada PC pengguna untuk ancaman.
Cakera Penyelamat
Cakera Penyelamat membolehkan pengguna untuk but PC mereka daripada peranti luaran (CD, pemacu USB).
Kuarantin
Mengasingkan fail yang berpotensi berbahaya daripada sistem pengendalian anda dan menghantar ke Avast Threat Labs untuk analisis lanjut jika anda inginkan.

Avast Free Antivirus menawarkan anda lebih banyak lagi

Avast Free Antivirus lebih daripada sekadar perisian antivirus. Ia juga meliputi ciri-ciri privasi dan keselamatan ini:
Berhubung ke rangkaian Wi-Fi dengan lebih selamat dan membantu menghalang penjenayah siber dan penceroboh yang berniat jahat daripada masuk ke rangkaian anda dan jauh daripada fail sensitif dan peribadi anda.
Pemeriksa Rangkaian
Berhubung dengan lebih selamat, walaupun pada rangkaian Wi-Fi yang tidak selamat, sekat penggodam dan penceroboh daripada menggendong rangkaian anda dengan lebih mudah serta membantu menjauhkan mereka daripada fail sensitif dan peribadi anda.
Tembok Api
Tembok api pintar kami memantau semua trafik rangkaian antara PC anda dan dunia luar serta membantu menyekat gangguan berniat jahat.
Kekal lebih selamat semasa pelayaran, peng-e-melan, atau bekerja dalam talian. Membantu menyekat tapak web yang berniat jahat dan muat turun yang tidak selamat, serta membantu menghalang peranti anda daripada dirampas dan menjadi sebahagian daripada botnet.
Perisai Web
Perisai Web menyekat tapak web jika ia mengesan kod hasad atau perisian hasad, serta menyekat pautan dalam e-mel yang berpotensi berkaitan dengan pancing data.
Perisai E-mel
Perisai E-mel memaklumkan tentang e-mel yang berpotensi berniat jahat kepada anda sebelum anda mengkliknya.
Membantu menghalang penggodam daripada mengakses, mengubah, atau mengunci fail peribadi anda untuk menjadikan anda tebusan.
Perisai Ransomware
Kekalkan maklumat anda lebih selamat. Jangan biarkan foto, fail, dan dokumen peribadi anda menjadi tebusan kepada ransomware – membantu menghalang aplikasi yang tidak dipercayai secara automatik daripada mengubah suai, memadamkan, atau menyulitkannya.
Dapatkan makluman jika kata laluan yang dipautkan ke akaun e-mel anda telah terjejas.
Amaran Godaman
Membantu mengekalkan akaun e-mel anda dan kata laluannya selamat. Jika kami mengesan kata laluan e-mel anda telah bocor atau digodam, anda akan mendapat makluman, membolehkan anda melindungi semula akaun anda dengan serta-merta.

Ratusan juta pengguna mempercayai kami dengan kehidupan digital mereka

“Pakar keselamatan yang dikenali ramai, Avast telah menerima tiga anugerah untuk prestasinya yang cemerlang...menunjukkan betapa perisian keselamatan ini boleh dipercayai dan selamat untuk memberikan perkhidmatannya...”
Dianugerahkan Produk Terulung 2022 oleh AV-Comparatives
Avast Free Antivirus
Mudah dipasang, senang digunakan
Antivirus Avast mengimbas untuk mengesan masalah keselamatan dan prestasi serta membantu anda membaikinya dengan serta-merta. Ia juga melindungi anda dalam masa nyata dengan menganalisis fail yang tidak diketahui lama sebelum ia sampai ke peranti anda. Ia juga percuma – jadi, cubalah sekarang.
Juga tersedia untuk Mac, Android dan iOS
Juga tersedia untuk PC, Android dan iOS
Juga tersedia untuk PC, Mac dan iOS
Juga tersedia untuk PC, Mac dan Android

Anda mungkin masih tertanya-tanya...

Surat berita
Tutup
Hampir selesai!
Lengkapkan pemasangan dengan mengklik fail yang anda muat turun dan mengikut arahan.
Memulakan muat turun ...
Perhatian: Jika muat turun anda tidak bermula secara automatik, sila klik di sini.
Klik fail ini untuk mula memasang Avast.
Tutup