Management Console
CONSOLE PERCUMA

Management Console

Urus perlindungan semua peranti anda dari satu tempat tanpa kos tambahan

Mengapa gunakan Management Console?

Gunakan konsol untuk memantau kesihatan semua peranti dari satu tempat, menyemak bilangan ancaman yang disekat, menjadualkan imbasan tetap dan banyak lagi.

Susun peranti ke dalam kumpulan, buat templat tetapan, jadualkan tugas dan lancarkan antivirus dari jauh dengan mudah tanpa memerlukan sebarang pengetahuan teknikal.

Muat turun dan edarkan kemas kini virus serta kemas kini program ke semua peranti melalui satu papan pemuka.

Management Console adalah percuma untuk digunakan dengan sebarang Avast Business Antivirus dan tanpa sebarang kos penyelenggaraan.

Perlukan sebab lain?

Ciri Management Console

Papan Pemuka Pengurusan dan Pelaporan

Lihat laporan tentang ancaman, tugas atau peranti, pantau status lesen dan banyak lagi.

Pemberitahuan

Terima kemas kini tentang acara keselamatan penting, maklumat sistem, kitaran pengebilan dan pelbagai lagi. Sesuaikan cara, waktu dan tempat anda menerima pemberitahuan dengan mudah.

Sistem pengendalian peranti disokong

Console ini dapat melancarkan dan menyegerakkan dengan sistem pengendalian ini:

  • Stesen kerja Windows
  • Pelayan Windows
  • Stesen kerja Mac
  • Android (akan datang)
  • iOS (akan datang)

Pelancaran peranti

Penyelesaian keselamatan yang mudah dipasang, diurus, digunakan serta boleh mengalih keluar perisian keselamatan yang berkonflik.

  • Pelancaran dari jauh (melalui Active Directory) (akan datang)
  • Penggunaan manual (muat turun fail EXE, DMG, MSI)
  • Pemasang dihantar melalui e-mel
  • Anda boleh memilih untuk menyahpasang sebarang perisian antivirus secara automatik

Pengaktifan peranti

Ciri keselamatan tambahan: aktifkan peranti anda yang baharu dipasang secara manual atau automatik.

Jenis tugas

  • Mengimbas (cepat, sistem lengkap, masa but, tersuai)
  • Kemas kini perisian
  • Kemas kini definisi virus
  • Penutupan Peranti
  • Mula Semula Peranti
  • Penghantaran mesej ke peranti

Penjadualan tugas

Jalankan tugas anda dengan segera atau jadualkannya untuk masa yang tertentu.

Pelayan Kemas Kini Setempat

Jimat data lebar jalur anda. Satu peranti pilihan anda (cermin) akan memuat turun kemas kini hanya sekali dan mengedarkannya ke peranti anda yang lain.

Kumpulan peranti

Atur peranti anda ke dalam kumpulan dan kumpulan kecil logik.

Tetapan peranti (dasar)

Buat dan gunakan tetapan tertentu pada pemilihan peranti atau kumpulan.

Cuba sebelum beli/Kaedah pembayaran

Percubaan 30 hari untuk semua pelan Avast Business Antivirus. Bayaran pendahuluan 1tahun, 2tahun, 3tahun. Kami menerima Kad Kredit, Paypal dan Pindahan Kawat.

Kebenaran pengguna

Keupayaan untuk menetapkan pelbagai peranan pentadbir dengan kebenaran untuk pengguna Console berbeza. (akan datang)

Jenis Console – Cloud Console

  • Tiada kos pemasangan atau penyelenggaraan, dikemas kini secara automatik.
  • Boleh diakses dari mana-mana sahaja dan pada sebarang peranti
  • Brosur teknikal dalam PDF

Sokongan Bahasa

Console diterjemahkan kepada 8 bahasa: Bahasa Inggeris, Deutsch, Español, Français, Italiano, Português, Pусский, Norsk,

... Dan banyak lagi akan datang

Lihat pelan tindakan kami, langkah pembangunan dan perkara yang telah dikeluarkan.

SEMBUNYIKAN

Antara muka mesra pengguna, walaupun untuk pengguna bukan teknikal

Sediakan konsol anda dalam beberapa langkah yang mudah

1

Pilih antivirus anda

Mulakan dengan memilih salah satu daripada tiga pelan antivirus. Teruskan dengan pembelian atau percubaan dan buat akaun Avast Business.

2

Sediakan konsol anda dan pasang antivirus

Lihat sekeliling, proses penyertaan akan membantu anda melancarkan pemasang ke peranti anda.

3

Selesai!
Perniagaan anda dilindungi

Peranti yang memasang antivirus akan dipaparkan dalam konsol. Kini anda boleh mengaktifkannya, menyusun ke dalam kumpulan, menjadualkan tugas dan menyesuaikan tetapan.

Mulakan dengan memilih tahap perlindungan anda

Business Antivirus
Windows
macOS
Pelayan Windows
DISKAUN 20%
Stesen kerja OS Windows
Stesen kerja macOS
Pelayan kerja OS Windows
Disyorkan  
Disyorkan  
 
Antivirus Antivirus Pro Antivirus Pro Plus
RM 141.72 RM 177.16 RM 177.16 RM 221.46 RM 212.60 RM 265.76
Beli sekarang Beli sekarang Beli sekarang
Disyorkan  
Disyorkan  
 
Avast Business Antivirus Avast Business Antivirus Pro Avast Business Antivirus Pro Plus
Beli sekarang Beli sekarang Beli sekarang
Antivirus Mengimbas fail, URL dan lampiran e-mel secara aktif untuk melindungi perniagaan anda daripada perisian hasad, perisian intip, perisian tebusan dan bermacam-macam lagi. Mengimbas fail dan program sebelum membenarkan fail dan program ini dibuka atau dijalankan. Ya Ya Ya
CyberCapture Apabila fail yang tidak dikenali dimuat turun pada salah satu PC anda, satu salinan akan dihantar kepada pakar kami di Makmal Virus Avast untuk mengenal pasti sama ada fail ini selamat atau tidak. Menghantar fail yang mencurigakan ke Makmal Ancaman untuk dianalisis. Ya Ya Ya
Tembok Api Anda mengunci pintu perniagaan anda – oleh itu, lakukan perkara yang sama untuk rangkaian anda dengan menggunakan Tembok api yang berkuasa dan boleh disesuaikan yang menghalang pelawat yang tidak dikehendaki di dalam jejak mereka. Menapis trafik rangkaian dan menghentikan sambungan yang tidak dipercayai. Ya Ya Ya
Perisai Kelakuan Perisian hasad yang diakar dengan mendalam boleh bersembunyi dalam program anda yang sedang berjalan. Perisai Tingkah Laku memantau semuanya untuk mengesan aktiviti yang mencurigakan untuk mematikan serangan. Menghentikan program dan aplikasi yang berbahaya pada peranti anda. Ya Ya Ya
Perisai Web Semak URL dan sijil untuk memastikan ia selamat sebelum membuat sambungan rangkaian. Menyekat tapak web berbahaya sebelum dibuka. Ya Ya Ya
Perisai E-mel Semak e-mel masuk dan keluar untuk memastikan e-mel benar-benar bebas perisian hasad. Menyemak ancaman secara berterusan dalam e-mel masuk dan keluar. Ya Ya Ya
Anti-spam Cara terbaik untuk mengurangkan risiko adalah dengan menyingkirkannya: jauhkan e-mel pemancingan data (dan spam yang mengganggu) yang berbahaya daripada peti masuk anda dan pekerja anda. Menyekat spam dan e-mel pemancingan data yang tidak dikehendaki. Ya Ya Ya
Imbasan Pintar Kecekapan adalah penting untuk mana-mana perniagaan. Imbasan Pintar menggabungkan antivirus, kemas kini perisian, keselamatan rangkaian dan imbasan prestasi menjadi satu klik baiki. Menyemak sebarang isu prestasi atau keselamatan dengan cepat. Ya Ya Ya
Kotak Pasir Jika anda ada fail yang berisiko yang ingin dijalankan, gunakan "ruang selamat" maya kami, yang boleh melaksanakan sebarang fail yang anda inginkan, dipisahkan dengan selamat daripada bahagian PC yang lain. Persekitaran yang selamat untuk menguji fail dan program yang diragui. Ya Ya Ya
Pemeriksa Wi-Fi Terdapat lebih banyak cara berbanding sebelum ini untuk penjenayah siber menyelinap masuk ke rangkaian. Cari dan baiki apa sahaja kelemahan yang mungkin meletakkan anda dalam risiko dengan alat pengimbasan rangkaian kami. Mencari kelemahan dalam rangkaian anda. Ya Ya Ya
Tapak Sebenar Tapak web palsu adalah alat utama penggodam untuk menipu orang dalam memberikan maklumat peribadi mereka. Elakkan tapak ini dan pastikan pekerja anda selamat. Menjauhkan anda daripada tapak web palsu yang direka untuk mencuri data anda. Ya Ya Ya
Cakera Penyelamat Dengan pemacu luaran khas, anda boleh menjalankan imbasan anti-perisian hasad sebelum OS dibut, ini dapat mendedahkan perisian hasad yang bersembunyi jauh di dalam sistem yang sukar dicapai. Menbuat antivirus sandaran luaran untuk menyelamatkan PC yang terjejas. Ya Ya Ya
Software Defender Jangan buang masa mengemas kini aplikasi selepas aplikasi. Benarkan Software Defender mengemas kini perisian anda secara automatik. Mengemas kini perisian yang dipasang secara automatik untuk membantu mencegah penggodaman. Ya Ya
Pemusnah Data Fail yang telah dihapuskan mudah dipulihkan. Pastikan dokumen rahsia yang mengandungi maklumat kewangan atau data pelanggan dan pekerja dimusnahkan selama-lamanya. Padam secara kekal fail yang tidak mahu dipulihkan. Ya Ya
Pembersihan Pelayar Tambahan yang tidak dikehendaki dan data pelayar yang tidak diperlukan boleh melambatkan pekerja atau mengkompromikan data mereka. Pastikan semuanya berjalan lancar dan cepat dengan pembersihan pelayar rutin. Memadam fail sarap yang memperlahankan pelayar anda. Ya
Perisai Kamera Web Hentikan pengintipan kamera web selama-lamanya. Kini, aplikasi perlu meminta kebenaran anda untuk menggunakan kamera web, oleh itu anda sentiasa tahu siapa yang melihat. Memberi amaran kepada anda sebelum kamera web dihidupkan agar dapat melindungi privasi anda. Ya
Passwords Pertahankan butiran log masuk pekerja dengan kata laluan induk yang selamat. Disertakan dengan tambahan pelayar untuk pengisian automatik borang log masuk dalam talian yang mudah dan selamat. Melindungi kata laluan dan memperkemaskan akaun dalam talian anda. Ya
SecureLine VPN Jadikan setiap sambungan sulit tanpa mengira rangkaian atau Wi-Fi yang pekerja anda gunakan untuk menghalang identiti mereka atau data anda daripada dilihat atau dicuri dalam talian. Rangkaian terbuka dan lemah dijadikan lebih selamat, di mana-mana sahaja. Ya
Antivirus Mengimbas fail, URL dan lampiran e-mel secara aktif untuk melindungi perniagaan anda daripada perisian hasad, perisian intip, perisian tebusan dan bermacam-macam lagi. Mengimbas fail dan program sebelum membenarkan fail dan program ini dibuka atau dijalankan. Ya Ya Ya
Perisai Web Semak URL dan sijil untuk memastikan ia selamat sebelum membuat sambungan rangkaian. Menyekat tapak web berbahaya sebelum dibuka. Ya Ya Ya
Perisai E-mel Semak e-mel masuk dan keluar untuk memastikan e-mel benar-benar bebas perisian hasad. Menyemak ancaman secara berterusan dalam e-mel masuk dan keluar. Ya Ya Ya
Antivirus Mengimbas fail, URL dan lampiran e-mel secara aktif untuk melindungi perniagaan anda daripada perisian hasad, perisian intip, perisian tebusan dan bermacam-macam lagi. Mengimbas fail dan program sebelum membenarkan fail dan program ini dibuka atau dijalankan. Ya Ya Ya
CyberCapture Apabila fail yang tidak dikenali dimuat turun pada salah satu PC anda, satu salinan akan dihantar kepada pakar kami di Makmal Virus Avast untuk mengenal pasti sama ada fail ini selamat atau tidak. Menghantar fail yang mencurigakan ke Makmal Ancaman untuk dianalisis. Ya Ya Ya
Perisai Web Semak URL dan sijil untuk memastikan ia selamat sebelum membuat sambungan rangkaian. Menyekat tapak web berbahaya sebelum dibuka. Ya Ya Ya
Perisai E-mel Semak e-mel masuk dan keluar untuk memastikan e-mel benar-benar bebas perisian hasad. Menyemak ancaman secara berterusan dalam e-mel masuk dan keluar. Ya Ya Ya
Anti-spam Cara terbaik untuk mengurangkan risiko adalah dengan menyingkirkannya: jauhkan e-mel pemancingan data (dan spam yang mengganggu) yang berbahaya daripada peti masuk anda dan pekerja anda. Menyekat spam dan e-mel pemancingan data yang tidak dikehendaki. Ya Ya Ya
Imbasan Pintar Kecekapan adalah penting untuk mana-mana perniagaan. Imbasan Pintar menggabungkan antivirus, kemas kini perisian, keselamatan rangkaian dan imbasan prestasi menjadi satu klik baiki. Menyemak sebarang isu prestasi atau keselamatan dengan cepat. Ya Ya Ya
Pemeriksa Wi-Fi Terdapat lebih banyak cara berbanding sebelum ini untuk penjenayah siber menyelinap masuk ke rangkaian. Cari dan baiki apa sahaja kelemahan yang mungkin meletakkan anda dalam risiko dengan alat pengimbasan rangkaian kami. Mencari kelemahan dalam rangkaian anda. Ya Ya Ya
Tapak Sebenar Tapak web palsu adalah alat utama penggodam untuk menipu orang dalam memberikan maklumat peribadi mereka. Elakkan tapak ini dan pastikan pekerja anda selamat. Menjauhkan anda daripada tapak web palsu yang direka untuk mencuri data anda. Ya Ya Ya
Cakera Penyelamat Dengan pemacu luaran khas, anda boleh menjalankan imbasan anti-perisian hasad sebelum OS dibut, ini dapat mendedahkan perisian hasad yang bersembunyi jauh di dalam sistem yang sukar dicapai. Menbuat antivirus sandaran luaran untuk menyelamatkan PC yang terjejas. Ya Ya Ya
Perlindungan Sharepoint Menyemak semua fail yang dimuat naik ke storan kongsi anda untuk memastikan tiada perisian hasad yang berpeluang menjejaskan data anda. Ruang digital yang selamat untuk menyimpan dan berkongsi dokumen korporat. Ya Ya
Perlindungan Exchange Mengimbas dan menapis e-mel yang mengandungi lampiran berniat jahat atau pautan yang tidak selamat untuk memastikan komunikasi dalaman tidak akan diancam oleh perisian hasad. Mengimbas lampiran e-mel dan melindungi komunikasi anda daripada SPAM. Ya Ya
Pemusnah Data Fail yang telah dihapuskan mudah dipulihkan. Pastikan dokumen rahsia yang mengandungi maklumat kewangan atau data pelanggan dan pekerja dimusnahkan selama-lamanya. Padam secara kekal fail yang tidak mahu dipulihkan. Ya Ya
RM 177.16 RM 221.46 RM 265.76
Jaminan wang dikembalikan 30 hari RM 141.72 1 peranti setiap 1 tahun RM 177.16 1 peranti setiap 1 tahun RM 212.60 1 peranti setiap 1 tahun
Beli sekarang Percubaan 30 hari percuma Beli sekarang Percubaan 30 hari percuma Beli sekarang Percubaan 30 hari percuma

Apa yang pelanggan katakan tentang konsol

<

us Brian Crafton Brookland Public Schools

Ia sungguh mudah. Dengan pilihan menghantar pautan muat turun melalui e-mel dan menyesuaikan mesej, sangat mudah bagi pengguna akhir kami untuk melakukan sendiri kemas kini. Saya tidak akan mengubah apa-apa!

cz Jakub Sedmák AWOS s.r.o.

Saya suka Management console yang baharu. Saya boleh mengaksesnya dari mana-mana sahaja di dalam syarikat saya dengan mudah, ia memberi saya maklumat tentang status antivirus saya dan mencadangkan penyelesaian yang tersedia untuk isu yang ditemui.

us Quentin Smith Benassi & Benassi, P. C.

Anda telah meyakinkan saya untuk menggunakan pentadbiran berasaskan awan. Kami telah menguji produk lain yang tidak berfungsi dengan baik. Pentadbir web Avast berfungsi dengan baik.

in Anand Sharma AB Cartridge Pvt Ltd

Bahagian terbaik perisian ini ialah anda boleh mengurus semua pemasangan anda dari satu tempat. Berfungsi dengan baik pada semua komputer saya di pejabat. Saya diberitahu dengan baik tentang setiap amaran. Saya mempunyai 8 buah komputer dalam rangkaian saya dan semuanya mempunyai Avast.

us Jeff Hunt Glenns Ferry School District

Harga dan khidmat pelanggan ialah dua elemen terbaik Avast. Kami menggunakannya secara dalaman pada semua komputer dan pelayan Windows. Sungguh mudah digunakan dan penjadualan tugas imbasan amat mudah dilakukan.

za James Matshubeng Matoto Technologies

Saya juga kagum kerana ia boleh dikawal dari satu pusat. Kami menggunakan penyelesaian yang dihoskan Webroot dan Trendmicro tetapi masalahnya pada harga dan proses pesanan.

>

Soalan Lazim

Keperluan sistem

Saya sudah memiliki akaun dalam Console tetapi terlupa kata laluan. Apa boleh saya lakukan?

Sila pergi ke laman penetapan semula kata laluan dan ikut arahan.

Mengapakah saya ingin menggunakan Console?

Mengurus tetapan peranti anda daripada Console yang dipermudahkan menjimatkan masa dan lebar jalur untuk anda dan syarikat anda. Lebih penting lagi, ia meningkatkan prestasi pentadbir dan memberitahu anda dengan segera tentang kelemahan keselamatan. Sebagai bonus, Console adalah percuma untuk digunakan dengan mana-mana versi Avast Business Antivirus.

Apakah perbezaan antara versi kendiri Avast Business Antivirus dan versi dengan Console?

Pemasang kendiri perlu dimuat turun secara manual ke setiap peranti dari tapak web kami. Sebarang tugas, kemas kini atau penyesuaian tetapan akan disimpan setempat pada setiap peranti, bukannya dikongsi secara universal di antara semua peranti.
Versi kendiri berguna apabila anda mempunyai kurang daripada 5 peranti dan anda tidak merancang untuk menambah peranti atau lesen lain pada masa akan datang.

Console boleh menjana dan menggunakan pemasang ke semua peranti anda, supaya semua peranti itu diurus dari Console. Contohnya: pentadbir boleh mengatasi tetapan dari jauh, menolak tugas, mengemas kini pangkalan data virus dan pelbagai lagi dari Console tanpa perlu ada pada titik akhir peranti tertentu.
Management Console berguna apabila pasukan anda bekerja dari banyak pejabat, anda menggajikan pekerja jauh atau untuk pengguna bukan teknikal - data pasukan anda selamat tanpa mereka perlu berbuat apa-apa.

Bolehkah saya beralih daripada versi kendiri Avast Business Antivirus kepada versi dengan Console?

Ya, anda akan dapat menggunakan lesen yang sama untuk antivirus kendiri dan yang terurus.

Adakah Console untuk syarikat besar sahaja?

Tidak, Console boleh digunakan dengan bilangan peranti tanpa had. Memandangkan Management Console telah direka untuk semua jenis perniagaan kecil dan besar, mengurus dan mengawasi peranti anda adalah ringkas dan mudah.

Bolehkah saya mengurus lesen saya (langganan) dari Console?

Ya, dalam Console anda boleh memulakan percubaan ketiga-tiga pelan, menambahkan lesen untuk lebih banyak peranti, melanjutkan lesen dan mengedit sebarang pembaharuan automatik. Petua rahsia: Apabila anda memikirkannya, anda akan mendapat 90 hari percubaan percuma selepas mendaftar.

Bolehkah saya menggabungkan semua pelan Avast Business Antivirus saya dalam satu akaun?

Ya, anda boleh. Anda mulakan dengan satu pelan (anda pilih di sini di web), kemudian dalam Console anda boleh memilih untuk menambahkan dua yang lain. Anda juga boleh menggabungkan perlindungan Mac dan Windows ke dalam satu Console. Biasanya, anda ingin memiliki tahap perlindungan yang berbeza untuk peranti yang berlainan (seperti pelayan berbanding stesen kerja) dan pengguna yang berbeza (penyambut tetamu berbanding CTO).

Di manakah boleh saya dapatkan maklumat tentang perancangan keluaran Console untuk masa hadapan?

Klik di sini untuk melihat pelan tindakan produk kami, pembangunan semasa dan keluaran terdahulu. Anda juga boleh menyerahkan idea ciri anda sendiri atau mengundi ciri sedia ada.

Apakah kelebihan Cloud Console?

Cloud Console menjimatkan masa dan wang anda yang diperlukan untuk penyelenggaraan Console anda sendiri. Daripada mengehoskan Console pada mesin tempatan, ia boleh diakses dari sebarang rangkaian pada sebarang peranti melalui Awan, yang diselenggara dan dikemas kini oleh Avast. Cloud Console dikemas kini secara automatik dalam kitaran kira-kira 2 minggu.

Adakah Console mempunyai ciri yang sama pada setiap pelan?

Ya, tidak kira tahap Avast Business Antivirus yang anda pilih, antara muka dan ciri Console adalah sama. Anda juga boleh menggabungkan pelbagai tahap perlindungan (lesen campuran, contohnya Business Antivirus dengan Antivirus Pro Plus atau gabungkan peranti dengan sistem pengendalian yang lain) dalam satu Console. Satu-satunya perbezaan ialah bagi peranti titik akhir dengan tahap perlindungan yang lebih rendah, ciri-ciri penyelesaian yang lebih maju tidak akan diaktifkan dalam Console dan anda hanya boleh menggunakannya jika anda menaik taraf ke pelan yang lebih tinggi tetapi Console itu tetap akan kelihatan sama.

Mengapakah saya perlu mengaktifkan peranti baharu selepas pemasangan?

Ini ialah ciri keselamatan yang menghalang peranti yang tidak diketahui daripada ditambahkan pada Console anda secara automatik. Anda boleh mengalih keluar sebarang peranti yang tidak dikenali pada bila-bila masa.

Apakah perbezaan antara tiga produk Avast Business Antivirus ini?

Pelan yang paling asas meliputi perlindungan antivirus penting untuk perniagaan dengan beberapa alat lain untuk meningkatkan kebolehgunaan. Pelan kedua (dan yang disyorkan) menambahkan komponen perlindungan data pada produk antivirus teras. Akhirnya, dalam pelan ketiga, edisi muktamad, semua komponen daripada dua pelan pertama ada disertakan dan ditambah komponen yang direka untuk perlindungan identiti yang dipertingkatkan.

Untuk mendapatkan senarai lengkap komponen dan penerangannya klik di sini.

Pada platforms/peranti apakah Avast Business Antivirus boleh dipasang?

Lihat tab seterusnya – Keperluan Sistem.

Adakah produk anda patuh GDPR?

Kami komited untuk mematuhi GDPR pada 25 Mei 2018.

Berapa sukarkah untuk menyediakan Console?

Cloud Console sungguh mudah untuk disediakan. Selepas mendaftar, anda akan dibawa ke papan pemuka yang akan menunjukkan gambaran keseluruhan status rangkaian anda. Anda juga akan diberitahu perkara yang perlu dilakukan seterusnya melalui mesej penyertaan. Langkah seterusnya adalah untuk menyemak Tetapan Peranti anda dan selepas itu untuk menggunakan pemasang ke peranti anda. Langkah terakhir akan meminta anda mengaktifkan peranti baharu. Selepas itu, setiap peranti anda yang telah diaktifkan akan melakukan imbasan dan akan mendapat status kesihatan seperti Selamat, Lemah atau Dalam Bahaya, bergantung kepada sama ada ancaman ditemui dan diselesaikan.

Bolehkah lebih ramai pengguna mengurus atau memiliki akses ke Console?

Ya. Anda boleh menambahkan pentadbir lain dan memperuntukkan pelbagai tahap kebenaran.

  • Windows:
  • Windows 10 (Pro, Education, Enterprise dan cabang perkhidmatan Windows 10 yang disokong dalam pasaran termasuk – Cabang Semasa, Cabang Semasa untuk Perniagaan dan cabang Perkhidmatan Jangka Panjang berikut – 1607, 1507, 1703.)
  • Windows 8.1
  • Windows 8
  • Windows 7 (Pek Khidmat 1)
  • Mac:
  • MacOS 10.9 (Mavericks atau lebih baharu dengan sekurang-kurangnya 500 MB ruang cakera kosong.)
  • Pelayan:
  • Windows Server 2019 (versi 64 bit)
  • Windows Server 2016 (versi 64 bit)
  • Windows Server 2012 (versi 64 bit)
  • Windows Server 2008 R2 (versi 64 bit dengan Pek Khidmat terkini, kecuali Server Core Edition)
  • Microsoft Exchange Server 2016 (versi 64 bit)
  • Microsoft Exchange Server 2013 (versi 64 bit)
  • Microsoft Exchange Server 2010 Pek Khidmat 2 (versi 64 bit)
  • Perkakasan:
  • Intel Pentium 4 / AMD Athlon 64 CPU yang menyokong arahan SSE2, 256 MB+ RAM dan 2 GB ruang cakera keras.