Kami menyokong pelayar, bukan dinosaur. Sila kemas kini pelayar anda jika anda ingin melihat kandungan laman web ini dengan betul.

SharePoint Antivirus untuk Pelayan dan Pengguna

Lindungi SharePoint server anda terhadap ancaman dan serangan siber dengan Avast Business SharePoint Antivirus Protection, ciri Avast Business Antivirus Pro. Pastikan data paling sensitif anda selamat dengan pengimbasan dan pengesanan virus lanjutan untuk Microsoft SharePoint.

Dapatkan Avast Business Antivirus Pro

Bolehkah SharePoint server mendapat virus?

Oleh kerana Microsoft SharePoint ialah platform kolaborasi berasaskan web, pelayannya terdedah kepada jenis serangan yang sama seperti aplikasi dalam talian lain. Avast Business SharePoint Antivirus telah dibangunkan khusus untuk memastikan fail, dokumen, dan gambar anda selamat daripada serangan perisian hasad, termasuk ransomware, virus, dan ancaman lain.
Avast Business SharePoint Antivirus

Ketahui lebih lanjut tentang Avast SharePoint Protection

Apakah yang dilakukan oleh perisian SharePoint Antivirus Protection?

Avast Business SharePoint Protection ialah plugin keselamatan yang anda pasang pada SharePoint server anda. Ia akan mengimbas semua fail yang dimuat naik dan dimuat turun untuk menghalang dokumen yang berniat jahat daripada menjangkiti data perniagaan anda dan ia akan menghalang serangan ransomware. Sekiranya plugin itu menjumpai dokumen yang berbahaya, ia akan mengkuarantinnya dan memberi amaran kepada pengguna dalam antara muka Avast Business Antivirus atau dalam Management Console.

Bagaimanakah saya memasang Avast Business SharePoint Antivirus?

Pengaktifan plugin amat mudah. Setelah anda memasang Business Antivirus (Antivirus Pro dan Antivirus Pro Plus termasuk SharePoint Protection), SharePoint Server akan dikesan secara automatik. Dari situ, anda boleh mengaktifkan SharePoint virus protection dari jauh.

Adakah SharePoint Antivirus Protection berfungsi apabila diakses dari peranti mudah alih?

Perisian Avast Business SharePoint antivirus ialah berasaskan awan, jadi ia berfungsi tidak kira anda mengaksesnya dari mana-mana peranti. Ini bermakna dokumen perniagaan anda akan selamat walaupun beberapa kontraktor atau pekerja anda bekerja dari jauh atau menggunakan rangkaian yang tidak dilindungi untuk memuat naik atau memuat turun dokumen dari SharePoint server anda.

Versi SharePoint Server yang manakah yang serasi dengan SharePoint Antivirus Protection?

Anda boleh menggunakan SharePoint Antivirus Protection dengan Microsoft SharePoint Server versi 2010, 2013, 2016, dan 2019.

Kekuatan dalam Bilangan

101.2% peningkatan dalam kelainan ransomware

21% kerugian hasil perniagaan disebabkan serangan siber

40% serangan siber yang menyasarkan perniagaan kecil

45% SMB mendapat semula maklumat mereka selepas membayar tebusan

Manfaat SharePoint Antivirus Protection

Avast Business SharePoint Antivirus

Bekerjasama dalam ruang yang selamat

Biarkan seluruh pasukan bekerjasama pada dokumen yang sama dan jangan risau tentang perisian hasad yang menjejaskan data anda yang paling sensitif. Plugin Avast Business SharePoint Protection akan mengimbas setiap fail dan sambungan dalam SharePoint Server.

Melindungi terhadap serangan ransomware

Serangan ransomware selalunya lebih berjaya pada plaform yang dikongsi, seperti SharePoint Server. Penggodam mencuri lebih daripada 9000 kepingan data bagi setiap serangan dan hanya 45% SMB yang diserang akan mendapatkan semula data walaupun mereka membayar tebusan. Oleh itu, simpan wang dan tenangkan diri dengan melindungi data sensitif secara proaktif.

Avast Business SharePoint Antivirus
Avast Business SharePoint AntivirusYour computer is protected

Tingkatkan keselamatan pelayar dengan mengikuti saranan Microsoft

Microsoft, pembekal SharePoint Server, menyarankan menggunakan beberapa jenis perlindungan yang akan menjamin muat turun dan muat naik ke SharePoint Server. Avast Business SharePoint Antivirus menyediakan perlindungan penuh untuk fail yang dikongsi untuk menghalang masa rosak dan kehilangan data.

Mempertahankan terhadap fail dan muat turun yang dijangkiti

Sambungan lancar antara SharePoint Protection dan Avast Business Antivirus memberikan anda penyelesaian antivirus SharePoint komprehensif, termasuk ciri-ciri seperti Kotak pasir. Dengan Kotak pasir, anda bukan sahaja boleh mencari dan melucutkan fail berbahaya, tetapi anda juga boleh membuka fail yang anda tidak pasti dalam persekitaran yang selamat sebelum memutuskan apa yang perlu dilakukan dengannya.

Avast Business SharePoint Antivirus Your computer is protected
DISKAUN 20%

Avast Business Antivirus Pro

Lindungi peranti dan pelayan anda

RM 221.46 RM 276.83

Beli sekarang Percubaan 30 hari percuma

Jika anda sudah menggunakan Avast Business Management Console, sila log masuk dan beli dari sana.

Jaminan wang dikembalikan 30 hari