We support browsers, not dinosaurs. Please update your browser if you want to see the content of this webpage correctly.

 

Muat turun

Avast Smart Life

Alatan keselamatan dan kesejahteraan digital yang berasaskan AI untuk keluarga moden yang berhubung.

Ahli prpl Foundation

Lindungi pelanggan anda di mana sahaja mereka berhubung menggunakan keselamatan kami yang paling maju

Smart Life menggabungkan keselamatan yang telah sekian lama memenangi anugerah dan inovasi berasaskan AI untuk melindungi pelanggan anda serta peranti mereka tanpa mengira cara dan lokasi mereka berhubung, termasuk IoT.

Cap jari peranti
Smart Life menggunakan sejumlah besar data yang dikumpulkan oleh rangkaian global kami yang luas untuk mewujudkan model topografi rangkaian rumah dengan tepat.
Pengesanan anomali peranti
Smart Life mengesan sebarang tingkah laku rangkaian atau peranti yang tidak normal dan mengasingkannya untuk memastikan supaya satu peranti yang terjejas tidak akan membahayakan keseluruhan rangkaian.
Analisis tingkah laku peranti dan rangkaian
Smart Life menganalisis aktiviti peranti dan rangkaian terhadap corak sejarah dan pangkalan data ancaman global kami untuk mengenal pasti aktiviti berniat jahat.
Perlindungan terhadap semua ancaman
Smart Life melindungi daripada ancaman "zero-day" yang sedia ada dan yang baharu menggunakan pangkalan data ancaman yang luas dan keupayaan pengesanan kami.

Ketahui lebih lanjut tentang keselamatan rumah pintar

Galakkan kesejahteraan digital dan keibubapaan yang lebih bijak

Memandangkan hubungan menjadi semakin meluas dalam kehidupan kita, ibu bapa mula menggunakan teknologi untuk membantu mengurus tabiat digital mereka dan memastikan keluarga mereka selamat dalam talian dan luar talian dengan alat pembantu ibu bapa.

Urus masa skrin
Galakkan tabiat digital yang lebih sihat dengan menggunakan ciri "Jeda Internet" dan "Jadual Waktu Henti" Smart Life untuk memutuskan sambungan.
Semak lokasi masa nyata
Biarkan keluarga menyemak lokasi orang yang mereka sayangi setiap saat menggunakan ciri lokasi masa nyata seperti amaran pagar geografi, carian berjadual dan integrasi penjejak GPS.
Terima maklumat dan laporan aktiviti
Bantu pelanggan anda memahami tabiat digital mereka dengan lebih baik dengan laporan harian yang mengenal pasti bahagian yang memerlukan penambahbaikan dan memudahkan perbualan dengan anak-anak mereka.
Urus pendedahan kandungan
Membolehkan ibu bapa memastikan anak-anak mereka selamat daripada kandungan dalam talian yang berbahaya dan tidak sesuai dengan ciri kawalan ibu bapa Smart Life yang canggih.

Ketahui lebih lanjut tentang keibubapaan digital

Seni bina fleksibel yang sedia 5G

Smart Life boleh digunakan pada penghala dan sempadan 5G, yang akan membolehkan pengendali jalur lebar dan mudah alih menawarkan keselamatan menyeluruh kepada pelanggan mereka.

Pemasangan penghala
Pengendali mudah alih dan rakan perkhidmatan lain boleh menawarkan keselamatan rumah pintar dengan pemasangan penghala kami. Melalui bantuan konfigurasi yang mudah, perkakasan kami serasi dengan kebanyakan penghala pengguna.
Perisian tegar penghala
Smart Life boleh disepadukan sebagai lapisan perisian tegar kecil terus pada penghala rakan kongsi. Pelanggan kemudiannya boleh mengaktifkan perkhidmatan melalui penyedia rangkaian mereka dan boleh mengurus keselamatan digital mereka melalui aplikasi mudah alih.
Fungsi Rangkaian Maya 5G
Smart Life bleh disepadukan di rangkaian sempadan sebagai VNF, yang membolehkan pengendali mudah alih 5G menawarkan keselamatan peranti untuk peranti mudah alih, sambungan IoT mudah alih, penghala hotspot 5G dan banyak lagi.

Penggunaan penghala dan 5G Smart Life berkongsi teknologi asas yang sama dengan penyelesaian keselamatan dan kesejahteraan digital berasaskan peranti tradisional kami. Pengendali boleh menggunakannya merentas beberapa perimeter, sambil memperkemas pengalaman pelanggan.

Inovasi di sebalik Smart Life

Alt text

Laluan data separa segerak

Aliran data menjadi dwicabang ketika sampai ke Smart Life, sama ada pada penghala atau di rangkaian sempadan 5G, yang membolehkan analisis separa segerak dilakukan kepada trafik. Dengan mengelakkan keselamatan tradisional yang sejajar, Smart Life tidak banyak mempengaruhi kependaman pengguna.
Alt text

Analisis rangkaian berasaskan AI

Smart Life mengesan, mengenal pasti dan memantau setiap sambungan berasingan. Berbanding penyelesaian pemeriksaan paket mendalam, algoritma AI kami dilatih untuk menggunakan data telemetri rangkaian untuk memahami trafik rangkaian dengan cekap dan tepat, walaupun sebahagiannya mungkin disulitkan.

Pengecaman model dan pola berkebarangkalian

Alt text
Smart Life bermula dengan memahami jenis peranti dan pola tingkah laku lazimnya. Dari situ, Smart Life mengesan potensi ancaman dengan mengenal pasti keabnormalan untuk mematikan potensi serangan dan mengehadkan akses ke seluruh rangkaian.