Kami menyokong pelayar, bukan dinosaur. Sila kemas kini pelayar anda jika anda ingin melihat kandungan laman web ini dengan betul.
Skip to main content

Antivirus percuma untuk Mac

Dapatkan antivirus percuma untuk Mac untuk membantu melindungi Mac anda daripada virus dan perisian hasad lain, di samping mengukuhkan privasi dalam talian anda dengan ciri lanjutan yang mudah digunakan.
Mac 2022
Sijil Perlindungan Pengguna MacOS Home

Penarafan Terbaik2022
Juga tersedia untuk PC, Android dan iOS
Jaminan wang dikembalikan 30 hari
Antivirus yang memenangi anugerah untuk Mac
Tidak memperlahankan peranti anda
Lebih 435 juta pengguna di seluruh dunia
Lebih 30 tahun kepakaran keselamatan siber

Mac anda tidak kebal terhadap ancaman — tetapi antivirus Mac percuma kami melindungi anda dalam 3 cara

Perisian hasad bukan satu-satunya ancaman kepada Mac anda. Tapak web berniat jahat dan rangkaian Wi-Fi yang lemah juga boleh membahayakan keselamatan dan privasi anda. Avast Security untuk Mac menyediakan perlindungan daripada semua 3 ancaman, dan versi premium baharu turut mendedahkan penceroboh Wi-Fi dan menghalang ransomware.

Keselamatan Antiperisian hasad
Perisai Web dan E-mel
Imbas keselamatan Wi-Fi
Amaran penceroboh Wi-Fi (premium)
Perisai Ransomware (premium)
Perlindungan antiperisian hasad untuk Mac anda
macOS anda mungkin boleh menghalang beberapa variasi perisian hasad, tetapi ia tidak dapat membantu jika anda sudah dijangkiti. Antivirus percuma Avast untuk Mac bukan hanya menyekat virus, perisian intip, Trojans, dan perisian hasad yang lain dalam masa nyata, malah turut mengimbas keseluruhan Mac anda untuk mengesan ancaman yang sudahpun tersembunyi.
Perlindungan Masa Nyata
Berjalan dengan senyap di latar belakang untuk menyekat ancaman apabila muncul.
Pengesanan Perisian Hasad Lengkap
Menghentikan ancaman Mac dan Windows untuk menghalang anda daripada berkongsi fail yang dijangkiti dengan rakan anda yang menggunakan PC.
Imbasan Mac Penuh
Jalankan imbasan mendalam bagi seluruh Mac anda untuk menghapuskan perisian hasad yang tersembunyi.
Imbasan Pemacu Boleh Dialihkan
Imbas mana-mana pemacu luaran (CD, DVD, USB, dll.) yang disambungkan kepada Mac anda.
Imbasan Tersuai
Pilih fail atau folder tertentu untuk imbasan yang lebih pantas, dan disasarkan.
Imbasan Berjadual
Jadualkan imbasan untuk dijalankan semasa anda sedang tidur atau tiada di depan Mac anda.
Laporan Keselamatan
Sentiasa dimaklumkan dengan laporan keselamatan yang diperibadikan setiap 30 hari.
Kemas Kini Keselamatan Masa Nyata
Terima kemas kini keselamatan dan ciri baharu secara automatik.
Layari Internet dan gunakan e-mel dengan tenang. Anda dilindungi
Tapak web yang dipercayai juga boleh digodam dan penjenayah boleh menipu e-mel daripada rakan atau bank anda dengan mudah. Avast Security untuk Mac memberikan amaran kepada anda berkenaan tapak web yang tidak selamat, menyekat muat turun yang tidak selamat, menghalang lampiran e-mel yang berbahaya, dan mencegah penjejakan web yang mengganggu.
Perisai Web
Sekat muat turun berbahaya dan halang tapak web berbahaya daripada menyuntik perisian hasad ke atas Mac anda.
Perisai E-mel
Menghalang ada daripada menghantar dan menerima lampiran e-mel hasad dalam Mac.
Keselamatan Dalam Talian
Beri amaran kepada anda tentang tapak web yang tidak selamat, halang penjejakan iklan yang mengganggu dan ubah hala anda ke tapak yang betuldengan selamat jika anda tersilap memasukkan alamat. (Tersedia sebagai sambungan pelayar pilihan)
Cari dan baiki kerentanan rangkaian Wi-Fi
Rangkaian Wi-Fi yang tidak selamat terdedah kepada ancaman. Avast Security untuk Mac mengimbas keseluruhan rangkaian anda dan semua peranti yang bersambung bagi mengesan kerentanan untuk membantu anda menghentikan penggodam daripada mencuri data peribadi anda.
Ciri premium

Perlukan perlindungan antivirus Mac premium?
Memperkenalkan, Avast Premium Security

Perlukan perlindungan antivirus Mac premium? Memperkenalkan, Avast Premium Security

Avast Premium Security untuk Mac merangkumi semua pergerakan pemusnah perisian hasad percuma yang terdapat pada perisian sebelum ini, berserta dengan pertahanan premium terhadap penceroboh Wi-Fi dan ransomware.

Tangkap penceroboh Wi-Fi sewaktu menceroboh
Avast Premium Security memberitahu anda dengan serta-merta apabila seseorang menyertai rangkaian Wi-Fi anda. Ini membantu anda menghalang penggodam dan menghentikan jiran daripada memperlahankan rangkaian anda dengan penstriman video mereka yang tidak diundang.
Hentikan serangan ransomware
Avast Premium Security melindungi foto dan fail anda daripada serangan ransomware, maka penjenayah siber tidak dapat menyulitkan, mengunci, atau merosakkan memori peribadi anda dalam apa-apa cara sekalipun.

Cuba lihat ciri-ciri yang disertakan

Percuma
Premium
Sekat virus dan perisian hasad lain
Kesan virus, ransomware dan ancaman lain dalam masa nyata.
Dapatkan amaran keselamatan pelayar
Terima amaran berkenaan tapak web yang tidak selamat dan sekat penjejak web yang mengganggu dengan sambungan Avast Online Security.
Hentikan ransomware
Lindungi foto dan fail peribadi daripada perubahan dan sekatan yang tidak dikehendaki.
Beli-belah dan gunakan bank dengan lebih selamat
Elak tapak palsu untuk aktiviti beli-belah dan perbankan yang lebih selamat.
Dapatkan amaran keselamatan rangkaian Wi-Fi
Dapatkan amaran segera tentang kelemahan keselamatan dan penceroboh rangkaian.
Hentikan percubaan pemancingan data
Elakkan walaupun penipuan pancingan data terbaru dan tapak web palsu secara automatik.

Anda mungkin masih tertanya-tanya...

Avast Security for Mac
Fikirkan kelainan tentang keselamatan Mac
Juga tersedia untuk PC, Android dan iOS
Jaminan wang dikembalikan 30 hari
Surat berita
Tutup
Hampir selesai!
Lengkapkan pemasangan dengan mengklik fail yang anda muat turun dan mengikut arahan.
Memulakan muat turun ...
Perhatian: Jika muat turun anda tidak bermula secara automatik, sila klik di sini.
Klik fail ini untuk mula memasang Avast.
Tutup