Kotak pasir membolehkan anda menjalankan aplikasi, memuat turun fail dan melawat laman web dalam persekitaran maya selamat yang terasing daripada keseluruhan komputer anda.
Menjalankan perisian tidak diketahui, memuat turun video atau fail lain daripada sumber tidak diketahui atau melawat laman web yang tidak disahkan boleh mendatangkan kemungkinan jangkitan pada PC anda, membolehkan penggodam mengakses data peribadi anda.
Penggodam boleh menggunakan perisian, fail dan laman web untuk menyusup dan menjangkiti PC anda. Kotak pasir membolehkan anda menjalankan fail mencurigakan dengan selamat, secara terasing daripada keseluruhan komputer anda. Jika semuanya terbukti selamat, anda boleh memindahkannya ke mesin anda. Jika tidak, komputer anda selamat dan anda tidak menghadapi apa-apa risiko.
Semua produk PC Avast berbayar disertakan dengan Kotak Pasir, jadi anda boleh menjalankan aplikasi, memuat turun fail dan melawat laman web tanpa menjangkiti PC anda secara tidak disengajakan.
Kotak pasir disertakan dalam produk berbayar Avast kami, oleh itu, untuk anda menjalankan sebarang fail .exe dengan selamat dalam pengasingan, anda hanya perlu klik kanan pada fail tersebut dan pilih “Lancarkan di dalam Kotak Pasir”. Jika anda mahu, anda boleh membuka Avast dan klik pada 'Perlindungan'. Anda akan menemui ikon Kotak Pasir di sana dan apabila anda membukanya, anda akan dapat menjalankan sebarang aplikasi.
Belum memiliki Avast?