Avast Pro Antivirus

Perlindungan lanjutan dengan kos yang rendah dan ringan untuk PC anda.

Perlindungan berterusan tersedia Jaminan wang dikembalikan 30 hari Muat turun percubaan

Untuk mereka yang inginkan kecekapan

Pengesanan ancaman lanjutan dengan kos yang rendah. Pro Antivirus membantu anda kekal selamat dengan kesan minimum pada prestasi PC anda.

Pengujian fail Avast

Uji fail mencurigakan dalam Kotak Pasir

Penyulitan data Avast

Sambung ke laman web sebenar, bukannya yang palsu

Perlindungan rangkaian rumah Avast

Lindungi rangkaian rumah anda

Lihatlah ciri-cirinya

Pro Antivirus memastikan keselamatan anda dengan pelbagai ciri lanjutan, sokongan tambahan dan penggalak prestasi.

Laman Sebenar

Lindungi diri anda daripada penggodam yang cuba merampas tetapan DNS (Sistem Nama Domain) anda, mengubah hala kepada tapak web palsu dan mencuri butiran perbankan anda.

Pemeriksa Wi-Fi

Kesan kelemahan secara automatik dalam Wi-Fi rumah anda dan orang asing yang menggunakan rangkaian anda.

Antivirus Pintar

Kesan dan sekat virus, perisian merbahaya, perisian pengintip, ransomware dan pemalsuan. Kami menggunakan analisis pintar untuk menghentikan ancaman sebelum ia menjejaskan anda.

CyberCapture

Hantar fail yang mencurigakan secara automatik untuk dianalisis di awan dan hantarkan penawarnya kepada semua pengguna Avast jika ia merupakan ancaman.

Perisai Kelakuan

Kesan dan sekat corak kelakuan mencurigakan untuk perlindungan zero second terhadap ancaman dan ransomware yang tidak diketahui.

Imbasan Pintar

Cari semua kelemahan yang membolehkan perisian merbahaya menyelinap masuk, daripada tetapan yang tidak selamat dan kata laluan hingga ke tambahan yang mencurigakan dan perisian lapuk.

Kotak Pasir

Uji dan main dengan fail yang mencurigakan dalam persekitaran yang selamat sebelum anda menjalankannya pada komputer untuk memastikan fail ini tidak akan membuat kacau pada PC anda.

Passwords

Kunci semua akaun anda dengan satu kata laluan yang selamat. Kami akan mengurus selebihnya untuk anda supaya anda dapat mengelog masuk dengan cepat dan selamat.

Mod Pasif

Ingin menggunakan antivirus lain tetapi masih menggemari ciri Avast? Letakkan kami dalam mod pasif: kami masih ada jika anda memerlukan kami.

Mod Permainan

Tunda pemberitahuan secara automatik untuk memanfaatkan sepenuhnya sesi permainan anda atau pengalaman skrin penuh lain.

Pembersihan Pelayar

Buang bar alat, tambahan dan sambungan lain pada pelayar anda yang dipasang tanpa pengetahuan anda.

Akaun Avast

Semua peranti anda yang dilindungi Avast berada pada satu tempat yang mudah. Menguruskan lesen anda, mencari peranti mudah alih anda dan kekal tersusun dengan cara yang mudah.

Sokongan dalam produk

Mengalami masalah dengan Avast anda? Anda tidak perlu mencari merata-rata untuk mendapatkan bantuan. Hantarkan sahaja mesej kepada kami daripada Premier anda.

Keperluan sistem

* Kedua-dua versi 32- dan 64-bit, tidak termasuk edisi Starter dan RT.

Muat turun percubaan Beli sekarang

Logo pelayar Chrome

Avast mengesyorkan anda menggunakan
pelayar internet Chrome™ PERCUMA.