Avast Premier

Lanjutkan keselamatan antivirus PC kepada tahap yang tertinggi. Dengan tiada apa-apa yang ditakutkan lagi, tiada apa-apa yang dapat menghalang anda.

Perlindungan berterusan tersedia Jaminan wang dikembalikan 30 hari Muat turun percubaan

Perlindungan berkualiti tertinggi untuk sesiapa yang inginkan segala-galanya

Perlindungan berasaskan awan untuk menentang ancaman detik sifar terhadap PC, rangkaian rumah dan kata laluan anda – di samping kemas kini perisian automatik untuk semua aplikasi anda dan pemusnahan data secara kekal.

Pengemas kini perisian Avast

Baiki aplikasi lain – secara automatik

Pemusnah data Avast

Jangan tinggalkan apa-apa sekalipun

Perlindungan rangkaian Avast

Kukuhkan rangkaian anda

Perbankan selamat Avast

Ch-ching. Bayar & lakukan perbankan dengan selamat

Lihatlah ciri-cirinya

Avast Premier penuh dengan ciri yang menawarkan anda keselamatan paling lengkap daripada pilihan produk kami.

Antivirus Risikan

Mengesan semua bentuk ancaman, daripada virus sehinggalah perisian merbahaya. Ya, termasuk serangan perisian pengintip, perisian tebusan dan pemancingan data.

CyberCapture

Pengesanan ancaman peribadi masa nyata. Menghantar fail yang tidak diketahui ke Makmal Ancaman Avast untuk dianalisis oleh pakar kami dan mengkuarantinnya jika fail itu berbahaya.

BAHARU Perisai Kelakuan

Perisian berniat jahat gemar untuk berpura-pura seperti tidak berbahaya. Avast menganalisis kelakuan aplikasi secara masa nyata untuk mengesan sebarang perubahan mencurigakan sebelum berlakunya kerosakan.

Pengimbasan Pintar

Satu klik yang mudah kini lebih berkuasa. Menyemak PC dan rangkaian anda bagi pelbagai jenis masalah - dan memberitahu anda cara membetulkannya dengan serta-merta.

Tembok Api

Anda mengunci pintu depan anda untuk mengelakkan daripada pencuri – jadi, begitu juga dengan komputer anda. Tembok api memastikan anda selamat daripada semua bentuk penceroboh.

Kotak Pasir

Pernah memuat turun fail daripada pelayan yang mencurigakan dan mengesyakinya mendatangkan masalah? Uji fail dalam ruang tertutup terlebih dahulu dan pastikan keseluruhan PC anda selamat.

Pemeriksa Wi-Fi

Adakah penghala anda disediakan dengan betul untuk menyekat ancaman? Kami akan memberitahu anda. Jika tidak, sesiapa sahaja boleh menceroboh ke dalam rangkaian rumah anda dan apa-apa yang disambungkan kepadanya.

Pembersihan Pelayar

Singkirkan bar alat, pasang tambah dan sambungan misteri yang dipasang tanpa diketahui anda – dan tanpa kebenaran anda.

Passwords

Terlalu banyak kata laluan, tiada yang selamat? Ia adalah perkara biasa. Ingat satu sahaja dan Avast Passwords akan menguruskan yang lain.

BAHARU Mod Pasif

Tidak suka memilih-milih antivirus? Tiada masalah. Avast boleh berada di latar belakang dengan senyap sehingga anda memerlukan ciri lanjutan kami yang lain.

Pengemas Kini Perisian Automatik

Internet mengandungi pelbagai panduan yang meluas tentang cara mengekspoitasi isu keselamatan dalam perisian usang. Paling penting ialah untuk menjadi lebih cepat berbanding penggodam. Secara automatik.

Pemusnah Data

Adakah anda berkongsi PC anda, membaikinya atau akan menjualnya? Mudah sahaja untuk memulihkan fail dipadam yang bertujuan untuk pandangan anda sahaja. Hapuskannya buat selama-lamanya.

Laman Sebenar

Tetapan penghala anda boleh diubah untuk menyambungkan anda ke laman palsu. Mengapa? Supaya penggodam boleh mencuri butiran perbankan anda. DNSSelamat memastikan perbankan dalam talian anda selamat.

Anti-spam

Spam bukan sahaja menjengkelkan. Ia juga boleh berbahaya. Premier memastikan anda – dan wang anda – selamat daripada ancaman seperti e-mel pemancingan data.

Pelayar ZonSelamat

Cara baharu untuk melayari Internet, perbankan dan membeli-belah. Dengan set alat yang direka untuk memberikan perlindungan tambahan, temui mengapa ZonSelamat ialah pelayar paling selamat di dunia®.

BAHARU Mod Permainan

Menangguhkan semua pemberitahuan Windows dan pemberitahuan lain anda secara automatik supaya anda dapat menggunakan kuasa dan kelajuan pemprosesan maksimum untuk permainan anda.

Sokongan dalam produk

Mengalami masalah dengan Avast anda? Anda tidak perlu mencari merata-rata untuk mendapatkan bantuan. Hantarkan sahaja mesej kepada kami daripada Premier anda.

Akaun Avast

Semua peranti anda yang dilindungi Avast berada pada satu tempat yang mudah. Menguruskan lesen anda, mencari peranti mudah alih anda dan kekal tersusun dengan cara yang mudah.

Keperluan sistem

* Kedua-dua versi 32- dan 64-bit, tidak termasuk edisi Starter dan RT.

Muat turun percubaan Beli sekarang

Logo pelayar Chrome

Avast mengesyorkan anda menggunakan
pelayar internet Chrome™ PERCUMA.