Kami menyokong pelayar, bukan dinosaur. Sila kemas kini pelayar anda jika anda ingin melihat kandungan laman web ini dengan betul.

Keselamatan E-mel

Pastikan komunikasi e-mel masuk dan keluar dilindungi dan peti mel bebas daripada spam.

Elakkan spam, sulitkan e-mel dan arkibkan komunikasi untuk meningkatkan produktiviti.

Sekat ancaman

Perkhidmatan Keselamatan E-mel melindungi daripada spam, virus, serangan pemancingan data dan ancaman bawaan e-mel yang lain.

Lindungi komunikasi e-mel

Lindungi komunikasi e-mel dengan peraturan dasar yang mengenal pasti kandungan sensitif dan menyulitkan e-mel yang memenuhi kriteria yang ditetapkan.

Sepadukan dengan lancar

Dengan model bayar ketika guna, anda boleh menggunakan perkhidmatan keselamatan e-mel dengan mudah, tanpa kontrak atau komitmen jangka panjang. Hanya hidupkan atau matikan perkhidmatan apabila diperlukan.

Dapatkan Penapisan Kandungan dalam CloudCare

Dapatkan Keselamatan E-mel dalam CloudCare

Keselamatan E-mel memudahkan untuk melindungi komunikasi e-mel masuk dan keluar dengan ciri yang memastikan peti masuk bebas daripada spam, menyulitkan e-mel untuk memastikan ia dihantar dengan selamat dan mengarkibkannya untuk membantu anda mengurus saiz peti masuk.

ketahui lebih lanjut tentang CloudCare

Ciri Keselamatan E-mel

Storan Selamat

Semua komunikasi e-mel masuk, keluar dan dalaman dihalakan melalui get laluan Arkib E-mel. Ia ditapis untuk menyekat spam dan virus, yang kemudiannya dialih keluar dan mesej diindeks serta disulitkan.

eDiscovery

Satu set alat eDiscovery yang unik menjadikannya cepat dan mudah bagi individu untuk mencari, mengakses dan memulihkan e-mel atau maklumat yang mereka perlukan daripada arkib.

Kesinambungan E-mel

Pengguna boleh mengakses mana-mana e-mel dalam arkib aktif atas permintaan dari mana sahaja mereka berada. Sekiranya berlaku gangguan rangkaian atau pelayan dalaman, komunikasi e-mel akan diteruskan tanpa gangguan melalui pelayan selamat Arkib E-mel Avast Business.

Kawalan Penyulitan

E-mel yang dihantar tanpa disulitkan boleh disulitkan secara automatik, diubah semula hala atau disekat jika e-mel ini tidak mematuhi dasar penyulitan syarikat.