Kami menyokong pelayar, bukan dinosaur. Sila kemas kini pelayar anda jika anda ingin melihat kandungan laman web ini dengan betul.

CloudCare

Pantau ancaman dan berikan sokongan pantas dalam masa nyata daripada satu platform keselamatan yang berasaskan awan.

Lapisan perkhidmatan keselamatan dalam talian yang berkuasa untuk perniagaan kecil dan sederhana.

Sambung dengan selamat kepada mana-mana peranti terurus

Gunakan alat sokongan jauh percuma kami untuk menyambung dengan selamat ke mana-mana peranti yang memasang ejen CloudCare dan selesaikan isu dari jauh, lakukan tugasan, but semula komputer, pindahkan fail, bersembang dengan pengguna dan banyak lagi.

Pantau ancaman daripada satu papan pemuka

Konfigurasikan amaran berdasarkan tindakan peranti tertentu dan pantau daripada papan pemuka pusat amaran untuk mendapatkan maklumat yang jelas tentang isu peranti individu serta ancaman yang mungkin merebak di antara peranti yang disambungkan.

Gunakan perkhidmatan keselamatan siber berlapis yang digabungkan

Dengan CloudCare, anda boleh menyampaikan pelbagai perkhidmatan keselamatan IT yang memberikan perlindungan lengkap yang mendalam menentang semua bentuk perisian hasad dan ancaman siber lain – sama ada yang datang dari dalam atau luar rangkaian melaui e-mel, tapak web atau Internet.

Pantau ancaman dalam masa nyata dan berikan perlindungan yang tiada tandingan daripada satu platform keselamatan yang berasaskan awan.

Platform CloudCare tersedia dalam bahasa Inggeris, Jerman, Perancis dan Norway.

Ciri CloudCare

Papan Pemuka Intuitif

Lihat semua amaran dengan sepintas lalu, tangani isu dan berikan maklumat yang anda perlukan untuk membuat keputusan bermaklumat, tambahkan perkhidmatan dan ambil tindakan pantas untuk meningkatkan masa hidup, kestabilan dan keselamatan

Pengurusan Peranti Dan Dasar

Urus keselamatan untuk semua peranti dengan ejen CloudCare. Perubahan dasar akan dikonfigurasikan dengan sendirinya secara automatik pada peranti yang dikawal oleh ejen dalam masa nyata, kurang memerlukan penyelenggaraan dan memudahkan untuk menyesuaikan operasi perniagaan.

Pelaporan Menyeluruh

Kumpulkan data daripada gambaran keseluruhan perkhidmatan, ringkasan amaran dan penapisan kandungan serta hasilkan laporan terperinci yang mudah dibaca dengan satu klik.

Amaran Waktu Nyata

Konfigurasikan amaran untuk isu penting yang memerlukan perhatian anda dan hantar e-mel/mesej SMS dengan serta-merta kepada pihak yang terjejas, memperbaiki masa tindakan anda dan mengehadkan pendedahan.

Perkhidmatan Keselamatan Tersedia dalam CloudCare

CloudCare boleh disesuaikan dengan perniagaan anda, membolehkan anda menambahkan perkhidmatan keselamatan dengan mudah apabila keperluan anda berubah.

CloudCare

Antivirus Terurus

Gunakan perisian Avast Business Antivirus Pro Plus kami yang memenangi anugerah untuk memastikan semua peranti, data dan pekerja dilindungi.

Ketahui lebih lanjut

Sandaran dan Pemulihan Bencana

Elak kerugian masa mati dengan pelbagai penyelesaian sandaran dan pemulihan yang melindungi fail, aplikasi, pelayan dan banyak lagi.

Ketahui lebih lanjut

Penapisan Kandungan

Tingkatkan produktiviti dan sekat akses ke tapak web berniat jahat dan gangguan dalam talian untuk memastikan pekerja selamat dan produktif semasa waktu kerja mereka.

Ketahui lebih lanjut

Keselamatan E-mel

Berkomunikasi dengan selamat dari peti masuk ke peti masuk dengan kunci penyulitan awam yang diambil dan diedarkan secara telus untuk penyulitan mudah.

Ketahui lebih lanjut

Get Laluan Web Selamat

Sekat akses ke tapak web, muat turun dan lokasi yang jahat untuk menghalang serangan daripada membahayakan rangkaian anda atau mencuri sebarang data.

Ketahui lebih lanjut

Pantau ancaman dengan mudah, selesaikan isu dan gunakan perkhidmatan keselamatan yang terkemuka dalam industri – semuanya daripada portal CloudCare anda.

Rakan Kongsi dengan Avast Business

Sebagai rakan kongsi Avast Business, anda akan mempunyai akses kepada portfolio produk dan penyelesaian yang memenangi anugerah daripada salah satu pembekal keselamatan Internet terkemuka di dunia. Sama ada anda sedang mencari produk endpoint protection atau penyelesaian keselamatan terurus, program rakan kongsi kami menyediakan semua latihan, aset jualan dan maklumat persaingan yang anda perlukan untuk berjaya dan mengembangkan perniagaan anda.

Ketahui lebih lanjut