Kami menyokong pelayar, bukan dinosaur. Sila kemas kini pelayar anda jika anda ingin melihat kandungan laman web ini dengan betul.

Penyelesaian Keselamatan Terurus

Kenal pasti kelainan dan kurangkan ancaman sebelum ancaman ini dapat merosakkan rangkaian anda.

Dapatkan alat dan wawasan yang diperlukan untuk mendapatkan kawalan dan keterlihatan sepenuhnya pada seluruh ekosistem keselamatan anda.

Lapisan perlindungan

Berada selangkah di hadapan ancaman yang berkembang dengan lapisan perkhidmatan keselamatan titik akhir dan rangkaian lanjutan yang memberikan perlindungan superior yang menyeluruh.

Penyepaduan mendalam

Singkirkan penyelesaian setempat anda – dan jurang keselamatan – dengan perkhidmatan menyeluruh yang berfungsi serentak untuk melindungi perniagaan daripada sebarang ancaman siber.

Keterlihatan lengkap

Urus semua data, peranti dan orang dalam rangkaian anda daripada satu konsol yang mudah. Laraskan tahap keselamatan dengan cepat dalam masa nyata apabila kejadian dan ancaman berubah.

Pilih platform keselamatan terurus yang betul untuk perniagaan anda

Avast Business menawarkan dua platform keselamatan terurus, memberi anda alat dan wawasan yang diperlukan untuk mendapatkan kawalan dan keterlihatan sepenuhnya pada seluruh ekosistem keselamatan anda. Menggabungkan lapisan yang betul dalam platform penyampaian yang intuitif memastikan anda memiliki perlindungan superior di samping menyingkirkan kerumitan. Lihat platform keselamatan kami di bawah untuk melihat platform yang sesuai untuk anda.

Management Console
  • Antara Muka Mesra Pengguna
  • Pelaporan Asas
  • Pengurusan Dasar
  • Penggunaan Jarak Jauh

Avast Business Management Console ideal untuk perniagaan kecil yang memerlukan platform yang mudah digunakan – sama ada di awan atau pada premis – untuk menggunakan antivirus di berbilang titik akhir dengan cepat, menyediakan pemantauan berterusan dan mendapatkan wawasan yang diperlukan untuk menyampaikan perlindungan superior.

CloudCare
  • Papan Pemuka Pusat
  • Pelaporan Terperinci
  • Sokongan IT Jarak Jauh
  • Penyepaduan Pihak Ketiga

CloudCare ialah platform SaaS yang membolehkan anda menyesuaikan perkhidmatan keselamatan titik akhir dan rangkaian, memantau ancaman dan menyelesaikan isu, semuanya daripada satu platform. Perkhidmatan keselamatan termasuk Get Laluan Web Selamat, keselamatan e-mel, antivirus, sandaran dan pemulihan serta bermacam-macam lagi.

Bandingkan penyelesaian keselamatan terurus

Bandingkan ciri dan perkhidmatan untuk setiap platform

  Management
Console
CloudCare
 

Ciri

Papan Pemuka Pusat Ya Ya
Pada Premis Ya
Awan Ya Ya
Pelaporan terhad Ya
Pengurusan Dasar Ya Ya
Sokongan IT Jarak Jauh Ya
Penyepaduan Pihak Ketiga Ya
Pemantauan & Amaran Masa Nyata Ya Ya

Perkhidmatan Keselamatan

Antivirus Ya
Antivirus Pro Ya
Antivirus Pro Plus Ya Ya
Patch Management Baharu Ya
Penapisan Kandungan Ya
Keselamatan E-mel Ya
Get Laluan Web Selamat Ya
Sandaran & Pemulihan Ya
Ketahui lebih lanjut Ketahui lebih lanjut

Pendapat Orang Ramai Tentang Kami

<

us Matthew Husk Walgreens

Avast adalah salah satu penyelesaian antivirus yang pelanggan saya gunakan di tempat kerja dan di rumah serta penggunaan silang ini menjadikannya lebih berkuasa. (…) Ciri VPN, tembok api dan kotak pasir yang disertakan menjadikannya alat yang hebat untuk perniagaan anda.

ca Dawn Michael Next Gen Mechanicals Inc

Avast mudah dipasang, berfungsi pada berbilang komputer dan berjalan di latar belakang tanpa masalah. Hanya akan mengetahui jika ia dapat mengesan masalah – dan itu suatu hal yang baik!

gb Joe Benson

Avast ialah antivirus yang ringan tetapi berkuasa. Ia melindungi anda semasa anda melayari Internet serta melindungi e-mel, bayaran anda malah mengingatkan anda untuk membersihkan fail yang tidak digunakan atau cache perisian. Saya telah menggunakannya selama bertahun-tahun, di rumah dan tempat kerja, saya tidak pernah dijangkiti.

us Feaster, Technology Manager LGK Computers

CloudCare memberi kami keyakinan bahawa kami sedang melindungi klien dan sentiasa peka terhadap sebarang isu. Daripada satu pusat portal, kami boleh menggunakan, mengurus dan mengemas kini perkhidmatan keselamatan kritikal. Ini akan membantu kami bekerja dengan cekap, memacu nilai klien dan membina perniagaan yang kukuh.

>