Pilihan Privasi Anda

Jangan Jual atau Kongsi Maklumat Saya | Avast

Sebagai syarikat perisian antivirus yang paling dipercayai di dunia, kami 100% komited kepada pelanggan kami, oleh sebab itu kami ingin meluangkan masa untuk menjelaskan maksud sebenar pautan “Jangan Jual atau Kongsi Maklumat Saya” pada halaman web dan aplikasi Avast.

Bagaimana Anda Boleh Mengarahkan Kami untuk Tidak Menjual atau Berkongsi Maklumat Anda?

Terdapat beberapa cara boleh anda melakukan ini. Pertama, terdapat tetapan kuki ini:

Anda juga boleh mengakses tetapan ini dengan mudah pada bila-bila masa sahaja dengan mengklik pada “Keutamaan Kuki” dalam pengaki tapak web kami. Cara yang lain untuk anda menyampaikan keutamaan kuki anda kepada kami ialah dengan menukar tetapan kuki dalam pelayar anda.

Untuk meminta secara khusus agar kami tidak “menjual” atau berkongsi maklumat peribadi anda dalam situasi yang tidak melibatkan kuki, anda boleh menggunakan borang dalam talian kami di https://support.avast.com/ms-my/contact/dsr atau menghantar permintaan anda kepada dpo@avast.com.

Namun, sila ambil perhatian bahawa kami tidak mengekalkan data dengan cara yang akan membenarkan kami untuk mengaitkan maklumat tersebut kepada e-mel anda, jadi kami tidak dapat memilih anda keluar secara langsung.

Mengapakah Kami Menyediakan Pautan “Jangan Jual atau Kongsi”?

Sekiranya anda seorang penduduk California, Akta Hak Privasi California (“CPRA”) memberi anda hak untuk memilih keluar daripada “penjualan” maklumat peribadi anda.

Di bawah CCPA, “maklumat peribadi” merangkumi maklumat yang tidak semestinya berkait dengan identiti anda sebagai individu secara langsung, tetapi boleh dikaitkan dengan peranti anda. Ini meliputi pengecam seperti alamat IP, kuki web, bikon web dan ID Iklan mudah alih, antara yang lain. Dalam banyak kes, jenis maklumat ini tidak berkaitan dengan anda, tetapi terdapat pengecam unik yang mungkin berkaitan. Begitu juga, istilah “jual” ditakrifkan untuk merangkumi bukan hanya menjual dengan pertukaran wang, tetapi juga berkongsi atau memindahkan maklumat peribadi (termasuk maklumat yang tidak mengenal pasti individu secara langsung seperti yang diterangkan di atas) sebagai pertukaran untuk sesuatu yang bernilai, yang meliputi situasi dan jenis pertukaran yang lebih luas. Pada masa yang sama, perkara tertentu tidak dianggap sebagai “penjualan,” seperti kes apabila pengguna telah mengarahkan syarikat untuk mendedahkan maklumat peribadi (“pengecualian diarahkan pengguna”) atau maklumat pengguna dipindahkan sebagai sebahagian daripada penggabungan, pemerolehan, kebankrapan atau transaksi lain yang serupa yang menghasilkan perubahan kawalan yang mula berkuat kuasa (“perubahan kawalan’).

Tambahan pula, terdapat juga perkara tertentu yang tidak dianggap sebagai “perkongsian”, seperti kes (1) pengecualian diarahkan pengguna, (2) pemindahan atau perkongsian maklumat peribadi adalah dengan penyedia perkhidmatan atau kontraktor (“pengecualian penyedia perkhidmatan”) atau (3) perubahan kawalan, antaranya.

Adakah Kami “Menjual” atau "Berkongsi" Maklumat Peribadi Anda?

Sebagai amalan umum, kami tidak menjual maklumat yang mengenal pasti anda secara langsung, seperti nama, alamat atau e-mel anda. Di bawah pengecualian penyedia perkhidmatan yang dibincangkan di atas, kami berkongsi beberapa maklumat peribadi anda dengan penyedia perkhidmatan kami, yang kami ikat dengan kontrak untuk menggunakan maklumat tersebut semata-mata untuk menyediakan perkhidmatan untuk kami atau bagi pihak kami (contohnya, kami menggunakan rakan kongsi untuk menyediakan sokongan teknikal), atau dalam keadaan tambahan terhad yang digariskan dalam Notis Privasi kami (seperti untuk tujuan pemprosesan pembayaran yang mencegah penipuan atau untuk mematuhi undang-undang).

Walau bagaimanapun, definisi meluas CPRA tentang “maklumat peribadi”, “penjualan” dan "perkongsian dengan pihak ketiga" mungkin menganggap aliran maklumat yang biasa dalam analisis digital dan ekosistem pengiklanan sebagai penjualan. Seperti kebanyakan syarikat yang mengendalikan tapak web dan aplikasi komersial, kami menggunakan analisis dalam talian untuk mengukur cara pengguna berinteraksi dengan tapak web dan aplikasi kami. Cerapan yang alat analisis ini berikan kemudiannya memaklumkan cara kami mengesan dan membaiki pepijat, mengukur penggunaan tapak web dan aplikasi kami untuk memahami dengan lebih baik cara pengguna berinteraksi dengan tapak web dan aplikasi itu dan melaksanakan pengiklanan dalam talian. Untuk menjalankan analisis ini dan memudahkan pengiklanan dalam talian, kami mengikat kontrak dengan pihak yang mengumpulkan pengecam peranti dan meletakkan tag, kuki, bikon serta mekanisme penjejakan yang serupa pada tapak web/aplikasi kami serta tapak web/aplikasi pihak lain. Sebagai contoh, kami boleh meminta rakan kongsi pengiklanan memudahkan peletakan iklan kami pada tapak web tertentu setelah pengguna melawati tapak web kami sebelum itu. Rakan kongsi itu biasanya akan melakukan tindakan ini dengan meletakkan kuki pada pelayar pengguna, yang kemudiannya dapat mengenal pasti apabila pengguna menggunakan pelayar yang sama untuk melawati tapak web lain. Begitu juga, apabila tapak web atau aplikasi kami menyediakan ruang untuk iklan, rakan kongsi ini boleh menggunakan pengecam seperti kuki untuk tapak web atau AdID peranti untuk aplikasi mudah alih, bagi memudahkan penawaran masa nyata oleh pengiklan. Pada aplikasi mudah alih, anda boleh memilih keluar daripada pemprosesan ini dengan menaik taraf kepada versi berbayar produk yang sama atau dengan menyahpasang produk. Sila ambil perhatian bahawa pada tapak web kami, tanpa mengira pilihan anda berkenaan dengan penggunaan maklumat peribadi, anda masih akan melihat beberapa iklan apabila pengiklanan tersebut tidak melibatkan penjualan maklumat peribadi anda.

Apabila kami dapat memastikan dengan sewajarnya melalui kontrak bahawa pihak yang dinyatakan di atas boleh dan akan menggunakan kuki atau pengecam peranti semata-mata untuk memberikan perkhidmatan tertentu yang kami minta, dan mereka tidak akan menggunakan atau berkongsi data tersebut untuk tujuan lain, kami tidak akan menganggap perkongsian itu sebagai “penjualan.” Dalam kebanyakan kes, kami telah menentukan bahawa penyedia analisis data kami yang mengukur cara pengguna berinteraksi dengan tapak web dan aplikasi kami memenuhi standard ini dan, oleh itu, kami tidak akan menyekat perkongsian pengecam dengan penyedia perkhidmatan itu walaupun anda memilih keluar melalui pautan “Jangan Jual”.

Namun, dalam sesetengah kes, kami tidak mengawal sepenuhnya cara pengecam tersebut akhirnya digunakan oleh pihak tertentu (contohnya, hal ini kadangkala berlaku dalam ekosistem pengiklanan dalam talian). Akibatnya, apabila kami mempunyai kes seperti ini, kami tidak dapat menentukan bahawa perkongsian maklumat dengan pihak ini jatuh dalam pengecualian penyedia perkhidmatan di bawah undang-undang dan kami akan melayan senario itu sebagai “penjualan” atau, mengikut keadaan, sebagai “perkongsian dengan pihak ketiga”.

Bagaimanakah Kami Mengekalkan Pilihan “Jangan Beli atau Kongsi” Anda?

Untuk tapak web kami, jika anda menetapkan keutamaan “Jangan Beli atau Kongsi” (melalui tetapan kuki), keutamaan itu khusus untuk tapak yang anda lawati. Harap maklum bahawa tetapan tersebut akan hanya berfungsi jika pelayar anda ditetapkan untuk menerima kuki. Begitu juga, jika anda memadamkan kuki pelayar anda, tetapan “Jangan Jual atau Kongsi” berasaskan kuki akan dihapuskan dan anda perlu menetapkan semula tetapan tersebut.

Untuk aplikasi mudah alih Android, yang tidak menggunakan kuki tetapi ID Pengiklanan mudah alih, ID Pengiklanan anda boleh ditetapkan semula atau, dalam sesetengah versi, dimatikan. Pada iOS, ID Pengiklanan anda boleh dimatikan. Anda boleh mengubah keutamaan anda dan menetapkan “Jangan Jual atau Kongsi” setempat dengan mengakses tetapan sistem. Tetapan tersebut akan kekal sehingga anda mengubah tetapan itu secara khusus atau memadamkan data aplikasi pada peranti anda — tetapi anda harus menyemak tetapan tersebut secara berkala untuk memastikan tetapan itu dibuat mengikut pilihan anda.

Sila semak Notis Privasi kami untuk penerangan yang lebih terperinci tentang cara kami mengumpulkan, menggunakan dan berkongsi maklumat peribadi penduduk California dalam mengendalikan perniagaan kami, hak privasi anda sebagai penduduk California, dan cara menggunakan hak anda yang lain sebagai penduduk California.

Avast recommends using the FREE Chrome™ internet browser.