Kami menyokong pelayar, bukan dinosaur. Sila kemas kini pelayar anda jika anda ingin melihat kandungan laman web ini dengan betul.

Avast Virtual Mobile Platform

Kawal data anda. Bebaskan perniagaan anda. Berikan peluang kepada pekerja anda untuk bekerja di mana-mana mereka berada, dengan akses selamat dan segera kepada aplikasi dan data korporat.

Data anda adalah perniagaan anda

Lebih ramai pekerja anda, lebih tinggi peluang untuk data syarikat anda boleh terbocor. Avast VMP membolehkan anda mencipta infrastruktur mudah alih maya (VMI) yang menstrim aplikasi mudah alih ke mana-mana peranti. Oleh sebab aplikasi dijalankan pada pelayan korporat, data anda tidak boleh hilang atau dicuri - walaupun jika peranti anda hilang atau dicuri.

Kebebasan untuk bekerja di mana-mana

Lebih mudah untuk bekerja apabila segala-galanya yang anda perlukan berada di hujung jari anda. Membolehkan pekerja anda untuk mengakses aplikasi perniagaan yang penting daripada semua peranti mudah alih mereka, menjadikan mereka lebih produktif.

Pengalaman Pengguna yang Semula Jadi

Pekerja anda sudah pun menggunakan aplikasi. Berikan mereka pengalaman mudah alih ke atas mudah alih.

MDM Tidak Diperlukan

Akses data korporat secara selamat daripada mana-mana peranti - tanpa risaukan tentang "Big Brother".

Akses Segera

Akses rangkaian dalaman tanpa perlu melalui VPN yang berasingan.

Tiada kebocoran yang tidak disengajakan

Menghalang penggodam daripada memasang telinga dan menyerang data anda dengan penyulitan yang superior dan pencegahan petikan skrin.

Di premis? Atau di awan?

Pilihan di tangan anda. Perkakas maya Avast VMP digunakan secara praktikalnya hampir di mana-mana hipervisor. Gunakannya di sebalik tembok api anda untuk jaminan perlindungan atau di awan untuk kecekapan kos. Dengan Avast VMP, anda tahu di mana data anda berada pada setiap masa.

Lebih kawalan untuk ketenangan fikiran

  • Mengawal aplikasi mana yang boleh melakukan sesuatu kepada data anda
  • Memantau penggunaan rangkaian aplikasi dan menapis aplikasi, sehingga ke paras bingkisan.
  • Mengehadkan akses aplikasi ke direktori dan kalendar korporat anda.
  • Menjana laporan penggunaan perniagaan dan mengeksport log aktiviti ke alat laporan pematuhan.

Hubungi Jualan Sumber Selanjutnya

Tutup

Hampir selesai!

Lengkapkan pemasangan dengan mengklik fail yang anda muat turun dan mengikut arahan.

Memulakan muat turun ...
Perhatian: Jika muat turun anda tidak bermula secara automatik, sila klik di sini.
Klik fail ini untuk mula memasang Avast.