Kami menyokong pelayar, bukan dinosaur. Sila kemas kini pelayar anda jika anda ingin melihat kandungan laman web ini dengan betul.

Get Laluan Web Selamat

Satu lapisan keselamatan rangkaian baharu oleh Avast Business

Daripada Titik Akhir ke Mana-mana Titik

Menyekat akses ke tapak web, muat turun dan lokasi yang diketahui jahat adalah asas perkhidmatan Get Laluan Web Selamat Avast Business. Perkhidmatan kami membolehkan anda menghalang serangan daripada memasuki rangkaian anda dan meneutralkan serangan yang sama ada aktif atau cuba menjadi aktif.

Kami Berkembang dengan Anda

Rangkaian ancaman kami disebarkan secara geografi dengan lebih daripada 100 pusat data, di lima benua yang berlainan dan diambil daripada puluhan suapan ancaman yang popular yang bertindak sebagai pengawal keselamatan yang sentiasa berjaga, memerhati, memproses dan melaporkan pada sekitar 30 bilion permintaan setiap hari.

Perkhidmatan yang Belajar dalam Masa Nyata

Apabila alamat web yang tidak dikategorikan diakses melalui perkhidmatan kami, tapak itu akan diperiksa untuk mengesan ancaman dan dikategorikan dalam salah satu daripada berpuluh-puluh kategori yang akan memulakan kemas kini berterusan ke seluruh rangkaian keselamatan.

Kuasa Perimeter Berasaskan Awan

Data syarikat semakin banyak disimpan di awan, perlindungan khusus awan Get Laluan Selamat memberi anda ketenangan fikiran yang anda perlukan untuk memberi tumpuan terhadap mengembangkan perniagaan dan bukannya menghindari serangan siber serta pencerobohan data.

Dapatkan Get Laluan Web Selamat di CloudCare

Dapatkan Get Laluan Web Selamat di CloudCare

Get laluan Web Selamat membawa tahap keselamatan berlapis yang baharu ke CloudCare. Kombinasi CloudCare titik akhir dan perkhidmatan keselamatan rangkaian yang berkuasa memberikan tahap perlindungan yang tiada tandingan dan pelaporan yang canggih dalam platform pengurusan awan yang mudah digunakan.

ketahui lebih lanjut tentang CloudCare