Avast Battery Saver untuk Windows
Avast Battery Saver memberikan 32% lebih hayat bateri untuk komputer riba anda dengan menghentikan program yang banyak menggunakan bateru.
Lebih tenaga untuk kehidupan digital anda
Kita semua pernah mengalaminya: anda hampir menyiapkan dokumen yang amat penting atau hampir selesai menonton filem yang menarik – dan bateri anda mati. Kini anda boleh memanfaatkan bateri komputer riba anda dengan Avast Battery Saver untuk Windows.

Kawal prestasi PC


Melaras paparan anda secara automatik


Mematikan program yang banyak menggunakan tenaga

Paling penting, proses ini berfungsi secara automatik
Apabila anda tidak memasang palam, kami mengekalkan bateri anda secara automatik.

Anda mungkin masih tertanya-tanya...
Apakah keperluan sistem untuk Avast Battery Saver?
KEPERLUAN SISTEM MINIMUM:
- Windows 10 kecuali Mobile dan IoT Core Edition (32 atau 64 bit); Windows 8/8.1 kecuali RT dan Starter Edition (32 atau 64 bit); Windows 7 SP1 atau lebih tinggi, mana-mana Edisi (32 atau 64 bit).
- PC Windows yang serasi sepenuhnya dengan pemproses Intel Pentium 4/AMD Athlon 64 atau lebih tinggi (mesti menyokong arahan SSE2).
- 256 MB RAM atau lebih tinggi.
- 400 MB ruang kosong pada cakera keras.
- Sambungan Internet untuk memuat turun, mengaktifkan dan menggunakan aplikasi.
- Resolusi skrin standard yang optimum tidak kurang daripada 1024 x 600 piksel disyorkan.
Bagaimanakah Avast Battery Saver meningkatkan hayat bateri?
Untuk menyekat pembaziran kuasa yang tidak perlu dan meningkatkan hayat bateri PC anda, Avast Battery Saver menggunakan tindakan berikut:
- Mengurangkan frekuensi pemproses
- Mengoptimumkan tetapan paparan
- Menyahdayakan Bluetooth dan Wi-Fi (hanya jika fungsi ini tidak digunakan).
Untuk menentukan dengan tepat tindakan yang Avast Battery Saver gunakan untuk memanjangkan hayat bateri, dayakan dan konfigurasi profil Tersuai.
NOTA: Anda boleh melaraskan tingkah laku peranti semasa mana-mana profil dipilih melalui jubin Bluetooth, Wi-Fi dan Kecerahan di bahagian bawah papan pemuka aplikasi.
Akankah Avast Battery Saver mengurangkan prestasi sistem?
Bergantung pada profil Battery Saver yang didayakan, Avast Battery Saver boleh mengurangkan kelajuan pemproses anda untuk memanjangkan hayat bateri. Apabila bekerja menggunakan aplikasi pejabat atau melayari web, anda tidak akan melihat perbezaan. Sekiranya anda memerlukan lebih prestasi yang mungkin menjejaskan hayat bateri, anda boleh mengolah tahap prestasi pada menu Tetapan kami.
- Tersuai: Kesan pada prestasi sistem bergantung pada tetapan tersuai anda. Untuk melaraskan prestasi pemproses apabila profil Tersuai didayakan, pergi ke ☰ Menu ▸ Tetapan ▸ Mod tersuai ▸ Perkakasan dan pernati ▸ Prestasi pemproses. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang mengkonfigurasi tetapan Profil Tersuai anda, rujuk artikel di bawah:
- Maksimum: Profil ini mengutamakan penjimatan kuasa maksimum, oleh itu anda mungkin dapat perhatikan sedikit penurunan dalam kelajuan pemproses semasa profil ini diaktifkan. Anda tidak boleh menyesuaikan profil Maksimum.
Bolehkah saya menggunakan Avast Battery Saver pada berbilang peranti atau platform?
Kini Avast Battery Saver hanya tersedia untuk PC yang menjalankan Microsoft Windows 7 SP1 dan lebih tinggi. Anda tidak boleh menggunakan produk pada lebih daripada satu peranti pada masa yang sama, namun, anda boleh memindahkan langganan anda dari satu peranti ke peranti lain.
Bolehkah saya memindahkan langganan saya ke peranti lain?
Ya. Untuk memindahkan langganan anda ke peranti lain:
- 1. Nyahpasang Avast Battery Saver daripada peranti sebelumnya.
- 2. Pasang Avast Battery Saver pada peranti baharu.
- 3. Aktifkan Avast Battery Saver pada peranti baharu.
Apa lagi yang boleh saya lakukan untuk meningkatkan prestasi PC saya?
Ingin meningkatkan kelajuan PC anda? Avast Cleanup boleh melakukan perkara itu. Inginkan prestasi grafik, bunyi dan peranti luar yang lebih baik? Avast Driver Updater boleh melakukan perkara itu.